"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, March 22, 2017

Amalan-amalan Yang Dianggap Remeh



عن أنس -رضي الله تعالى عنه- قال: "إنكم لتعملون أعمالاً هي أدق في أعينكم من الشعر، كنا نعدها على عهد رسول الله -صلى الله عليه وسلم- من الموبقات، رواه البخاري.
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan(dosa besar).”
(Riwayat Bukhari)
Anas bin Malik adalah sahabat nabi yang umurnya dipanjangkan oleh Allah. Beliau sempat hidup pada zaman tabiin yang mana ketika itu sudah berlaku perubahan keadaan masyarakat dalam penghayatan hidup beragama. Masyarakat sudah mula memandang ringan amalan yang sebenarnya amat dititikberatkan pada zaman para sahabat.

Apa yang disebut oleh Anas itu berlaku pada zaman tabiin yang dianggap sebagai zaman keemasan Islam. Tak tahulah apa yang Anas kata jika melihat masyarakat Islam pada masa sekarang. Umat Islam di serata alam dari Timur ke Barat dari Utara ke Selatan rata-rata tidak mengambil peduli tentang urusan agama.

Hadis ini nak bagitahu kita bahwa jangan kita pandang sepi sesuatu amalan, padahal ianya amat penting. Antara amalan yang dianggap remeh oleh masyarakat sekarang ialah solat jemaah. Pergilah tengok mana-mana masjid di tempat kita dan hitung berapa kerat yang menghadiri solat jemaah. Hari Jumaat penuh sampai melimpah di luar masjid tapi untuk lima waktu sehari semalam tak ramai yang hadir.

Siapa yang tak tahu kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian? Semua orang tahu. Budak sekolah diajar tentang solat jemaah ni masa tahun tiga lagi di sekolah kebangsaan. Mungkin peringkat tadika lagi. Ustaz  ajar kelebihan solat berjemaah tapi ustaz pun tak hadiri jemaah. Kenapa jadi begitu? Sebab memandang enteng solat jemaah. Katanya fardhu kifayah saja. Orang lain buat ustaz tak payah.

Masa zaman sahabat dahulu solat jemaah amat dititik beratkan. Mengikut satu riwayat nabi nak bakar rumah yang mana penghuninya yang sepatutnya solat berjemaah tapi tak solat jemaah. Dalam satu riwayat nabi bagitahu bahawa tiadalah yang tidak menghadiri jemaah itu kecuali dia seorang munafik yang dimaklumi kemunafikannya.  Dalam satu hadis daripada Ibn Mas’ud sabda nabi -صلى الله عليه وسلم-:
من سره أن يلقى الله غداً مسلماً فليحافظ على هؤلاء الصلوات الخمس حيث ينادى بهن، فإن الله شرع لنبيكم سنن الهدى وإنهن من سنن الهدى ولو أنكم صليتم في بيوتكم كما يصلي هذا المتخلف في بيته لتركتم سنة نبيكم ولو تركتم سنة نبيكم لضللتم وما من رجل يتطهر فيحسن الطهور ثم يعمد إلى مسجد من هذه المساجد إلا كتب الله له بكل خطوة يخطوها حسنة ويرفعه بها درجة، ويحط عنه سيئة، ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا منافق معلوم النفاق، ولقد كان الرجل يؤتى به يهادى بين الرجلين حتى يقام في الصف
Barangsiapa yang suka untuk bertemu Allah di besok hari (qiamat) dalam keadaan muslim, maka hendaklah dia menjaga solat lima waktu dengan berjemaah di mana sahaja azan berkumandang. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى telah mensyariatkan kepada Nabi kamu jalan-jalan hidayah, dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian daripada jalan-jalan hidayah. Maka jika kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersolat di rumahnya, maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat. Dan tidaklah sesorang yang bersuci dengan sebaiknya kemudian dia menuju ke masjid melainkan ditulis baginya setiap langkah satu kebaikan, diangkatnya satu darajah dan dihapuskanya satu dosa. Dan sesungguhnya kami menganggap bahawa tiada yang tidak hadir untuk berjemaah melainkan orang munafik yang jelas kemunafikannya. Dan sesungguhnya ada seorang lelaki yang uzur dibawa untuk berjemaah dengan dipapah oleh dua orang, sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf.


Amalan lain yang dianggap remeh ialah berbohong. Sekarang ini bohong sudah dijadikan satu jenaka untuk suka-suka. Dalam radio ada slot apa nama tu? Panggilan hangit ke? Nak bergurau bukan tak boleh. Nabi bergurau tapi baginda tak akan kata kecuali yang benar. Orang-orang tua kita ada kata "Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri".

Apa lagi amalan yang membinasakan tapi dianggap enteng oleh masyarakat kita? Makan dengan menggunakan tangan kanan. Hari ini kalau kita hadir kenduri maka dengan mudah kita akan lihat tetamu makan atawa minum dengan menggunakan tangan kiri. Tiada sunnah makan minum menggunakan tangan kiri. Orang kita lebih mengagungkan barat. Barat ajar kita guna tangan kiri semasa minum kita pun ikut cara mereka.

Permasalahan umat sekarang ialah masalah iman. Iman lemah menyebabkan meninggalkan sesuatu amalan danggap biasa walaupun ianya menyebabkan kita binasa. Orang mukmin menganggap dosa dia macam gunung menghempat kepala manakala orang munafik menganggap dosanya seperti lalat hinggap atas hidung. Semoga Allah merahmati kita.

