"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, November 29, 2010

Petunjuk nabi SAW dalam hal nikah kahwin


1.Mahar yang dipermudahkan

Kata nabi saw:

(خير النكاح أيسره)

Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah, iaitu dengan mahar yang sedikit(tidak menyusahkan lelaki)

Sebaik-baik wanita ialah yang mudah maharnya


Mas kahwin adalah pemberian lelaki kepada perempuan sempena pernikahan, sebagai tanda penghargaan lelaki kepada perempuan yang sanggup menjadi pasangan hidup. Ianya bukanlah sebagai harga jual beli seorang perempuan kerana harga seorang perempuan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

2.Mengiklankan pernikahan

Iklankanlah pernikahan ini


روى الترمذي (1089) عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ

Diriwayat oleh Tirmizi daripada Aishah RA katanya sabda nabi SAW:Hendaklah kamu mengiklankan pernikahan ini.

Sisa untuk para tetamu(simbolik hebahan perkahwinan)


3.Walimah(kenduri kahwin)

Hukum mengadakan kenduri kahwin adalah sunat yang dituntut.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال لعَبْد الرَّحْمَنِ بْن عَوْفٍ لما تزوج
أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Daripada Anas RA bahawa nabi SAW telah bersabda kepada Abd. Rahman bin Auf pada ketika perkahwinannya: Hendaklah kamu membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing.

Buatlah kenduri walau seeokor ayam


4.Memberi ucapan tahniah

عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ (هنأه ودعا له) قَالَ : (بَارَكَ اللَّهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ)

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila Rasulullah SAW mendoakan seseorang yang baru berkahwin, baginda SAW. akan berkata, (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.)

5.Adab dan tatacara suami apabila bersama isteri:

*berlemah lembut dengan isteri

*meletakkkan tangan di atas kepala(ubun-ubun) isteri dan berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

*membaca doa ketika bersama isteri:
Bacalah doa ma'thur sebelum bersama isteri


بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.


قال الله عز وجل : (وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا) النساء/19
Layanilah isteri dengan ma'ruf


وقال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا : ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ)

Sabda Nabi SAW: Apabila seorang isteri solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluan dan taat kepada suami, nescaya ia akan diseru kepadanya"Masuklah kamu ke dalam syurga melalui pintu mana yang kamu inginkan".

Sebaik hiasan isteri solihah

Semoga Allah memberkati perkahwinan ini


Musim cuti sekolah. Ramai orang mengambil peluang dan kesempatan bercuti ini dengan mengadakan majlis nikah kahwin. Alhamdulillah, adik perempuan saya Siti Sarah binti Ismail selamat diijab kabulkan dengan Mohd Faizal bin Ab. Fatah pada 19 November 2010.Majlis berlansung jam 9.30 malam. Saya baru saja tiba dari Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh saya sendiri yang mengambil tanggungjawab sebagai wali selepas dipersetujui oleh para wali setaraf. Bapa kandung kami meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu.

Dikongsikan bersama sebahagian daripada intisari khutbah yang saya sampaikan sebelum akad nikah berlansung. Juga dipetik beberapa petunjuk nabi SAW berkenaan nikah kahwin sebagai panduan bersama.

Kepada adik saya Siti Sarah, didoakan semoga Allah memberkati perkahwinan ini. Juga kepada semua bakal pengantin yang mengunjungi blog ini. Semoga Allah memberkati anda semua.

إِنَّ الحَمدَ لِلَّهِ ، نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغفِرُهُ ، وَنَعُوذُ بِهِ مِن شُرُورِ أَنفُسِنَا ، مَن يَهدِهِ اللَّهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ ، وَمَن يُضلِل فَلا هَادِيَ لَه ، وَأَشهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبدُهُ وَرَسُولُه

( يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً )
( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ )
( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً )

أما بعد فإن الله تعالى أحل النكاح وحرم السفاح وأوعد عليه فقال تعالى
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
وقال تعالى مخبرا وآمرا
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (1) وَآَتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا (2) وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3

وقال النبي صلىالله عليه وسلم:
يا معشر الشباب! من استطاع منكم الباءة فليتزوج. فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج. ومن لم يستطع، فعليه بالصوم، فإنه له وجاء.


