"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, April 29, 2017

Jahannam Yang Mengintai




(21). إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا
Sesungguhnya neraka Jahannam itu (adalah disediakan) ada tempat pengintai,


(22). لِلطَّاغِينَ مَآبًا
lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas,


(23). لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا
mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya,

Allah sediakan dua tempat saja untuk manusia, samada syurga atawa neraka. Neraka jahannam ni tempat azab. Tiada manusia suka masuk ke dalamnya. Semoga Allah selamatkan kita daripada neraka jahannam. Dalam ayat 21 surah an-naba’, Allah bagitahu bahawa neraka jahannam sebagai intaian siapa yang masuk ke dalamya. Neraka jahannam mengintai, mengintip, mencari manusia yang akan masuk ke dalamnya.

Siapa yang akan masuk dalam jahannam ini? Tempat ini disediakan untuk orang yang melampaui batas. Ayat ini tak kata bahawa jahannam ini untuk orang kafir.  لِلطَّاغِينَ- untuk orang yang melampaui batas. Mungkin juga orang Islam sebab ada juga orang Islam yang melampaui batas. Ciri-ciri orang yang melampaui batas ini dia sombong, takabbur, tak dengar kata, lawan hukum Tuhan. Ini semua adalah ciri-ciri yang mana Allah nak masukkan dia dalam jahannam.

Berapa lama dalam neraka jahannam ini? Mereka duduk berabad-bad.  Perkataan أَحْقَابًا membawa maksud plural- beberapa huqub. kata ulama satu huqub bersamaan dengan 80 tahun. Maknanya kalau masuk jahannam paling kurang kena 3 huqub. Dalam bahasa Arab dia ada mufrad, muthanna, jamak. Tiga baru jamak. Dia tak serupa dengan bahasa orang putih lepas singular jadi plural selalu.

Kalimah أحقاب paling sikit 3 dan ke atas. Kita ambillah yang paling sikit iaitu 3 huqub. Lama tu. 240 tahun duduk dalam neraka. Kita kena ingat bahwa satu hari akhirat bersamaan dengan seribu tahun dunia. Kiralah berapa juta tahun paling minimum orang masuk dalam neraka jahannam. Allahu akbar.

Mudah-mudahan kita semua selamat daripada neraka jahannam. Ada satu doa nabi pesan supaya kita baca masa tahiyyat akhir sebelum bagi salam. Doanya berbunyi begini 
:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Kita pakat doa sepaya aman daripada neraka jahannam. والله أعلم

Wednesday, April 5, 2017

Bersama Prof. Duktur Bahjat



الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلاً وأنت تجعل الحزن إن شئت سهلا.
Mafhum firman Allah  “Demi masa.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”(al-asr:1 – 3) dan firman Allah:
“pada hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,”. (as-syuaara’:88)

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan mereka yang saling berpesan-pesan, nasihat menasihati antara satu sama lain. Pada malam ini saya ingin bercakap tentang satu isu penting umat Islam dan Insya Allah saya akan mengupasnya berdasarkan ayat quran yang bermaksud:

“pada hari Ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu sebagai agama bagimu”(al-maidah:3).

Ayat tersebut adalah antara ayat akhir yang diturunkan kepada baginda nabi صلى الله عليه وسلم  , menerangkan bahawa agama Islam telah sempurna. Nabi tidak meninggalkan kita kecuali dengan meninggalkan agama yang telah sempurna tiada sedikitpun kekurangan dalamnya. Agama yang sempurna membawa erti yang cukup mendalam. Kesempurnaan ajaran Islam mengcakupi semua aspek kehidupan manusia samada hubungan manusia dengan pencipta, bagaimana manusia menguruskan diri sendiri, hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan alatan ciptaan.

Yang pertama Allah mengajar kita bagaimana mengenalinya? Apakah peranan kita terhadap Allah? Kita beriman dengan Allah. Allah yang mencipta kita, Allah yang memberi rezeki kepada kita. Rezeki di tangan Allah. Allah yang menghidupkan dan mematikan. Kita mestilah beribadat kepada Allah samada ibadat khusus seperti solat, zakat atawa ibadat umum yang merangkumi semua jenis kebaikan. Perasaan kita dan hati kita mesti ada pergantungan dengan Allah. Sayangnya pada zaman sekarang ini ramai manusia telah memutuskan hubungan dengan Allah.

