"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, September 3, 2017

Ayat Suruhan dan Larangan Yang Pertama Dalam Al-Quran




Ayat suruhan yang pertama dalam mushaf Al-Quran ialah suruhan Allah SWT supaya beribadat kepadaNya. Ayat itu ialah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa (al-baqarah:21)
Manakala ayat larangan yag pertama ialah larangan Allah SWT supaya tidak menyekutukanNya dalam ibadat. Firman Allah SWT:
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) (al-baqarah:22).
Ajaran Islam berbentuk samada melakukan suruhan atawa meninggalkan larangan فعل المأمور أو ترك المحذور. Allah SWT mencipta manusia supaya manusia beribadat kepadaNya.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Ibadat yang menjadai tiang dalam Islam ialah solat. Dalam solat kita baca surah al-fatihah yang mana dalam surah ini kita baca:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya kepada Kamu sahaja yang kami sembah dan kepada kamu sahaja kami minta tolong.
Kepada Allahlah sahaja tempat kita minta sembah. Intisari keseluruhan Quran ialah ibadat hanya kepada Allah dan minta tolong hanya kepada Allah. Ibadat kepada selain daripada Allah dan berdoa minta tolong selain daripadaNya adalah syirik. Orang yang mensyirikkan Allah tak boleh masuk syurga. Dalam ayat akhir surah al-Kahfi:
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

3 comments:

Anonymous said...[Balas]

Assalamualaikum ustaz. sya ada kemusyikilan. apa hukum suami isteri bergaduh, suami minta isteri utk tuntut fasakh kalau tidak berpuas hati dgn suami. adakah itu jatuh talak?

mohdrusli said...[Balas]

Tak jatuh lagi

Anonymous said...[Balas]

Chukchang Casino: Welcome Bonus, Review & Bonus Codes 2021
› › South China › South China Chukchang Casino: Welcome Bonus, Review & Bonus Codes 2021 - Chukchang 카지노 Casino is a well established online casino offering a great variety of games, a kadangpintar fast-growing  메리트 카지노 Rating: 4.8 888 votes

Post a Comment