Jumaat, 29 Oktober 2010. Kebiasaannya kalau saya tidak berkhutbah di mana-mana saya akan solat Jumaat di masjid IPG. Kalau tak kerja saya solat di Masjid Pekan. Hari ini mengikut jadual seorang pensyarah JAPIM yang membaca khutbah tapi malangnya pensyarah yang dijadualkan itu sedang berkursus di Kundasang.
Setelah berbincang dengan rakan pensyarah lain di JAPIM maka diputuskan seorang pelajar KPLI Agama akan membaca khutbah. Pelajar itu telah dibekalkan dengan teks khutbah yang telah dipersetujui oleh pensyarah (lulus melalui tapisan).
Apabila masuk waktu tiba-tiba pelajar lain yang naik ke atas mimbar dan membaca khutbah yang bukan tajuk yang diberi. Tajuk khutbah yang dibaca ialah”Larangan mengaibkan orang lain”. Pelajar ini telah menyampaikan khutbah dengan baik.
Pada waktu petangnya KJ JAPIM telah dipanggil untuk menerangkan perkara duduk sebenar akan khutbah tadi. Sebelumnya setiausaha masjid dipanggil. Saya difahamkann bahawa di dalam perbincangan KJ JAPIM diberitahu bahawa tajuk khutbah tadi tak sesuai. Mungkin boleh mengguriskan hati orang lain.
KJ JAPIM diminta agar lain kali semak dulu teks khutbah yang akan dibaca oleh pelajar. Dipinta juga supaya semak khutbah Ustaz Rusli (saya lah tu) terlebih dahulu agar perkara seperti tadi tidak berulang. Itulah antara keputusan perbincangan yang disampaikan kepada saya melalui seorang sahabat.
Tak tahulah saya apa yang tidak kena dengan khutbah saya sebelum ini dan khutbah pelajar pada hari in. Bagi saya khutbah hari ini tajuknya cukup baik, gaya penyampaiannya bagus, bacaan arab fasih. Tidak dituju kepada nama peribadi tertentu.
Isi khutbah berkisar tentang fitnah tuduhan palsu yang di buat oleh munafiqun terhadap Aisyah RA, isteri baginda nabi SAW. Dipetik firman Allah SWT:
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ (15) وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُمْ مَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ (16)
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. padahal dia pada sisi Allah adalah besar. Dan Mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini, Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), Ini adalah dusta yang besar."(an-nur)
Saya tak nampak khutbah ini boleh menyebabkan pendengarnya tidak senang duduk. Lagipun yang dibaca adalah ayat quran, bukan jampi yang merapu meraban. Quran memanglah khitab kepada manusia bukan haiwan. Adakah ayat ini menyebabkan segelintir terluka? Entahlah.
Cumanya dari segi arahan pentadbiran memanglah pelajar ini salah kerana membaca khutbah tanpa pengetahuan pensyarah. Orang lain yang diputuskan tapi dia yang baca. Lain tajuk yang diberikan. Itu sahaja yang mungkin saya nampak ada silapnya.
Saya juga cuba untuk mengingat kembali khutbah-khutbah yang saya sampaikan sebelum ini sehingga ada arahan ataupun cadangan supaya selepas ini khutbah saya perlu disemak oleh KJ terlebih dahulu, Rasanya fokus saya juga tak lari daripada firman Allah dan sabda nabi. Apa salahnya?
Bagaimanapun saya bersyukur kepada Allah kerana di dalam ramai manusia yang menjadikan khutbah jumaat sebagai pengulit tidur tapi ada juga insan yang mengambil perhatian terhadap khutbah saya. Terima kasihlah. Kepada KJ JAPIM: “Maafkan saya sebab tak dapat bagi teks khutbah sebab saya berkhutbah, bukan baca khutbah”.
Enam tahun saya di IPG (sebelum ini maktab), di bawah 4 orang pengarah (dulu pengetua), 3 orang ketua jabatan. Inilah kali petama ada orang minta(cadang) supaya khutbah saya disemak terlebih dahulu. Terima Kasih.
11 comments:
selamat berjuang ustaz rusli!!!
Perkara2 sebegini akan meningkatkan lagi semangat dan perjuangan kita. Semoga yg mendengar tu, dengar dan proses guna akal. Teruskan perjuangan.
أيدكم الله وأعزكم
salam. kebetulan saya bukan d IPG. Kalau tak mungkin juga kena semakan teks khutbah mcm ustaz. Apalagi kalau khutbah dalam bahasa dusun. Abis laa... orang kampung yang pelabagai fahaman (baca - politik) pun tak pernah komen khutbah sy tanpa teks. Ni semua mehnah... teruskan saja ustaz!
Nak jemput ustaz salehhudin khutbah jumaat.org luar tak pe kot.
begitulah tu ustaz, kalau tak ngam dengan selera yg tak faham payah..teruskan saja ustaz sampaikan khutbah tanpa teks, kalau saya ustaz lagi layak semak teks khutbah, sepatutnya orang hafiz quraan macam ustaz ni diberi tempat yg sewajarnya (KJ) kerana faham dengan bahasa al-Quran..dan mahir dalam ilmu hadis..mudah sampaikan sesuatu perkara berkaitan hukum hakam ISLAM..
sama jg tu... orang luar lg la dorng mau check teks khutbah.. nak main teks Jakim saja la gamaknya..
hmmmmm...1st time plak dengar ada yg kata tajuk khutbah tak sesuai...tajuk yg macam mana pulak yg sesuai?
"kita kena ikut agama, bukan agama yang ikut kita"
Rasanya tajuk yang sesuai seperti:
*Belilah barangan buatan Malaysia
*Gunakanlah bahasa kebangsaan
*Amalkan bersenam 3 kali sehari
*Kawal darah dan kolesterol kamu
salam...ustaz, ujian tu...takpe . teruskan jak, kita yang mengubah suasana...jangan suasana tu yang mengubah kita...
Biasanya kalau khutbah kena check JAKIM bila kita tak baca teks diorang. Sepanjang saya dengar khutbah & syarahan Ustz Li tak pernah pulak ada unsur2 yg menyalahi kehendak agama kita. Kalau kena batang hidung tu biasa la, saya masih boleh terima sebabnya tak pernah dengar Ustaz Li ckp nama2 sipulan atau sipulanah. Malah syukur bila diperingatkan...
Post a Comment