Sesunguhnya Allah SWT menghalalkan nikah kahwin dan dan mengharamkan zina. Firman Allah SWT yang bermaksud: "dan jangan kamu menghampiri zina..".

Juga firman Allah SWT dalam surah an-nisa' ayat 1 hingga 3 mafhumnya:

Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertqkwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.


Sabda Nabi SAW mafhumnya:

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya perisai.

Nikah kahwin ialah sunah nabi dan juga sunah para anbiya'. Dalilnya Allah sebut dalam surah Ar-a'du:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً
Sesungguhnya kami telah utuskan rasul-rasul sebelum kamu dan kami jadikan bagi mereka para isteri dan zuriat.

Pada malam ini Insya Allah perkahwinan antara dua insan akan dilansungkan, iaitu di antara Mohd Faizal bin Ab. Fatah dengan Siti Sarah bt Ismail. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati perkahwinan ini.

أقول قولي هذا واستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم

Friday, November 19, 2010

Pulang ke kampung


Alhamdulillah, semasa entri ini dicatat saya dan keluarga berada di KLIA selepas terbang dari Kota Kinabalu dengan pesawat MH2663 pada pukul 10.50 pagi tadi. Perjalanan kali ini ditambah dengan seorang ahhli baharu, Muhammad.




Sekarang kami sedang menunggu penerbangan ke Kota Bharu dengan pesawat MH1402 yang dijadualkan akan berlepas jam 6.25 petang nanti.Tiada apa-apa masalah berat yang kami lalui, cuma Hamidah yang muntah-muntah dalam kapal terbang tadi. Mudah-mudahan kami akan sampai ke destinasi dengan selamat.




عن عبد اللّه بن عمر رضي اللّه عنهما أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم : ( كَانَ إِذَا استَوَى عَلى بَعِيرِهِ خَارِجاً إِلَى سَفَرٍ كبَّر ثلاثاً ثم قال : " سُبْحانَ الَّذي سَخَّرَ لَنا هَذَا وَما كُنَّا لَهُ مُقْرِنينَ ، وَإِنَّا إلى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ . اللَّهُمَّ إنَّا نَسألُكَ فِي سفَرِنَا هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنْ العَمَلِ ما تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوّْن عَلَيْنا سَفَرَنَا هَذَا ، وَاطْوِ عَنّا بُعْدَهُ . اللَّهُمَّ أنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالخَلِيفَةُ في الأهْلِ . اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثاءِ السَّفَرِ ، وكآبَةِ المَنْظَرِ ، وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المَالِ والأهْلِ . وإذا رَجع قالهنّ وزاد فيهنّ : آيِبُونَ ، تائبُونَ ، عابدُونَ ، لرَبِّنَا حامِدُون )



Daripada Abdillah bin Umar RA bahawa rasalallah SAW apabila menunggang kenderaannya keluar untuk musafir baginda bertakbir tiga kali kemudian berkata: “Maha Suci Tuhan yang mengurniakan kepada kami kenderaan ini yang kami tidak sekali-kali mampu mengendalikannya ( jika tidak dengan pertolongan dan izin-Mu)”.




Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami memohon darimu segala kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalanan kami ini,dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai,Wahai Tuhan kami,permudahkanlah perjalanan ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut,Wahai Tuhan kami,engkaulah penjaga dan penolong dalam perjalanan dan tempat kami menyerahkan urusan keluarga kami.




Wahai Tuhan kami,kami mohon perlindungan-Mu dari kesusahan dalam perjalanan ini,kegelisahan diri dan kesudahan yang buruk pada harta,ahli dan anak. Apabila pulang semula ke rumah, baginda membaca semula doa musafir di atas dan ditambah :

{آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لرَبِّنَا حَامِدُون}

Bermaksud: “ Kami kembali dengan selamat, memohon taubat dari-Mu, akur sebagai hamba-Mu dan kepada-Mu sahaja kami mengucapkan kesyukuran.

