"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, June 4, 2009

Syubuhat dan was-was

Perkara haram dan halal adalah jelas dalam Islam. Di antara keduanya itu ada satu istilah, iaitu syubuhat. Syubuhat ialah sesuatu yang tidak diketahui statusnya samada haram atau sebaliknya. Dalam hal ini nabi SAW bersabda bahawa barangsiapa yang menjaga diri daripada perkara syubuhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubuhat, bererti dia akan terjerumus ke dalam perkara haram. Sifat orang yang meninggalkan perkara syubuhat dipanggil sebagai wara’. Di dalam sahih Al-Bukhari dijelaskan mengenai syubuhat ini dalam dalam bab tafsir almusyabbihat:

وقال حسان بن أبي سنان: ما رأيت شيئا أهون من الورع، دع ما يريبك إلى ما لا يريبك.
Hassan bin Abi Sinan berkata bahawa aku tidak melihat sesuatu yang lebih mudah daripada sifat wara’, tinggalkan apa-apa yang meragukan dan ambillah yang tidak meragukan.

Seorang sahabat Nabi SAW telah berkahwin dengan seorang perempuan, tiba-tiba datang seorang perempuan lain lalu mendakwa bahawa dia telah menyusukan sahabat tadi dan isterinya. Apabila masalah ini diangkat kepada baginda nabi maka baginda meminta supaya sahabat tadi bercerai dengan isterinya kerana dibimbangi berlaku perkawinan antara adik beradik sesusuan. Ini adalah antara contoh meninggalkan perkara syubuhat yang berlaku pada zaman Nabi SAW.

Contoh lain ialah seorang sahabat Nabi telah melepaskan anjing buruannya dan membaca bismillah. Dia mendapati seekor anjing yang lain bersama dengan anjing buruannya membawa binatang buruan. Nabi melarang sahabat memakan binatang buruan tadi kerana tidak diketahuai dengan yakin adakah binatang buruan tadi diburu oleh anjing sahabat tadi atau anjing lain.

Selepas membincangkan masalah syubuhat Al-Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya membawa satu permasalahan tentang was-was.


5 - باب: من لم ير الوساوس ونحوها من المشبهات.
1951 - حدثنا أبو نعيم: حدثنا ابن عيينة، عن الزهري، عن عباد بن تميم، عن عمه قال:
شكي إلى النبي صلى الله عليه وسلم الرجل يجد في الصلاة شيئا، أيقطع الصلاة؟. قال: (لا، حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا).
وقال ابن أبي حفصة، عن الزهري: لا وضوء إلا فيما وجدت الريح أو سمعت الصوت.
[ 137]
1952 - حدثني أحمد بن المقدام العجلي: حدثنا محمد بن عبد الرحمن الطفاوي: حدثنا هشام بن عروة، عن أبيه، عن عائشة رضي الله عنها:
أن قوما قالوا: يا رسول الله، إن قوما يأتوننا باللحم، ولا ندري أذكروا اسم الله عليه أم لا؟. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (سموا الله عليه وكلوه).




Bab: Pendapat bahawa was-was dan sebagainya itu bukan daripada perkara syubuhat.

Seorang lelaki telah mengadu kepada Nabi SAW tentang keadaanya yang mendapati ada sesuatu yang berlaku ketika dia solat(seperti terkentut), adakah dia perlu berhenti daripada solat? Nabi bersabda: “Tidak, sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau menghidu bau”.

Sabda Nabi SAW, Tidak perlu mengulangi berwudhu’ kecuali apabila seseorang menghidu bau atau mendengar bunyi kentut.

Satu kaum (daripada golongan muslimin) telah mendatangi para sahabat dengan membawa daging. Para sahabat bertanya kepada rasulillah adakah boleh dimakan daging tersebut kerana mereka ragu-ragu adakah daging itu disembelih dengan menyebut nama Allah atau tidak? Maka jawab Nabi SAW, Bacalah bismillah dan makanlah. – Maksud baca bismillah di sini ialah bismillah untuk makan, bukan kerana untuk menghilangkan ragu-ragu sembelihan.

Daripada Abi Hurairah (ra) katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Jika salah seorang dari kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya (terasa seperti kentut) lalu ia ragu, apakah keluar atau tidak? Maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suaranya ataupun mencium baunya”.

Imam Ibnul Qayyim berkata: Waw-was ialah sesuatu yang halus masuk ke dalam diri kita samada tanpa suara ataupun melalui suara lembut yang tidak boleh didengar kecuali oleh orang yang dimasukinya. Ia merupakan bisikan syaitan yang mahu merosakkan amalan seseorang hamba Allah. Justeru itu maka kita hendaklah membezakan anatara syubuhat dan was-was supaya kita tidak terjerumus ke dalam keduanya. Untuk membezakannya maka kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan. Untuk mendapat ilmu pengetahun kita perlu belajar. BELAJARLAH! Kerana belajar itu wajib.

2 comments:

Masterzizoul said...[Balas]

Bagus ustaz. Artikel yang mantap. sememangnya memeberi banyak ilmu. result aritu ok x?

mohdrusli said...[Balas]

Terima kasih kerana sudi menjenguk dan memberi komen blog saya yang tak canggih ini. Result ok sokmo.alhamdulillah

Post a Comment