"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Cerita lipas




Huruf ف (fa') ialah salah satu daripada huruf arab yang terdapat di dalam al-quran. Jumlah huruf hijaiyah di dalam al-quran ialah kurang dua tiga puluh. Sebutan huruf fa' jika nak dibunyikan dalam tulisan rumi adalah lebih kurang sama dengan huruf F, bukan P.

Orang arab amat sukar menyebut bunyi huruf P. Kalau huruf P mereka akan sebut B. Sebab itu di Negara arab tak ada pepsi. Yang ada bebsi. Supermarket pun tak ada. Yang ada subermarket. Kalau negeri Perak mereka sebut "Berak". Kuala Lumpur jadi Kuala Lumbur.

Ada di kalangan guru quran dan imam yang membaca huruf fa' dengan membunyikannya seperti huruf P dalam tulisan rumi. Sifat hamas di dalam huruf fa' tidak ditunaikan. Guru quran sepatutnya peka dalam sebutan huruf fa' kerana dalam konsep talaqqi musyafahah murid akan mengikut bacaan guru.

Teringat saya akan alkisah yang diceritakan oleh Ustaz Nik Zawawi ketika di Bumi anbiya' satu ketika dahulu (Ustaz Zawawi mengajar kami kitabعمدة السالك di Bait Khairun nisa', di Irbid, Jordan). Ceritanya begini:

Ada seorang papa mengajar anaknya membaca al-quran surah al fil. Sang anak membaca" alam, tara kaipa pa'ala…" Papanya menegur kesalahan anaknya. Bacaan sebenarnya ialah kaifa faala.. Namun si anak tetap dengan bunyi huruf P. Susah nak sebut fa. Papanya amat geram. Setiap kali anaknya sebut salah maka satu rotan hinggap di tangan anaknya.

Akhirnya dengan berkat kesabaran dan kesungguhan sang anak maka dia berjaya membunyikan huruf ف dengan betul. Papanya sangat gembira akan kejayaan anaknya menyebut bunyi huruf fa'.

Suatu hari selepas lunch si papa duduk di sofa sambil baca akhbar manakala si anak di depan kaca TV. Tiba-tiba si anak terlihat seekor lipas yang terbang di syiling rumah lalu terlanggar kipas. Diapun memberitahu papanya:

"Fafa-fafa!, Tengok tu lifas terbang fah-fah-fah. Terkena kifas. Futus kefala…. Mamfussss". Sang papa terpaku mendengar penjelasan anaknya. The end.

1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?

2. Bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?

3. Dan dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,

4. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,

5. Lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Monday, May 17, 2010

SMS sempena hari guru


16 Mei. Tarikh keramat bagi golongan pendidik di Malaysia. Umum mengetahui bahawa pada tarikh tersebut Sambutan hari guru diadakan.

Saya telah mendapat bebrapa sms sempena hari guru. Pada entri kali ini saya kogsikan bersama sms-sms yang masuk ke dalam inbox telefon bimbit saya. Di antaranya:

Ana menghormati guru walaupun guru itu mengajar alif ba ta kerana kalu tak ada guru siapalah daku "

Selamat hari guru

Slm,slmt hri guru, trma ksh ats sglnya, jasamu dkenang.khairiyah bt tayib.kpli(pai)

Apakah cita2 anda sblm jd guru? Mejistret?Loyar?Engineer?Anda mnysal jd guru? Cuba lihat,ada x loyar yg sggup pki topi arkitek? Ada x mejistret yg brani sarung kot doctor? Tp guru adalah SEMUA itu. Kita la doctor bila budak sakit, loyar bila parents soal, mejistret bila budak bgaduh, Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita! Smlam plak jd tukang kebun gotong royng perdana.. Oleh itu, banggalah jd cikgu. SELAMAT HARI GURU,)

Slm ust.. selamat hari guru..Brkhdmat utk agama bngsa n Negara.. Drpd mahirah n shida.