Wednesday, November 17, 2010

Masalah agihan daging korban kepada bukan Islam


Hari raya korban masih lagi disambut oleh umat Islam di Malaysia. Disunatkan meyembelih binatang ternakan untuk dijadikan ibadah korban. Waktu menyembelih berakhir pada 13 Zulhijjah.

Di Sabah saya selalu berhadapan dengan persoalan tentang hukum memberikan daging korban kepada orang bukan Islam. Adakah boleh diberikan daging korban kepada bukan Islam? Apakah dalilnya?

Mengikut pengajian dan pengamatan saya berkenaan perbahasan persoalan di atas maka bolehlah saya simpulkan bahawa perkara ini adalah termasuk yang dikhilafkan oleh para ulama.

Suka saya memetik fatwa Syeikh Uthaimin ketika ditanya persoalan ini beliau menjawab HARUS hukumnya memberikan daging korban kepada bukan Islam dengan syarat mereka termasuk daripada golongan yang tidak memerangi dan memusuhi orang Islam.

Beliau berdalilkan firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9)

8. Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

9. Sesungguhnya Allah Hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.

Dalam situasi Sabah saya lebih cenderung untuk mengguna pakai fatwa ini. Ianya lebih sesuai dengan waqi. Ada rakan saya mengadu kepada saya bahawa dia tidak dapat memasak daging korban kerana selalu didadatangi oleh keluarganya yang bukan Islam.

Dalam hal ini kita mestilah menunjukkan kebaikan Islam kepada bukan Islam lebih-lebih lagi mereka itu ialah adik-beradik kita, mertua kita yang belum lagi terbuka menerima hidayah keindahan Islam.

Apapun persolan ini memang menjadi perselisihan di kalangan ulama jadi terserahlah kepada masing-masing untuk membuat pertimbangan. Kalau tanya saya, saya jawab 'HARUS dan BOLEH'. والله إعلم

Sambutan idul adha 1431 di IPG Kampus Keningau


Saya menyambut ibadah idul adha 1431 di Keningau. Solat sunat idul adha ditunaikan di Masjid Jamek IPG. Imam dan khatib ialah Ustaz Sobri Othman, pensyarah di JAPIM, IPG Kampus Keningau.




Seusai kuthbah para jemaah terus ke perkarangan masjid untuk melakukan ibadat korban. Sebanyak 3 ekor lembu berjaya dikorbankan pada tahun ini. Tugas saya ialah sebagai tukang sembelih, tugas yang sama seperti tahun lepas




Alhamdulillah, pada tahun ini sambutan agak meriah kerana ramai pelajar dan pensyarah tidak pulang kampung. Staf pentadbiran dan pekerja swasta juga menyemarakkan lagi sambutan pada tahun ini.




Semoga Allah SWT menerima amalan korban kami.

Tuesday, November 16, 2010

Menghidupkan malam raya


Disebut dalam Sunan Ibnu Majah hadis no. 1782, bab:Pada menyatakan orang yang mendirikan malam 2 hari raya

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ) .

Daripada Abi Umamah RA daripada Nabi SAW sabdanya: Barangsiapa yang mengdirikan dua malam hari raya(idil fitri dan idil adha) dalam keadaan mengharapkan Allah SWT maka hatinya tidak mati pada hari hati manusia mati.

Al- Imam an nawawi dalam al-azkar menjelaskan hadis ini dhaif. Al - Hafiz al - Iraqi di dalam mengtakhrijkan hadis-hadis Ihya ulumiddin menyatakan bahawa sanadnya adalah dhaif. Ibnu Hajar al Asqalani pula menyatakan hadis ini gharib yang mana isnadnya mudthaarib.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam komentarnya menegaskan bahawa hadis-hadis yang menyebut tentang malam dua hari raya adalah dusta ke atas nabi SAW. Nasiruddin al Bani pula di dalam Silsilah hadis-hadis dhaif mengatakan hadis ini adalah terlalu dhaif.

