"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Showing posts with label Catatan semasa. Show all posts
Showing posts with label Catatan semasa. Show all posts

Sunday, March 19, 2017

Mereka Adalah Pakaian Bagi Kamu



Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 187; “Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Ibnu Abbas bagitahu maksudnya ialah mereka adalah pemberi ketenangan kepada kamu dan kamu pemberi ketenangan kepada mereka. Rabi’ bin Anas bagitahu maknanya ialah isteri itu selimut bagi kamu dan kamu selimut bagi mereka.

Lelaki memerlukan wanita, wanita memerlukan lelaki. Lelaki dan wanita diibaraktkan seperti pakaian yang mana pakaian ini diperlukan samada lelaki atawa wanita. Kita memerlukan pakaian. Dengan pakain kita nampak cantik dan bergaya. Nak keluar rumah tak boleh bertelanjang. Antara faedah pakaian ialah untuk berlindung daipada sejuk atawa panas. Nabi semasa nak pakai pakaian baginda berdoa:

‏"‏اللَّهُمَّ إني أسألُكَ منْ خَيْرِهِ وَخَيْر ما هُوَلَهُ، وأعُوذُ بِكَ مِنْ شَرّهِ وَشَرّ ما هُوَ لَه‏"‏‏
Ya Allah, ku pohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan yang dibawanya dan aku berlindung kepada-Mu keburukannya dan keburukan yang dibawanya. – Maksud kebaikan antara lain ialah untuk menutup aurat, jaga diri daripada panas dan sejuk dan yang paling penting untuk ibadat.

Pakaian menutup aurat kita. Oleh itu tidak dapat tidak kita kena berpakaian. Bila Allah kata pasangan kita adalah pakaian  kita, maknanya ia sangat rapat dengan kehidupan kita. Pasangan kita melengkapkan kekurangan hidup kita. Menjadi sebahagian daripada kita. Oleh itu, pasangan kita sepatutnya mencantikkan akhlak kita, memelihara kita daripada perkara yang buruk. 

Pakaian menutup kekurangan dan keburukan tubuh badan kita. Ada kudis ada parut dan sesuatu yang mengaibkan kita tidak dapat dilihat manusia. Begitu juga suami isteri sepatutnya menjaga nama baik pasangan masing-masing. Para isteri jangan ikut geng borak  yang apabila mereka bersama-sama dengan kawan-kawan mereka berborak, mereka menceritakan keaiban suami masing-masing. Ingat, hadis nabi berkenaan dengan wanita masuk neraka sebab kufur terhadap kebaikan yang dibuat suami, seolah olah suami tak pernah buat kebaikan sedikitpun.

Sabda Rasulullah SAW : “Aku diperlihatkan neraka, kebanyakan penghuninya adalah wanita, disebabkan mereka kufur“. Lalu sahabt bertanya: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda jawab: “Mereka kufur kepada suami, kufur terhadap kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja keburukan darimu maka dia akan berkata: ‘Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu“ (HR : Bukhari dan Muslim).

Begitu juga dengan suami, tidak boleh buka aib isteri. Macamana kalau ada orang sebut bahawa baju yang kita pakai itu buruk, apa kita akan rasa? Marah. Sebab itulah kita keluar berpakaian cantik lagi bergaya, lendik berseterika kerana nak jaga imej kita. Begitulah juga pasangan kita, mereka adalah imej kita sebenarnya.

Antara beza manusia dengan binatang ialah manusia memerlukan pakaian manakala binatang tak memerlukan pakaian, Manusia tidak boleh hidup tanpa pakaian. Justeru, seorang manusia memerlukan pasangan hidup. Jangan kata kita boleh hidup sendiri. Ada orang hidup tak mahu kahwin. Itu tak betul tu. Inilah keindahan Islam kerana Islam meletakkan perkahwinan sebagai satu keperluan dalam agama. Tidak seperti agama lain seperti paderi Kristian, tidak berkahwin. Kasihan!

Pakaian kita dijaga sokmo supaya tahan lama, begitulah juga, kita kena pandai menjaga pasangan kita. Supaya pakaian itu tahan lama, kita kena tahu cara nak jaga pakaian itu. Pasangan kita pun begitu juga. Untuk kekal lama berpasangan, kita kena jaga perhubungan itu. Seperti juga kita kena pandai memilih pakaian kita sebelum kita pakai, kita juga kena pandai memilih pasangan yang sesuai untuk kita sebelum kita kahwini mereka. 

