"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, July 9, 2011

Mandi kolam



2 julai 2011- Hari ini Muhammad berada di salah sebuah tempat yang menarik dan bagus untuk berehat dan menenangkan jiwa, Borneo Paradise, Kinarut. Sabah. Muhammad bersama kelurga menginap di sini selama satu malam.

Alhamdulillah, akhirnya Muhammad dapat juga main air di kolam bersama kakak-kakak. Lebih menarik lagi abah pun turut serta. Abah bawa Muhammad ke tempat yang dalam dan cuba mengapungkan Muhammad di atas air.

Muhammad cuba buat gaya orang berenang. Abah kata orang Islam mesti pandai berenang . Abah tak pandai berenang, jadi abah tak mahu Muhammad jadi mcam abah- tak pandai berenang.

Abah cakap Umar al Khattab ada bagitahu:

علموا ألاودكم السباحة والرماية وركوب الخيل

Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.

Dalam mustalah hadis kata-kata Umar ini dinamakan Athsar. Satu hari nanti Muhammad nak jadi alim. Alim ni jamaknya ialah ulama'. Maknanya Muhammad nak jadi salah seorang ulama' yang beramal dengan ilmunya.

Pada malamnya abah menghadiri mesyuarat perhubungan negeri di Kota Kinabalu. Muhammad dan lain-lain tak ikut serta sebab abah kata mesyuarat selesai jam 2 pagi. Kami tidur awal sebab letih main air kolam.

Iktibar laut

Borneo Paradise ini berdekatan dengan pantai. Abah bawa Muhammad ke pantai pada keesokan harinya. Muhammad tak mandi . Cuaca panas. Muhamad hanya bergambar sahaja. Abah cakap air laut rasanya masin.

Banyak pangajaran boleh diambil dari laut. Dalam quran pun banyak disebut tentang laut. Orang Melayu juga banyak ambil pengajaran dan iktibar dari laut. Orang tua-tua selalu sebut "Ikan di laut, asam di darat", seperti mencurahkan garam ke laut".

Pujangga ada mengatakan "Jadilah kamu seperti ikan di laut, dirinya tidak masin walaupun dikelilingi dengan air masin". Jati diri ikan cukup hebat. Tak dipengaruhi suasana sekeliling. Abah bagitahu kita orang Islam kena ada jati diri.

Allah sebut dalam quran

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Subhanallah! Muhamad kagum dengan ciptaan Allah.

3 comments:

Post a Comment