Perlu dijelaskan bahawa ini bukanlah bermakna kita tidak disunatkan menghidupkan malam hari raya. Umum mengetahui bahawa mendirikan qiamullail adalah sunat dan disyariatkan pada setiap malam berdasarkan hadis nabi SAW:

عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
"ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا. حين يبقى ثلث الليل الآخر. فيقول: من يدعوني فأستجيب له! ومن يسألني فأعطيه! ومن يستغفرني فأغفر له!".

Daripada Abi Hurairah bahawa Rasalallahi SAW bersabda:


Allah turun SETIAP MALAM ke langit dunia ketika waktu akhir sepertiga malam seraya berfirman : "Sesiapa yang berdoa akan kukabulkan, sesiapa yang meminta akan kuberi, sesiapa yang minta ampun akan kuampunkan. Hadis ini terdapat di dalam Sohih Muslim.

Mudah-mudahan Allah perkenan doa kita beribadat pada malam ini. Sesungguhnya amat beruntung orang yang mendambakan redha Allah SWT daripada berbahas hadis sahih ke tidak tapi kosong daripada nilai TAQWA.

Cumanya janganlah kita berpegang mengatakan mendirikan malam raya ini ada kelebihan tertentu tidak seperti malam-malam lain kerana hadis berkenaan kelebihan mendirikan dua malam hari raya adalah dhaif.

SELAMAT MENCARI REDHA ILAHI

Monday, November 15, 2010

Tak dapat pindah

Hari ini saya baca perkongsian rakan-rakan di Facebook (muka buku) tentang keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri yang baru diumumkan. Rata-rata rakan berkongsi tentang keputusan yang tidak berpihak kepada mereka. Dengan kata lain tak dapat pindah. Permohonan ditolak.

Saya lihat senario rakan yang minta pindah ada bermacam. Ada yang saja nak cuba try mintak, ada kerana mahu bersama pasangan, ada yang memberi alasan kesihatan, nak jaga orang tua di kampung dan lain-lain lagi.

Faktor sudah lama berada di perantauan juga mendorong untuk pindah. Jiran saya yang baru 20 tahun di Sabah ini minta pindah tapi sayangnya tak dapat. Saya sendiri di Sabah baru 11 tahun. Rasanya tak perlu minta pindah. Terlalu jauh beza antara 20 tahun dengan 11 tahun.

Saya difahamkan perpindahan ke beberapa negeri di Semenanjung dibekukan, terutamanya bidang agama. Tapi yang musykilnya anak peranakan dia dapat, sepupu dia pun dapat. Mungkin sebab alasannya sudah 2 atau 3 tahun . Orang lain baru 20 tahun jah. Dia 3 tahun nah!

Memang tak dapat dinafikan berada di perantauan jauh dari kampung halaman tak sama situasi dan kondisinya berbanding di tempat sendiri. Pepatah popular ada sebut “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri – lebih baik negeri sendiri”.

Kalau melihat sejarah mereka yang terulung pada zaman lampau, kehidupan mereka penuh dengan perantauan samada kerana menuntut ilmu pengetahuan atau mencari makan. Baca saja tulisan Abu Fattah Abu Ghudah berkenaan kisah kesabaran ulama mengembara mencari ilmu.

Kepada yang tak dapat pindah, jangan putus asa. Cuba appeal and request lagi. Bagi isteri yang tak boleh ikut suami, saya sarankan berhenti saja kerja. Bukan tugas isteri mencari harta untuk sara keluarga. Dulu isteri saya tak kerja. Duit tak banyak. Sekarang isteri kerja. Duit tak banyak juga! Sakit ada lah.

Sebagai pembakar semangat dan hiburan luka lara sahabat yang berkelana saya nukilkan kata-kata madah Imam Syafie untuk renungan bersama. Mudah-mudahan dapat jadi ubat untuk bertahan di bumi Sabah, khususnya bumi Keningau yang indah permai ini.