Musim cuti sekolah ini, ramai orang buat kenduri kahwin. Bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan, diucapkan:

بــارك الله لكمــا .. وبارك عليكمــا .. وجمع بينكما في خير

Friday, June 26, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 9: Ramadan: Mencari Keberkatan Dalam Iman dan Taqwa



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Bulan Ramadan disebut sebagai Ramadan al-mubarak-Ramadan yang penuh berkat. Al-quran juga merupakan kitab yang mempunyai keberkatan.
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Kita berusaha untuk mencari keberkatan pada bulan ini dengan puasa dan banyak membaca al-quran. Selain daripada itu, iman dan taqwa juga merupakan nilai tambah untuk memperoleh berkat. Dalam surah al-a’raf ayat 96 Allah berfirman:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.

Kita memerlukan kehidupan yang berkat. Rezeki yang berkat. Ada orang Allah bagi dia harta banyak tapi tak cukup. Ada orang Allah bagi dia harta sedikit tapi cukup. Bagaimana kita nak tahu hidup kita berkat atau tidak? Jika Allah bagi harta yang melimpah ruah kepada seseorang tapi dia masih rasa gundah masih tak tenang kehidupannya itu tanda bahawa hartanya tak berkat.

Iman kita ada kalanya naik ada kalanya turun. Bulan Ramadan adalah masa yang paling baik untuk kita jana iman dan taqwa kita. Kita rebut peluang yang Allah bagi ini untuk mempertingkatkan iman kita pada musim ibadat begini. Macam musim buat haji di Mekah. Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  bersabada:

الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلا الْجَنَّةُ
Haji mabrur itu tiada baginya balasan kecuali syurga.
 
Pergi Mekah dan beribadat di sana dengan penuh keikhlasan akan menjadikan iman kita meningkat. Begitu juga bulan Ramadan. Ianya merupakan medan terbaik untuk kita jana iman dan taqwa kita seterusnya mendapat keberkatan.

Keberkatan bulan Ramadan ini ada di mana-mana saja kita tak tahu. Sebab itu kena sentiasa berusaha dan beramal pada segenap masa. Ibadat kita kena buat sungguh—sungguh janganlah buat secara sambil lewa saja. Orang Kelanta kata gapo dio? Buat kerja leweh? Nak eja pun payah. Buat kerja sambil melepaskan betuk di tangga. Masjid kita tak ada tangga. 

Macam kita makan. Bukankah nabi pada setiap kali selepas makan menyarankan agar kita jilat jari. Jilat jari ni bukan kempen KFC ni. Sedap sehingga menjilat jari. So good. Sebab kita tak tahu bahagian makanan yang mana satu ada berkat.
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ ؛ فَإِنَّهُ لا يَدْرِي فِي أَيَّتِهِنَّ الْبَرَكَةُ

Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka hendaklah dia menjilat jari-jemarinya. Sesungguhnya dia tidak tahu mana satu bahagian makanan yang ada berkat.

والله أعلم، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Thursday, June 25, 2015

Tazkirah Tarawih 1436 – Malam 8: Ramadan: Peluang Memperoleh Cahaya



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Amalan yang kita buat pada bulan Ramadan ini adalah salah satu daripada cahaya yang kita harapkan untuk alam kubur kita. Manusia memerlukan cahaya untuk menyinari kehidupan dan alam akhirat. Tidak sama hidup disinari cahaya dengan hidup dalam kegelapan.

Dalam surah al- an’am ayat 122 Allah berfirman:

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan apakah orang yang sudah mati Kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَى وَالْبَصِيرُ (19) وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ (20) وَلَا الظِّلُّ وَلَا الْحَرُورُ (21) وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَنْ يَشَاءُ وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ (22)

Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat. Dan tidak (pula) sama gelap gelita dengan cahaya, Dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas, Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.

Setiap orang memerlukan cahaya. Kita kalau naik kereta waktu malam dengan tiada cahaya lampu maka bahaya. Jika ada cahaya tapi tak cukup, hanya sekadar cahaya serebe pun susah nak bawa kereta. Kehidupan tanpa cahaya berada dalam gelap. Hidup meraba-raba tak dapat cari punca. Hidup tanpa cahaya ni samada dia buta tak dapat melihat ataupun dia tak buta tapi berada dalam keadaan gelap.