Salam d ucap pmbka kata, wkil dr pengajian agama, slmt hr guru km nk kata, smga slalu drahmati yg Esa.. hehe, slamt hr pensyrh ustzJ. –ZAINUN

Assalamualaikum ust.. slmat pg! SELAMAT HARI GURU, smga ilmu & jasa yg d curhkn mdpt krdhn Allah s.w.t.. anak didikmu Marliyana

Salam ustz slmt hari guru. Dr yuhanis kpli pai

Salam. Ust. Slmat hr guruJ

Guru kau adalah pelita dalam menerangi kgelapn malm. Kau pmbina semangt dan pencetus kejayaan kami. Trima kasih guru. Selamat hari guru.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH USTAZ..

SELAMAT HARI GURU… SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI. MOGA SEGALA URUSAN YANG DILAKUKAN DIPERMUDAHKAN & SENTIASA DIBERKATI-NYA…

Assalaamu'alaikum.. Selamat hari guru ustaz! Kami doakan ustaz bahagia dunia akhrt. Terima kasih sgala nasihat, m0tivasi & ilmu yg diberikn. Smg ustz & kuarga d rhmti & d brrkati Allah dunia akhrt. Ameen!

GURU… Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawa ada mwsranya, Dalam diam ada bijaksana, Dalam tangannya kita terbina, Berbahagialah menjadi guru, Guru Pembina Negara bangsa, Moga jasamu trsemadi indah, Selamat Hari Guru..Smg usaha guru m'dpt keberkatan Allah. Slm p'juangan.

Asalamualaikum.selamat hari guru. Dari basya – jqaf b.a 06

Kebanyakan pesanan ringkas yang dihantar adalah daripada bekas pelajar saya yang kini sedang berkhidmat sebagai guru di seluruh negara dan juga pelajar saya yang sedang menjalani latihan perguruan di IPG Kampus Keningau.

Nampaknya hanya guru yang menghargai sang guru. Apapun saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas ingatan. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU!

Friday, July 3, 2009

Selamat datang ke Negeri Sabah





Entri saya pada awal bulan Julai ini dimulakan dengan mengucapkan selamat datang ke negeri Sabah kepada 9 orang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang akan menjadi fasilitator dalam program pemantapan solat di SMK Kundasang pada 3 hingga 5 Julai ini. Saya dimaklumkan bahawa jumlah keseluruhan fasilitator seramai 24 orang, 15 orang daripadanya adalah dari Sabah yang juga belajar di UIAM. Tiga orang (Mansor, Fakhri dan Amin) yang terlibat dalam program ini sempat juga mengziarahi saya di Keningau. Mereka tiba di Kota Kinabalu pada 30 Jun lepas. Sempat juga saya bawa mereka bersiar-siar sekitar ‘Bandaraya” Keningau. Taman Pertanian Sabah diTenom menjadi satu kemestian. Taman buaya juga dilawati. Pusat Kebudayaan Murut dan beberapa tempat lagi. Nampaknya mereka teruja dengan suasana kedamaian dan ketenangan Keningau. "Saboh molek dan come belako. Patutla Abe Li tok sir balik". Mansor menghantar SMS kepada saya. Masa tu dia di Tawau, rumah Tamrin.


Dimie Pedalaman Resort


Al-ghasyiah:17 - 20. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?



kesejukan di Banjaran Crocker

Ar-rum:42. Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)."


Toha:131. Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang Telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka dengannya. dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.

buah tenom ball,macam bambangan

al-an'am:99 Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Pusat Kebudayaan Murut



Al-Hujurat:13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

cuba pandu sendiri

Yunus:25. Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).

erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.