Musibah besar menimpa seluruh negara umat Islam sekarang ialah jauhnya hubungan mereka dengan Allah. Umat Islam hanya bergantung dengan rezeki dan harta benda sedangkan rezeki itu Allah bagi kepada kita. Tapi kita tak nampak bahawa Allah yang bagi rezeki kepada kita. Ada juga kumpulan manusia yang telah terpesong akidah mereka dalam memahami nama-nama Allah dan sifat-Nya. Sesunguhnya akidah Islam adalah akidah yang mudah difahami oleh semua lapisan golongan manusia. Agama ini untuk semua manusia tapi malangnya ada yang faham akidah bercampur aduk dengan faham falsafah Yunani dan sebagainya.

Usul iman boleh difahami melalui hadis Jibril yang mana baginda nabi صلى الله عليه وسلم  menjelaskan bahawa iman itu ialah beriman dengan Allah, Malaikat, Rasul, kitab, hari akhirat dan qada qadar. Ianya mudah dan jelas. Belajarlah agama daripada imam yang kita sembahyang dibelakangnya. Jangan terjebak dengan aliran salah seperti Naqsyabandi dan yang sepertinya.

Allah menyuruh kita berfikir tentang nikmat Allah dan kejadiannya. Jangan memikiri tentang zat Allah. Negara kamu Malaysia, Allah menjadikan berbagai-bagai ciptaan yang amat cantik untuk dipandang. Lihatlah dan renunglah ciptaan alam sekeliling kamu. Sungai-sungai, ladang sawah, pelbagai pokok dan tumbuhan. Maha suci Allah. Dalam satu hadis kata nabi صلى الله عليه وسلم  “Hendaklah kamu berfikir tentang kejadian Allah, jangan kamu fikir tentang zat Allah”.

Allah bagi nikmat yang amat banyak. Nikmat makan nikmat minum nikmat pakaian nikmat tempat tinggal. “dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya”(Ibrahim:34).

 “Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.(al-an’am:11)"

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan”?(al-ghasyiah:17 – 20)

“Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan”?(az-zhariyaat:21)
Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم  bagitahu bahawa Syaitan akan mendatangi kalian dan membisikkan pertanyaan “siapa yang menciptakan ini, siapa yang menciptakan itu?' Hingga akhirnya dia bertanya, 'Siapa yang menciptakan tuhanmu?' Jika sampai kepadanya hal tersebut, maka hendaknya dia berlindung kepada Allah dan berhenti (tidak meneruskan)."

Iman kita kepada Allah sebagaimana yang Allah bagitahu tentang dirinya.

... tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat.(as-syuura:11)

“Dialah yang Awal dan yang akhir yang Zahir dan yang Batin; dan dia Maha mengetahui segala sesuatu. “(al-hadid:3)

yang dimaksud dengan: yang Awal ialah, yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, yang Akhir ialah yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah, yang Zahir ialah, yang nyata adanya Kerana banyak bukti- buktinya dan yang Batin ialah yang tak dapat digambarkan hikmat zat-Nya oleh akal.

Perkara kedua ialah bagaimana kita menguruskan diri kita? Kita manusia terbahagi kepada dua unsur, rohani dan jasmani. Adapun jasmani iaitu jasad kita maka ianya perlu dijaga. Tubuh badan kita perlu kepada kebersihan, makanan seimbang, perlu kepada rehat dan riadah. Dalam satu riwayat ada menyebut bahawa nabi berlari-lari bersama isterinya. Allah suruh kita makan.

“Dan makanlah dan miunumlah, jangan kamu melampau..”(al-a’raf:31)

Sebagaimana kita menjaga jasad kita maka kita juga perlu menjaga rohani kita. Rohani perlu kepada tarbiyah. Perlu kepada bekalan. Bekalan itu ialah taqwa.

“Dan berbekallah, sesunguhnya sebaik bekalan ialah taqwa..”(al-baqarah:197)

Perlu ada keseimbangan antara dua unsur ini. Mencuaikan salah satu daripadanya akan menyebabkan binasa. Lihat di negara-negara Eropah yamg dikatakan hidup maju dan berjaya. Oleh kerana aspek rohani tiada maka kita lihat ramai mereka hidup porak peranda. Nisbah orang yang bunuh diri amat tingi. Mereka hanyut dengan dadah, arak, tenggelam dalam hidup mewah yang pada hakikatnya payah.

