"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, November 16, 2010

Menghidupkan malam raya


Disebut dalam Sunan Ibnu Majah hadis no. 1782, bab:Pada menyatakan orang yang mendirikan malam 2 hari raya

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ) .

Daripada Abi Umamah RA daripada Nabi SAW sabdanya: Barangsiapa yang mengdirikan dua malam hari raya(idil fitri dan idil adha) dalam keadaan mengharapkan Allah SWT maka hatinya tidak mati pada hari hati manusia mati.

Al- Imam an nawawi dalam al-azkar menjelaskan hadis ini dhaif. Al - Hafiz al - Iraqi di dalam mengtakhrijkan hadis-hadis Ihya ulumiddin menyatakan bahawa sanadnya adalah dhaif. Ibnu Hajar al Asqalani pula menyatakan hadis ini gharib yang mana isnadnya mudthaarib.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam komentarnya menegaskan bahawa hadis-hadis yang menyebut tentang malam dua hari raya adalah dusta ke atas nabi SAW. Nasiruddin al Bani pula di dalam Silsilah hadis-hadis dhaif mengatakan hadis ini adalah terlalu dhaif.

Perlu dijelaskan bahawa ini bukanlah bermakna kita tidak disunatkan menghidupkan malam hari raya. Umum mengetahui bahawa mendirikan qiamullail adalah sunat dan disyariatkan pada setiap malam berdasarkan hadis nabi SAW:

عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
"ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا. حين يبقى ثلث الليل الآخر. فيقول: من يدعوني فأستجيب له! ومن يسألني فأعطيه! ومن يستغفرني فأغفر له!".

Daripada Abi Hurairah bahawa Rasalallahi SAW bersabda:


Allah turun SETIAP MALAM ke langit dunia ketika waktu akhir sepertiga malam seraya berfirman : "Sesiapa yang berdoa akan kukabulkan, sesiapa yang meminta akan kuberi, sesiapa yang minta ampun akan kuampunkan. Hadis ini terdapat di dalam Sohih Muslim.

Mudah-mudahan Allah perkenan doa kita beribadat pada malam ini. Sesungguhnya amat beruntung orang yang mendambakan redha Allah SWT daripada berbahas hadis sahih ke tidak tapi kosong daripada nilai TAQWA.

Cumanya janganlah kita berpegang mengatakan mendirikan malam raya ini ada kelebihan tertentu tidak seperti malam-malam lain kerana hadis berkenaan kelebihan mendirikan dua malam hari raya adalah dhaif.

SELAMAT MENCARI REDHA ILAHI

0 comments:

Post a Comment