"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, June 12, 2009

Kenduri kahwin. Walimatul urus ke kesyukuran?

Cuti pertengahan semester sekolah akan berakhir.Dalam masa dua minggu cuti ini ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Di kampung saya sendiri ( di Kelantan) banyak undangan ke majlis kenduri kahwin. Esok pun saya masih ada jemputan kenduri kahwin. Biasanya diedarkan kad jemputan undangan ke majlis kenduri kahwin. Mengadakan kenduri sempena perkahwinan sebenarnya sesuatu yang digalakkan dalam Islam.




وقال عبد الرحمن بن عوف: قال لي النبي صلى الله عليه وسلم: أولم ولو بشاة

Sabda Nabi kepada Abdirrahman bin Auf “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing”.

Dalam Bahasa Arab kenduri kahwin dipanggil walimatul urus. Hukmnya adalah sunat manakala menghadiri jemputan itu adalah wajib jika kenduri tersebut mengikuti syarak.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه كان يقول:
شر الطعام طعام الوليمة، يدعى لها الأغنياء ويترك الفقراء، ومن ترك الدعوة فقد عصى الله تعالى ورسوله صلى الله عليه وسلم

Daripada Abi Hurairah RA “ Seburuk-buruk makanan ialah kenduri kahwin yang hanya dijemput orang-orang kaya dan ditinggalkan orang-orang miskin. Barangsiapa yang tidak menghadiri jemputan maka sesungguhya dia telah menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ayat yang selalu kita dengar tentang kenduri kahwin ialah soalan si anu itu buat walimatul urus ke kenduri kesyukuran? Apa beza antara keduanya? Di Malaysia mengadakan kenduri kahwin ini berbeza mengikut adat dan budaya masyarakat negeri masing-masing. Di Kelantan misalnya ada satu istilah -Ngele- atau dalam bahasa Kelantan standard –ngelan-, singkatan daripada berkenalan, iaitu tetamu berkenalan dengan pengantin dengan memberikan duit.

Pada pendapat saya pemberian tersebut ialah sebagai hadiah kepada pengantin sempena perkahwinanya tetapi ianya telah bertukar menjadi seperti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Hal ini demikian kerana tetamu yang hadir akan memberikan wang sebelum atau selepas makan kepada tuan rumah, persis seperti makan di restoran. Untuk sedap didengar digunakan bahasa salam berkait atau bagi sampul dan sebagainya.

Ada juga yang empunya kenduri menjemput makan sahaja tanpa bayaran. Maka timbullah istilah kenduri Kesyukuran, merujuk kepada kenduri kahwin bukan –ngelan-, tak perlu bayar. Manakala istilah walimatul urus merujuk kepada kenduri kahwin -ngelan- Lepas makan bagi duit. Jadi bagi yang dapat kad jemputan kena baca betul-betul apa yang tertera di atas kad. Walimatul urus ke kenduri kesyukran?



Kepada yang melansungkan perkahwinan pada musim cuti ini saya ucapkan selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati anda semua.

بارك الله لك وبارك عليك وجعل بينكما في خير

2 comments:

Azhan said...[Balas]

kalau kesyukuran maksudnya makan free. hehe

Athirah said...[Balas]

kompang dipalu....

Post a Comment