Yang seterusnya ialah Allah ajar kita bagaimana bergaul dengan orang lain. Orang lain bermaksud orang selain daripada kita samada perseorangan atawa jamaah kumpulan. Orang perseorangan seperti ibu, bapa, suami, isteri, saudara lelaki, saudara perempuan. Adapun jamaah kumpulan contohnya ialah jiran. Dalam ayat quran banyak menyebut tentang bagaimana kita bergaul dengan mereka ini.

Dalam menjalani kehidupan seharian kita maka kita kena kembali kepada sumber asal iaitu quran dan hadis. Contoh bagaimana Allah memerintah supaya kita buat baik kepada ibu bapa. Dalam quran Allah berfirman:

“..maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ha”, dan janganlah engkau mengherdik mereka..”(al-isra’:23)

Malah jika ibu bapa kita non muslim sekalipun – wal’iyazabilah, kita perlu bergaul dengan mereka dengan kebaikan.

“..dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik..”(Luqman:15)

Begitu juga hubungan dalam jamaah. Hubungan dalam kampung, dalam bandar, negeri dan negara.

“..dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan..” (al-maidah:2)

“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”(al-insan:8)

Lihat, indahlah ajaran Islam yang sempurna ini. Kepada orang tawanan pun Allah suruh buat baik padahal mereka musuh kita. Kenapa?

“Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”(al-insan:9)

Dalam soal hidup berjiran juga ada panduannya. Apa itu jiran? Jiran ialah orang yang tinggal sekitar kita dari segenap arah, 40 buah rumah di kiri kita, 40 di kanan , 40 di hadapan, 40 di belakang, 40 di atas dan 40 di bawah. Semua rumah sekitar 40 buah di segenap arah itu adalah jiran kita.

Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم  bagitahu bahawa Malaikat sentiasa berwasiat agar berbuat baik kepada jiran sehingga baginda rasa bahawa jiran akan mewarisi harta pusaka. Malangnya sekarang ada kumpulan yang menghalalkan pertumpahan darah tanpa hak. Mereka merosakkan kampung-kampung, bandar-bandar sebagaimana yang berlaku di Suria, di Iraq. Pencorobohan berlaku. Ini adalah kerana mereka berpaling daripada  pengahayatan hidup beragama dalam kehidupan.

Agama juga mengajar kita spaya mejaga alam sekitar. Allah jadikan langit bumi dan segala isinya untuk manusia. Sungai, bukit bukau ladang kebun. Semuanya untuk manusia. Kita wajib memelihara dan memulihara alam sekitar. Jangan buang sampah merata-rata. Jangan cemarkan sungai kita. Orang yang tak jaga alam sekitar ini mereka sebenarnya keluar daripada manhaj Allah.

Akhir sekali saya nak sebut. Malam pun dah lewat. Saya tak mahu panjangkan kalam ini. Perkara akhir; berkenaan dengan sesuatu yang kita reka cipta. Banyak rekaan moden yang kita cipta. Ada kereta ada alat-alat komunikasi ada internet dan lain-lain. Allah tak halang kita mereka ciptaan.

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka(musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu..”(al-anfal:60).

Alat-alat rekaan kita sepatutnya digunakan untuk manfaat dalam kehidupan kita di dunia dan  akhirat bukannya untuk mudharat. Justeru kita kena pandai guna alat-alat itu. Janganlah dengan alat-alat itu menyebabakan kita lupa dan lalai daripada ingat Allah. Jangan lalai dengan internet.

Jika kita amalkan ajaran Islam yang sempurna dalam kehidupan kita maka kita akan dapat dua nikmat hidup, di dunia dan di akhirat. ولمن خاف مقام ربه جنتان.


وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم تسليما، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, March 22, 2017

Amalan-amalan Yang Dianggap Remeh



عن أنس -رضي الله تعالى عنه- قال: "إنكم لتعملون أعمالاً هي أدق في أعينكم من الشعر، كنا نعدها على عهد رسول الله -صلى الله عليه وسلم- من الموبقات، رواه البخاري.
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan(dosa besar).”
(Riwayat Bukhari)
Anas bin Malik adalah sahabat nabi yang umurnya dipanjangkan oleh Allah. Beliau sempat hidup pada zaman tabiin yang mana ketika itu sudah berlaku perubahan keadaan masyarakat dalam penghayatan hidup beragama. Masyarakat sudah mula memandang ringan amalan yang sebenarnya amat dititikberatkan pada zaman para sahabat.

Apa yang disebut oleh Anas itu berlaku pada zaman tabiin yang dianggap sebagai zaman keemasan Islam. Tak tahulah apa yang Anas kata jika melihat masyarakat Islam pada masa sekarang. Umat Islam di serata alam dari Timur ke Barat dari Utara ke Selatan rata-rata tidak mengambil peduli tentang urusan agama.