Al Imam as Syafie ada bermadah:

تغرب عن الأوطان في طلب العلا*

وسافر ففي الأسفار خمس فوائد*

تفـرج هـم واكتسـاب معيشـة*
وعلـم وآداب وصحبة ماجـد*

Berkelanalah dari bumi watan untuk mencari ketinggian

dan bermusafirlah, ada lima kelebihan musafir

menghilangkan keluh kesah, mencari rezeki kehidupan

ilmu pengetahuan, adab dan berkawan dengan orang mulia

Sunday, November 14, 2010

Haji Akbar Tiba Lagi

Tak lama lagi umat Islam sekali lagi akan meyambut hari raya haji. Hari raya haji dikenali juga dengan hari raya korban. Dinamakan hari raya haji bersempena dengan amalan ibadat haji di Tanah Suci Mekah manakala korban adalah bersempena dengan amalan korban yang disunatkan kepada umat Islam melakukannya.

Tahun ini sekali lagi umat Islam berpeluang menyambut hari raya haji akbar. Sebenarnya haji akbar berlaku pada setiap tahun. Faham masyarakat Islam di sini haji akbar ialah hari yang mana hari wuqufnya jatuh pada hari Jumaat adalah satu kefahaman yang saya tidak peroleh dalil yang kuat. Tentang haji akbar ini Allah SWT sebut dalam quran surah at-taubah ayat 3 kata Allah SWT:

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ فَإِنْ تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Dan (Inilah) suatu pemakluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka taubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.

Saya telah meneliti beberapa kitab tafsir tentang haji akbar di antaranya Tafsir Ibn Kathir, Al-Qurthubi, At-Tobari, Jalalain, Addur almanthur, Fathul qadir dan lain-lain. Setelah ditelaah pendapat ahli tafsir tentang haji akbar maka didapati ulama khilaf tentangnya. Walau bagaimanapun tidak saya ketemui dalam kitab-kitab tafsir pendapat yang mengatakan bahawa haji akbar ialah haji yang mana wuquf jatuh pada hari Jumaat.

Ulama khilaf berkenaan haji akbar. Ada pendapat mengatakan ianya ialah hari Arafah (9 zulhijjah), ada yang mengatakan hari nahar (10 zulhijjah). Ini adalah pendapat kuat yang berlegar di kalangan ulama di samping ada pendapat bahawa ianya ialah haji qiran, semua hari ibadat haji dilakukan, ada juga berpendapat haji akbar ialah ibadat haji manakala haji asgrar ialah umrah. Ibnu Sirin pula mengatakan bahawa haji akbar ialah tahun haji yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW.

Pendapat yang terpilih ialah haji akbar ialah hari nahar. Inilah yang dipilih oleh Al Imam Tobari sebagaimana riwayat Umar, Uthman, Ibnu Abbas, Tawus dan Mujahid. Juga menjadi pendapat dalam mazhab Abi Hanifah dan disebut juga oleh Al- Imam Syafie.

Kesimpulannya hari yang disebut sebagai haji akbar ialah pada hari raya idil adha yang mana kita umat Islam di Malaysia akan menyambutnya pada hari Rabu, 17 November 2010. Pendapat yang mengatakan haji akbar itu jatuh apabila hari wuqufnya pada hari Jumaat adalah pendapat yang lemah dan batil.

Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya Zaadul Ma'ad menyatakan, haji akbar dengan pengertian apabila hari wuquf berlaku pada hari Jumaat dan keistimewaan haji pada tahun itu menyamai 72 kali haji biasa adalah batil dan tidak bersumberkan dalil-dalil yang sahih, sama ada daripada Rasulillah, para sahabat, mahupun tabiin.

Selamat Menyambut Haji Akbar.

Monday, November 8, 2010

Pendidikan Berhikmah:Memahami Pesan-pesan Luqman Al-Hakim


وَلَقَدْ آَتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ (12) وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (13) وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (14) وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (15) يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ (16) يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ (17) وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (18) وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ (19)

12. Dan Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

13. Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar".

14. Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kamu akan kembali.

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian hanya kepada-Kulah kamu kembali, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16. (Luqman berkata): "Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya . Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui.

17. Hai anakku, Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.



Pada hari Sabtu, 30.10.2010 saya menghadiri kuliah tafsir maudhu’iy siri ke-15 di Kompleks Tabung Haji , Kota KInabalu. Kuliah yang dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadhil ini merupakan sambungan daripada siri-siri kuliah yang telah diadakan sebelum ini.

