"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Showing posts with label dunia pendidikan guru. Show all posts
Showing posts with label dunia pendidikan guru. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Ahlan Wasahlan






Saya ucapkan" Ahlan wasahlan" kepada 3153 pelajar baharu yang akan mendaftar di seluruh IPG di Malaysia pada 30. 01.2012. Daripada jumlah itu, 720 orang daripadanya dari negeri Kelantan. Mereka akan mendaftar sebagai pelajar KPLI j-QAF mod LPBS.

Saya mengalu-alukan kedatangan 75 orang pelajar yang mendaftar di IPG Kampus Keningau. Daripada jumlah itu, 36 daripadanya adalah dari negeri Kelantan – hampir separuh. Ahlan wasahlan!

Suka saya ingatkan diri saya dan anda semua agar sentiasa menjaga hati kita agar mengikhlaskan diri kerana Allah swt. Tugas kita adalah sebagai daie ilallah. Sesungguhnya bomi Sabah ini amat subur untuk dibajai dan disirami dengan siraman hidayah.

Kepada yang takut dan bimbang dipostingkan ke tampat nun jauh di pedalaman, saya katakan bahawa jangan takut dan jangan sedih. Sesungguhnya anda tidak akan di postingkan di tempat yang tiada orang.

Insya Allah, anda akan ditempatkan terus untuk mengajar di sekolah- sekolah dalam negeri Sabah. Pergilah. Bertebaranlah anda semua untuk menyampaikan risalah Islam di samping mendapat habuan dunia yang tak seberapa.

سيروا على بركة الله

Thursday, July 28, 2011

Kalau guru..

Kalau guru mengajar sambil duduk,

Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau guru mengajar sambil berlakon,

Murid belajar dengan tekun.

Kalau guru mengajar banyak bercakap,

Ada murid bertambah gagap

Kalau guru menjadi pemudah cara,

Ramai murid pandai berbicara.

Kalau guru mengajar tanpa menilai,

Tak akan tahu murid bodoh dan pandai.

Kalau guru berbudi bahasa,

Dikenang murid sepanjang masa.

Kalau guru tidak merancang,

Dalam kelas dia temberang.

Kalau guru kencing berdiri,

Murid akan kencing berlari.

Kalau guru masuk lambat,

Alamat gaji tidak berkat.

Kalau guru tidak ceria,

Dalam kelas macam neraka.

Kalau guru guna kaedah sumbang saran,

Jangan jadi sembang sakan.

Kalau guru tak buat RPH,

Saya nak selia pun leceh!