Hadis ini nak bagitahu kita bahwa jangan kita pandang sepi sesuatu amalan, padahal ianya amat penting. Antara amalan yang dianggap remeh oleh masyarakat sekarang ialah solat jemaah. Pergilah tengok mana-mana masjid di tempat kita dan hitung berapa kerat yang menghadiri solat jemaah. Hari Jumaat penuh sampai melimpah di luar masjid tapi untuk lima waktu sehari semalam tak ramai yang hadir.

Siapa yang tak tahu kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian? Semua orang tahu. Budak sekolah diajar tentang solat jemaah ni masa tahun tiga lagi di sekolah kebangsaan. Mungkin peringkat tadika lagi. Ustaz  ajar kelebihan solat berjemaah tapi ustaz pun tak hadiri jemaah. Kenapa jadi begitu? Sebab memandang enteng solat jemaah. Katanya fardhu kifayah saja. Orang lain buat ustaz tak payah.

Masa zaman sahabat dahulu solat jemaah amat dititik beratkan. Mengikut satu riwayat nabi nak bakar rumah yang mana penghuninya yang sepatutnya solat berjemaah tapi tak solat jemaah. Dalam satu riwayat nabi bagitahu bahawa tiadalah yang tidak menghadiri jemaah itu kecuali dia seorang munafik yang dimaklumi kemunafikannya.  Dalam satu hadis daripada Ibn Mas’ud sabda nabi -صلى الله عليه وسلم-:
من سره أن يلقى الله غداً مسلماً فليحافظ على هؤلاء الصلوات الخمس حيث ينادى بهن، فإن الله شرع لنبيكم سنن الهدى وإنهن من سنن الهدى ولو أنكم صليتم في بيوتكم كما يصلي هذا المتخلف في بيته لتركتم سنة نبيكم ولو تركتم سنة نبيكم لضللتم وما من رجل يتطهر فيحسن الطهور ثم يعمد إلى مسجد من هذه المساجد إلا كتب الله له بكل خطوة يخطوها حسنة ويرفعه بها درجة، ويحط عنه سيئة، ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا منافق معلوم النفاق، ولقد كان الرجل يؤتى به يهادى بين الرجلين حتى يقام في الصف
Barangsiapa yang suka untuk bertemu Allah di besok hari (qiamat) dalam keadaan muslim, maka hendaklah dia menjaga solat lima waktu dengan berjemaah di mana sahaja azan berkumandang. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى telah mensyariatkan kepada Nabi kamu jalan-jalan hidayah, dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian daripada jalan-jalan hidayah. Maka jika kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersolat di rumahnya, maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat. Dan tidaklah sesorang yang bersuci dengan sebaiknya kemudian dia menuju ke masjid melainkan ditulis baginya setiap langkah satu kebaikan, diangkatnya satu darajah dan dihapuskanya satu dosa. Dan sesungguhnya kami menganggap bahawa tiada yang tidak hadir untuk berjemaah melainkan orang munafik yang jelas kemunafikannya. Dan sesungguhnya ada seorang lelaki yang uzur dibawa untuk berjemaah dengan dipapah oleh dua orang, sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf.


Amalan lain yang dianggap remeh ialah berbohong. Sekarang ini bohong sudah dijadikan satu jenaka untuk suka-suka. Dalam radio ada slot apa nama tu? Panggilan hangit ke? Nak bergurau bukan tak boleh. Nabi bergurau tapi baginda tak akan kata kecuali yang benar. Orang-orang tua kita ada kata "Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri".

Apa lagi amalan yang membinasakan tapi dianggap enteng oleh masyarakat kita? Makan dengan menggunakan tangan kanan. Hari ini kalau kita hadir kenduri maka dengan mudah kita akan lihat tetamu makan atawa minum dengan menggunakan tangan kiri. Tiada sunnah makan minum menggunakan tangan kiri. Orang kita lebih mengagungkan barat. Barat ajar kita guna tangan kiri semasa minum kita pun ikut cara mereka.

Permasalahan umat sekarang ialah masalah iman. Iman lemah menyebabkan meninggalkan sesuatu amalan danggap biasa walaupun ianya menyebabkan kita binasa. Orang mukmin menganggap dosa dia macam gunung menghempat kepala manakala orang munafik menganggap dosanya seperti lalat hinggap atas hidung. Semoga Allah merahmati kita.