"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, October 19, 2010

Tawarruk dan iftirash

Timbul beberapa persoalan tentang dua kedudukan ketika tasyahhud ini , antaranya ialah adakah duduk tawarruk ini ketika tasyahhud akhir bagi setiap solat ataupun solat yang ada dua tasyahhud?

Sebelum menjawab soalan tadi saya ingin menerangkan apa itu duduk tawarruk dan apa itu duduk iftirash.


kedudukan tawarruk


Tawarruk ialah kedudukan punggung diletakkan di lantai,kaki kiri disilangkan ke bawah kaki kanan manakala kaki kanan ditegakkan.


kedudukan iftirash


Iftirash ialah kedudukan punggung di atas kaki kiri manakala kaki kanan ditegakkan dengan keadaan jari kaki dilipatkan mengadap kiblat(jika mampu).

Kedua-dua kedudukan ini terdapat dalan hadis antaranya hadis Abu Humaid As-Sa’idi yang meriwayatkan sifat solat Nabi SAW:

فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ


"Dan apabila baginda duduk pada rakaat kedua (tahiyyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada rakaat terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk)".

Ulama khilaf tentang duduk tawarruk dalam solat. Mazhab Hanbali mengatakan bahawa kedudukan tawarruk ialah ketika tasyahhud akhir dalam solat yang mempuyai dua tasyahhud. Sekiranya solat itu hanya satu tasyahhud seperti solat subuh atau solat sunat dua rakaat maka kedudukan ketika tasyahhud ialah secara iftirash.

Mazhab Syafie berpendapat bahawa duduk tawarruk adalah disunatkan ketika tasyahhud akhir samada solat itu mempunyai dua tasyahhud seperti zohor dan asar ataupun satu tasyahhud seperti subuh.

Berkata al Imam an nawawi, salah seorang ulama mazhab Syafie di dalam kitabnya al majmuk, "..mazhab kami berpendapat sunat seseorang itu duduk di dalam tasyahhud awal secara iftirash dan tawarruk ketika tasyahhud akhir,sekiranya solat itu dua rakaat maka kedudukan tasyahhud ialah secara tawarruk".

Yang rajih antara dua pendapat itu ialah mazhab Hanbali. WALLAHU A'LAM.

1 comments:

shamain said...[Balas]

tk dgn perkongsian ilmu, harap dapat diselitkan amaran kepada jamaah jumaat yg suka bercerita semasa khatib menyampaikan khutbah jumaat, di dalam khutbah ustaz baik di pekan mahupun di takwa, tk...

Post a Comment