"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, January 31, 2012

Sayugia Bagi Pemikul Al- Quran

...

قال ابن مسعود رضي الله عنه: ينبغي لحامل القرآن أن يعرف بليله إذا الناس نائمون ،وبنهاره إذا الناس مفطرون ،وبحزنه إذا الناس يفرحون ، وببكائه إذا الناس يضحكون ، وبصمته إذا الناس يخوضون ، وبخشوعه إذا الناس يختالون

“...sayugia bagi seorang pemikul Quran itu mengetahui...


malamnya ketika manusia dibuai mimpi,

siangnya ketika manusia enak menikmati juadah,

tangisannya ketika manusia bergelak ketawa,

diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia,

dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”

Ahlan Wasahlan






Saya ucapkan" Ahlan wasahlan" kepada 3153 pelajar baharu yang akan mendaftar di seluruh IPG di Malaysia pada 30. 01.2012. Daripada jumlah itu, 720 orang daripadanya dari negeri Kelantan. Mereka akan mendaftar sebagai pelajar KPLI j-QAF mod LPBS.

Saya mengalu-alukan kedatangan 75 orang pelajar yang mendaftar di IPG Kampus Keningau. Daripada jumlah itu, 36 daripadanya adalah dari negeri Kelantan – hampir separuh. Ahlan wasahlan!

Suka saya ingatkan diri saya dan anda semua agar sentiasa menjaga hati kita agar mengikhlaskan diri kerana Allah swt. Tugas kita adalah sebagai daie ilallah. Sesungguhnya bomi Sabah ini amat subur untuk dibajai dan disirami dengan siraman hidayah.

Kepada yang takut dan bimbang dipostingkan ke tampat nun jauh di pedalaman, saya katakan bahawa jangan takut dan jangan sedih. Sesungguhnya anda tidak akan di postingkan di tempat yang tiada orang.

Insya Allah, anda akan ditempatkan terus untuk mengajar di sekolah- sekolah dalam negeri Sabah. Pergilah. Bertebaranlah anda semua untuk menyampaikan risalah Islam di samping mendapat habuan dunia yang tak seberapa.

سيروا على بركة الله

Friday, January 27, 2012

Halalan Thoyyiban

Islam agama Allah swt. Allah swt sifatnya bagus dan elok. Begitu juga ajaran Islam. Di dalam Islam, sesuatu yang bagus dan elok itu halal manakala yang buruk itu haram. Firman Allah:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.

Dalam soal makanan, Allah swt suruh kita makan makanan yang baik lagi bagus.

كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

"Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah kami rezekikan kepadamu". mereka tidak menganiaya kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri (al-maidah:160).

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu (al-baqarah:168).

Dalam soal infaq, kita disuruh supaya menginfaqkan yang baik-baik.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. dan Ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji (al-baqarah:267).

Tidak sama antara yang baik dengan yang buruk walaupun kita terpegun dengan yang buruk.

قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu berjaya"(al-maidah:100).

Apabila menyebut halalan thoyyiban, biasanya kita akan merujuk kepada makanan yang halal, bersih, elok, berzat dan jauh dari syubhat. Memakan makan yang halal adalah asbab Allah kabulkan doa.

Disebut dalam hadis Imam Muslim, daripada Abi Hurairah, sabda nabi saw: “Sesungguhnya Allah swt bagus, tidak menerima kecuali yang bagus. dan Allah swt menyuruh para rasul sebagaimana Alllah menyuruh orang beriman. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan (al-mukminun:51).

Dan firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah (al-baqarah:172).Kemudian baginda nabi menceritakan seorang lelaki yang bermusafir, kusut masai dan penuh dengan debu mengangkat tangan berdoa kepada Allah “Ya Rab, ya Rab, dalam keadaan makanannya daripada sumber haram, minumannya haram, pakaiannya haram, kehidupannya diselaputi dengan haram, bagaimana Allah akan memperkenankan doanya?

Marilah kita sama-sama mencari rezeki yang halal, makan makanan yang halalan thoyyiban. Halal adalah pilihan kita dan katakan Tidak! pada rokok kerana rokok tiada padanya sifat halalan thoyyiban.

Thursday, January 26, 2012

Muhasabah Buat Diri Yang Lalai

Wahai diri yang lalai,

Bermuhasabahlah kamu sebelum dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Nabi SAW bersabda: “Orang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas kematian, dan orang yang lemah ialah orang yang dirinya dikuasai oleh hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah.”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.

Wahai diri yang lalai,

Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi perniagaannya begitu juga sepatutnya diri kamu. Berapa banyakkah amalan soleh yang kamu lakukan? Macamana dengan solat kamu? Khusukkah ia? Berapa kali kamu tunaikan solat secara berjamaah? Tutur kata bagaimana? Berapa kali kamu telah mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sahabat? Mencarut? Berkata nista? Mengadu domba?

Ingatlah firman Allah swt:

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.(Qaf:18)

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

Dan Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia (al isra’:53).

Wahai diri yang lalai,

Jangan kamu menipu. Dalam menyiapkan tugasan/assignment berapa orang yang menipu diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar jurusan agama. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Kamu adalah pembawa bendera agama. Rosak kamu maka rosak agama.

غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان

Doktor yang menipu merosakkan badan, orang alim menipu merosakkan agama.

Muhasabahlah diri. Syaitan adalah musuh kamu yang nyata.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fatir:6).

Wahai diri yang lalai,

Syaitan akan menguasai kamu apabila kamu berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kamu dirahmati Allah swt.

Wahai diri yang lalai,

Jangan lalai lagi. Ingat Allah sokmo. Hati tenang baca quran. Ingat baki umurmu yang semakin berkurang. Rambutmu banyak yang gugur, uratmu sudah kendur, matamu semakin kabur. Itu petanda dirimu semakin dekat dengan lubang kubur!

ATTITUDE

Kata orang sikap adalah penentu segalanya. Berjaya, gagal, sedih, gembira, ceria, muram, semuanya lahir daripada sikap tingkahlaku kita.

Nak ubah sikap tak baik yang dah jadi habit dalam kehidupan memang susah. Kena mujahadah sungguh-sungguh. Lawan nafsu lawan kehendak naluri yang menjurus kepada perkara yang merugikan. Ubah diri sendiri sebab kitalah apa yang difikirkan. Orang lain tak boleh paksa kita supaya berubah.


"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar- ra'd:11)

Berikut ini saya kongsikan bahan ceramah yang saya dapat ketika mengikuti kursus andragogi di Beringgis Resort, Papar. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Ab. Hadi dan Encik Hasnan.

A SMALL TRUTH TO MAKE LIFE 100%

If

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

is equal to

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Hard work

H+A+R+D+W+O+R+K 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

K+N+O+W+L+E+D+G+E 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

Love

L+O+V+E

12+15+22+5 = 54%

Luck

L+U+C+K

12+21+3+11 = 47%

(don't most of us think this is the most important???)

Then what makes 100%?


Is it Money? ... NO!!!!! [M+O+N+E+Y = 13+15+14+5+25 = 72%]


Leadership? ... NO!!!! [L+E+A+D+E+R+S+H+I+P = 12+5+1+4+5+18+19+9+16 = 89%]

Every problem has a solution, only if we perhaps change our attitude.

To go to the top,

to that 100%,

what we really need to go further...a bit more...

ATTITUDE

A+T+T+I+T+U+D+E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100%