Banyak amalan yang menjadikan cahaya antara lain solat itu sendiri. Dalam satu hadis nabi bersabda:

من حافظ عليها كانت له نورا وبرهانا ونجاة يوم القيامة ومن لم يحافظ عليها لم تكن له نورا ولا برهانا ولا نجاة ويأتي يوم القيامة مع قارون وفرعون وهامان وأبي بن خلف
"Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan di hari kiamat. Dan barang siapa yang tidak menjaga sembahyangnya ia tidak akan mempunyai cahaya, keterangan dan kemenangan. Dan adalah ia bersama Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubai bin Khalaf di hari kiamat".

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Kita tengok dalam ayat ini, orang yang dapat cahaya pun berdoa agar disempurnakan cahaya maka bagaimanakah kalau tak dapat cahaya langsung. Ini menunjukkan betapa cahaya amat diperlukan oleh manusia. Sumber cahaya ialah Allah. Kalau tuan-tuan rujuk dalam surah an nur, tuan-tuan dapat lihat perumpamaan yang cukup cantik berkenaan cahaya.

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus- yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, Biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain. yang di dalamnya ada Pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)- pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ

(dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.

Semoga kita diberi petunjuk untuk mandapatkan cahaya dan kita menjadi salah seorang yang menerangi cahaya Allah. Musuh Islam mahu memadamkan cahaya Islam jadi kita mesti beusaha untuk menjadikan  kehidupan kita bercahaya dan kita menjadi asbab cahaya ini berterusan.
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah  menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya".
Semoga kehidupan kita disinari cahaya.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Wednesday, June 24, 2015

Tazkirah Tarawih 1436 – Malam 7: Ramadan: Antara Puasa dan Quran




Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu


Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة، يقول الصيام: أي رب منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه، ويقول القرآن: منعته النوم بالليل فشفعني فيه، قال: فيشفعان

“Puasa dan al-quran, akan menjadi syafaaat yakni membela bagi seorang hamba, puasa berkata “Ya Allah, sungguh saya mencegah kepada hamba ini daripada makan dan menuruti hawa nafsu pada waktu siang, maka terimalah syafaat saya buat hambamu ini, al-quran berkata “Ya Allah saya mencegah daripada tidur kepada hambamu ini di waktu malam, maka puasa dan al-quran diterima syafaatnya.

Alhamdulillah hari ini kita dah masuk hari keenam kita berpuasa. Nak masuk seminggu dah. Dan kita baca quran dengan tekun sekali mungkin kita belum khatam lagi tapi kita berazam untuk baca quran sebanyak mungkin.

Baca quran ni bukan sekadar baca saja tapi mesti dengan tadabbur. Apa itu tadabbur? Tadabbur ialah kita baca quran,faham quran, menghayati makna quran. Ianya bukanlah tafsir. Untuk tafsir quran ini mungkin bagi mereka yang ada kelayakan maka boleh tafsir quran.
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Suka saya nak sebut di sini dalam kita membicarakan tadabbur quran ini satu kisah yang berlaku dalam peristiwa hijrah ke Habsyah. Dalam peristiwa ini orang Islam yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib bertemu dengan Raja an Najasyi- An Najasyi ni bukan nama dia , ini adalah Dinasti, nama dia pada waktu itu iahlah Asham bin Abjar. 

Jaafar bin Abi Talib telah membaca awal surah Maryam dan di sana ada kisah berkenaan dengan nabi Isa. Setelah mendengar maka Raja An Najasyi telah menitiskan air mata. Kenapa? Sebab dia faham ayat. Dia tadabbur lantas mengatakan kebenaran apa yang dibacaka oleh Jaafar tadi. Cerita An- Najasyi menangis ini di sebut dalaam quran:

وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آَمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ (83) وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ (84)

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang Telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah beriman, Maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh ?"

Jadi kita kena tanya diri kita sejauh manakah interaksi kita dengan al-quran? Allah telah sindir dua tempat dalam quran, satu surah an nisa’ dan satu lagi surah Muhammad. Sindirin ini termasuk semua, bukan orang kafir saja.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?

Semoga kita membaca quran dan mentadabbur quran, buka sekadar membaca quran. Dalam kedua-dua ayat itu Allah tak sebut  أَفَلَا يَقرؤؤنَ الْقُرْآَنَ . Isya Allah kita terus dengan witir.