Taman Pertanian Sabah,Lagud Seberang

Az-zariyat:15. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air,

di Taman Buaya


Faathir:28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

ziarah Ustazah Fatin, senior UIA yang kini mengajar di SMK Tenom,Keningau



sedang menunggang raksasa


Az-zukhruf:12 - 13 Dan yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi. Supaya kamu duduk di atas punggungnya Kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu Telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan: "Maha Suci Tuhan yang Telah menundukkan semua Ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,


Sunday, May 10, 2009

Alahai ustad!

Seorang ustaz sedang menyampaikan ceramah kepada sekumpulan mualaf di sebuah dewan serbaguna bersebelahan dengan masjid. Tajuk ceramah berkenaan dengan solat berjemaah. Beliau antara lain menyatakan bahawa orang yang tak hadir berjemaah serupa kerbau. Beliau bercerita.

“Dalam satu kampung ada seorang pesawah, Pak Mat namanya. Pada satu senja sebelum azan maghrib berkumandang Pak Mat masih lagi di sawah. Tiba-tiba ia terpandang sekumpulan kerbau bermandi lumpur berdekatan dengan sawahnya. Pak Mat mendekati seekor kerbau yang bertindak seperti ketua kumpulan kerbau dan menegurnya.

Pak Mat: Assalamualaikum
Kerbau: Waalaikumussalam
Pak Mat: Wah, seronok main lumpur. Siapa mereka tu?
Kerbau: Ooo… yang besar tu isteri aku, yang kecil-kecil tu semuanya anak-anakku.
Pak Mat: Eh, serupalah kita. Aku pun kat rumah ada bini ada anak-anak.

Tiba-tiba azan maghrib berkumandang sayup-sayup dari masjid di hujung kampung.

Kerbau: Bunyi apa tu?
Pak Mat: Ooo… itu bunyi orang melagau untuk pergi sembahyang bah tu.
Kerbau: Kamu tak pergi ke?
Pak Mat: Tak...
Kerbau: Eh, serupalah kita. Kamu tak pergi, aku pun tak pergi. Meh kita berduet nyanyi lagu kita serupa...”

"Haaaa... kalau tak mahu jadi serupa kerbau kena pergi solat berjemaah." Jelas ustaz mengakhiri ceritanya. Sobri bin Abdullah, salah seorang peserta mengangguk tanda setuju dan faham.

Ceramah ustaz tadi berakhir apabila nak masuk waktu zohor dan akan bersambung selepas solat dan makan tengahari. Ustaz berpesan kepada para peserta supaya solat zohor berjemaah di masjid bersebelahan. Selesai berceramah sang ustaz masuk ke bilik rehat dan bersigup manakala para mualaf solat berjemaah. Selepas selesai semuanya para peserta masuk balik ke dewan untuk mendengar ceramah seterusnya yang akan disampaikan oleh ustaz lain. Tiba-tiba ternampak kelibat ustaz tadi keluar dari bilik rehat dan menuju ke masjid untuk solat zohor seorang diri. "Alahai ustad...serupa kerbau juga rupanya". Bisik Sobri bin Abdullah di dalam hati.


melagau:memanggil
bersigup:merokok

Thursday, April 2, 2009

Faedah merokok

Faedah merokok

Bagi amalan merokok terdapat padanya tiga faedah:
1.tidak akan beruban rambutnya
2.tidak akan memasuki pencuri akan rumahnya
3.anjing garang tak berani mendekatinya

Maka faedah yang pertama iaitu tidak akan beruban rambutnya oleh kerana para perokok tegar mati awal pada kebiasaanya menyebabkan rambutnya tak sempat jadi uban. Manakala yang kedua tidak akan memasuki pencuri akan rumahnya dek kerana perokok selalu batuk-batuk tak boleh tidur malam. Yang ketiganya anjing garang tak berani mendekatinya oleh kerana perokok pada satu tahap dan ketika tak terdaya olehnya berjalan melainkan menggunakan tongkat. Anjing takut tongkat! Kepada perokok yang belum dapat faedah-faedah tersebut maka bersabarlah. Kalau tak dapat semua mungkin dapat sebahagiannya. Sekian.