"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, June 25, 2009

Kuliah subuh sempena MPPB

Hari ini saya menyampaikan kuliah subuh sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baru kumpulan pelajar KPLI ambilan khas sebanyak tiga opsyen iaitu BI, Muzik dan KH di Masjid IPGM Kampus Keningau.
sebahagian daripada pelajar lelaki


Isi kuliah

-ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar ke IPGM Kampus Keningau yang terletak di atas Bukit Langsat.
-ikhlaskan niat kerana Allah. Hadis Nabi SAW:
(إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى، فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها، أو إلى امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجر إليه).
-kerja guru kerja mulia. bersyukurlah kerana terpilih menjadi insan guru.
-persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran. guru mesti banyak baca dan tulis. Madah Imam Syafie:
(العلم صيد والقلم قيده فقيد صيودك بالحبال الواثقة )
-jaga akhlak.kita adalah contoh ikutan pelajar dan masyarakat.janganlah kita larang pelajar kita merokok tapi dalam masa yang sama kita adalah perokok. Syair arab:
لا تنه عن خلق وتأتي مثله عار عليك إذا فعلت عظيم
-jaga hubungan dengan masyarakat.insan guru mesti ada tamyiz dengan yang lain.
-sentiasa imarah masjid.janganlah datang masjid hanya kerana program wajib minggu ini sahaja.pastikan lepas selesai program minggu pengurusan kita masih istiqamah dengan masjid.
bersalaman sebelum bersurai

2 comments:

Masterzizoul said...[Balas]

rugi plak rasanya x menuntut ilmu dengan ustaz masa dlm kelas dulu. huhuhu

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

salam....teringat zaman berada di maktab Keningau dulu...rindu dgn suasana maktab, lebih2 lagi suasana masjid....tempat Allah limpahkan taufik hidayahNya.....

Post a Comment