Pada kali ini saya hanya pergi dengan keluarga sahaja, tidak seperti siri ke-14 yang di adakan di tempat yang sama pada bulan April lepas yang mana saya bersama 35 orang pelajar saya telah ikut serta. Saya kongsikan bersama di sini kupasan tafsir yang telah diberikan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadhil kepada semua pembaca blog saya terutama kepada pelajar saya yang tidak dapat ikut serta.

Luqman adalah nama besar, tokoh istimewa pengungkap prinsip-prinsip qurani pancaran hikmah ilahiah kurniaan Allah yang bernilai khayran kathira (kebaikan yang banyak). Dengan hikmah ilahiah itulah Luqman mengungkapkan pesan-pesan kependidikannya. Ia merupakan rumusan esensi pendidikan generasi mukmin sepanjang zaman.

Dimulai pesanannya dengan memanggil anaknya “ya bunayya”, panggilan mesra yang sarat dengan muatan rasa kasih sayang. Demikianlah, pendidikan berhikmah adalah pendidikan yang berteraskan nilai kasih-sayang. Pendidikan Luqmani adalah model terbaik persekolahan penyayang yang menyenangkan anak didik.

Sekarang kenapa pelajar tidak senang datang ke sekolah? Jawapannya kerana sekolah tidak menyenangkan mereka. Sekolah sarat dengan peperiksaan yang bukan menguji kemampuan dan keilmuan tetapi menguji kemujuran pelajar.



Tonggak pertama dan utama pendidikan Luqmani adalah tauhid yang merupakan pandangan sarwa (worldview) dan kaedah pemaduan. Faham tauhid dan segala implikasinya harus melandasi pendidikan liberatif, pembebasan manusia daripada segala bentuk belenggu pengabdian selain Allah.

Ketaatan kepada Allah harus berlanjut dengan ketaatan dan kebaktian kepada ibubapa. Kepatuhan kepada ibubapa adalah suatu yang hampir mutlak. Kekecualiannya hanya apabila perintah ibubapa melanggar hak-hak Allah. Kepatuhan kepada ibubapa adalah kerana Allah, mengingkari ibubapapun kerana Allah.


Pendidikan Luqmani mengajarkan hakikat hidup duniawi-ukhrawi. Kehidupan duniawi harus dijalani dengan penuh
tanggungjawab kerana semuanya mempunyai implikasi ukhrawinya. Segala kebaikan ataupun kejahatan walau sekecil debu akan dibalas oleh Allah seadil-adilnya. Pada hari itu tiada lagi peguambela mahupun peguambala.

Pengabdian insan kepada Pencipta diekspresikan menerusi solat, manakala kebaktian kepada sesama makhluk dilaksanakan menerusi mengembangkan kemakrufan dan melawan kemungkaran. Persekolahan Luqmani mengeluarkan graduan penyebar makruf dan penolak mungkar, bukan graduan lemah yang meminta-minta.

Banyak cabaran yang harus dihadapi oleh pelaksana perintah Allah, justeru pesan pendidikan Luqman menyebut secara khusus kepentingan sabar. Pendidikan Luqmani menekankan pembinaan generasi yang kuat dan komited, berdaya tahan dan berdaya lawan.

Seterusnya pendidikan Luqmani komited dengan pembentukan watak berakhlak mulia, menekankan sifat moderat. Jangan angkuh, jangan sombong. Berjalanlah dengan tertib, tidak tergesa-gesa. Seseorang yang tahu tujuan perjalanannya akan melangkah dengan yakin dan terarah.

Pendidikan kesantunan termasuk juga pengawalan nada suara. Bersuara keras, memekik dan melolong tanpa sebab adalah tercela. Bagi orang yang berpendidikan akan mementingkan kekuatan hujah dan idea, bukan nada tinggi penyuaraanya.

Pesan-pesan Luqman bukan bicara orang awam, bukan juga hipotesis sarjana gadungan, tetapi ia adalah pancaran hikmah, petunjuk ilmu pencerahan daripada Tuhan. Memang Luqman seorang yang hakim, manusia budiman yang tinggi akalnya, mendalam fahamnya dan bijaksana tindakannya.