"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, June 30, 2009

Perkara-perkara yang boleh mengundang bala

Bala dan musibah yang diturunkan oleh Allah SWT merupakan salah satu daripada ujian Allah terhadap hamba-Nya untuk menguji keimanan dan keyakinan seseorang. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 31:


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

31. Dan Sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.

Apabila sesuatu bala ataupun musibah diturunkan maka ianya akan dirasai oleh semua orang samada yang beriman mahupun sebaliknya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam surah al-anfal ayat 25:


وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.


Sudah menjadi sunnatullah bahawa sesuatu kejadian berlaku kerana asbab dan musabbab. Antara sebab yang boleh mengundang bala Allah adalah seperti yang disebut oleh Al-Imam At-Tirmizi di dalam sunannya:

عن علي بن أبي طالب قال:
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء قيل وما هي يا رسول الله قال إذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعق أمه وبر صديقه وجفا أباه وارتفعت الأصوات في المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره وشربت الخمور ولبس الحرير واتخذت القيان والمعازف ولعن آخر هذه الأمة أولها فليرتقبوا عند ذلك ريحا حمراء أو خسفا أو مسخا) .

Sabda Nabi SAW:

Daripada Ali bin Abi Talib , bersabda Rasulullah SAW:

“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka layaklah bagi Allah menimpakan bala bencana ke atas mereka. Maka ditanya apakah itu wahai rasulallah? Jawab baginda:

- Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

- Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.(denda)

- Apabila amanah menjadi sesuatu untuk mencari kepentingan peribadi.

- Apabila suami terlalu mentaati isteri.(dayus)

- Apabila anak menderhaka kedua ibu bapanya.

- Apabila seseorang itu lebih memuliakan rakan lebih daripada ibu bapa sendiri.

- Apabila ibu-bapa tidak diendahkan.

- Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid.

- Apabila pemimpin sesebuah kaum itu adalah orang dihina oleh kaumnya sendiri.

- Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.

- Apabila arak menjadi minuman biasa .

- Apabila ramai lelaki memakai sutera.

- Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

- Apabila banyak alat muzik dimainkan.

- Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka pada saat itu, tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi ataupun Allah akan menukar wajah menjadi babi atau kera.”

Hadis ini statusnya adalah gharib atau dengan kata lain hadis ini dhaif sebagaimana yang dikomentarkan oleh Al-Imam At-Tirmizi dan Para imam hadis.

Walaupun hadis ini dhaif tetapi kesemua 15 perkara yang disebutkan tadi adalah perbuatan mungkar yang perlu dijauhi.

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda:

عن أنس بن مالك، قال:

ألا أحدثكم حديثا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يحدثكم به أحد بعدي. سمعته منه ((إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم، ويظهر الجهل، ويفشو الزنا، ويشرب الخمر، ويذهب الرجال ويبقى النساء. حتى يكون لخمسين امرأة، قيم واحد)).؟

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah akan terangkat ilmu, zahirnya kejahilan, zina berleluasa, arak menjadi minuman kebiasaan, berkurangnya bilangan lelaki sehingga satu lelaki dinisbahkan dengan lima puluh wanita”.

Musibah yang menimpa manusia kerana perbuatan manusia itu sendiri. Allah bagitahu dalan Al-Quran:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

30. Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).

Justeru marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita dengan cara mengamalkan ajaran Islam selaras dengan tuntutan Al-Quran dan hadis nabi SAW.

1 comments:

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

Malangnya 15 perkara tersebut sdh berlaku...semoga Allah jauhkan kita daripada bala bencana,insyallah..

Post a Comment