Sunday, March 19, 2017

Mereka Adalah Pakaian Bagi Kamu



Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 187; “Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Ibnu Abbas bagitahu maksudnya ialah mereka adalah pemberi ketenangan kepada kamu dan kamu pemberi ketenangan kepada mereka. Rabi’ bin Anas bagitahu maknanya ialah isteri itu selimut bagi kamu dan kamu selimut bagi mereka.

Lelaki memerlukan wanita, wanita memerlukan lelaki. Lelaki dan wanita diibaraktkan seperti pakaian yang mana pakaian ini diperlukan samada lelaki atawa wanita. Kita memerlukan pakaian. Dengan pakain kita nampak cantik dan bergaya. Nak keluar rumah tak boleh bertelanjang. Antara faedah pakaian ialah untuk berlindung daipada sejuk atawa panas. Nabi semasa nak pakai pakaian baginda berdoa:

"‏اللَّهُمَّ إني أسألُكَ منْ خَيْرِهِ وَخَيْر ما هُوَلَهُ، وأعُوذُ بِكَ مِنْ شَرّهِ وَشَرّ ما هُوَ لَه‏"‏‏
Ya Allah, ku pohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan yang dibawanya dan aku berlindung kepada-Mu keburukannya dan keburukan yang dibawanya. – Maksud kebaikan antara lain ialah untuk menutup aurat, jaga diri daripada panas dan sejuk dan yang paling penting untuk ibadat.

Pakaian menutup aurat kita. Oleh itu tidak dapat tidak kita kena berpakaian. Bila Allah kata pasangan kita adalah pakaian  kita, maknanya ia sangat rapat dengan kehidupan kita. Pasangan kita melengkapkan kekurangan hidup kita. Menjadi sebahagian daripada kita. Oleh itu, pasangan kita sepatutnya mencantikkan akhlak kita, memelihara kita daripada perkara yang buruk. 

Pakaian menutup kekurangan dan keburukan tubuh badan kita. Ada kudis ada parut dan sesuatu yang mengaibkan kita tidak dapat dilihat manusia. Begitu juga suami isteri sepatutnya menjaga nama baik pasangan masing-masing. Para isteri jangan ikut geng borak  yang apabila mereka bersama-sama dengan kawan-kawan mereka berborak, mereka menceritakan keaiban suami masing-masing. Ingat, hadis nabi berkenaan dengan wanita masuk neraka sebab kufur terhadap kebaikan yang dibuat suami, seolah olah suami tak pernah buat kebaikan sedikitpun.

Sabda Rasulullah SAW : “Aku diperlihatkan neraka, kebanyakan penghuninya adalah wanita, disebabkan mereka kufur“. Lalu sahabt bertanya: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda jawab: “Mereka kufur kepada suami, kufur terhadap kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja keburukan darimu maka dia akan berkata: ‘Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu“ (HR : Bukhari dan Muslim).

Begitu juga dengan suami, tidak boleh buka aib isteri. Macamana kalau ada orang sebut bahawa baju yang kita pakai itu buruk, apa kita akan rasa? Marah. Sebab itulah kita keluar berpakaian cantik lagi bergaya, lendik berseterika kerana nak jaga imej kita. Begitulah juga pasangan kita, mereka adalah imej kita sebenarnya.

Antara beza manusia dengan binatang ialah manusia memerlukan pakaian manakala binatang tak memerlukan pakaian, Manusia tidak boleh hidup tanpa pakaian. Justeru, seorang manusia memerlukan pasangan hidup. Jangan kata kita boleh hidup sendiri. Ada orang hidup tak mahu kahwin. Itu tak betul tu. Inilah keindahan Islam kerana Islam meletakkan perkahwinan sebagai satu keperluan dalam agama. Tidak seperti agama lain seperti paderi Kristian, tidak berkahwin. Kasihan!

Pakaian kita dijaga sokmo supaya tahan lama, begitulah juga, kita kena pandai menjaga pasangan kita. Supaya pakaian itu tahan lama, kita kena tahu cara nak jaga pakaian itu. Pasangan kita pun begitu juga. Untuk kekal lama berpasangan, kita kena jaga perhubungan itu. Seperti juga kita kena pandai memilih pakaian kita sebelum kita pakai, kita juga kena pandai memilih pasangan yang sesuai untuk kita sebelum kita kahwini mereka. 

Musim cuti sekolah ini, ramai orang buat kenduri kahwin. Bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan, diucapkan:

بــارك الله لكمــا .. وبارك عليكمــا .. وجمع بينكما في خير

Monday, March 13, 2017

Air Batu Cair



1.  Demi masa.
2.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3.  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


Ar- Razi dalam tafsirnya bagitahu bahawa ruginya seseorang yang mana modalnya mencair macam air batu. Dia faham surah al-asr dengan melihat seorang menjual air  batu lalu depan dia. Al-Imam as-Syafie bagitahu bahawa memadailah seseorang yang memahami betul-betul surah ini untuk dia dapat petunjuk jadi orang baik.

Paling takut kita rugi macam air batu cair tadi. Di akhirat bawa banyak karung amal ibadat tapi tak lekat, jatuh tengah jalan. Kita tak mahulah amalan kita di dunia sia-sia. Antara perkara yang menyebabkan amalan kita mencair ialah sebab hasad. Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu bahawa hasad itu memakan amalan kebaikan sepertimana api memakan kayu. Rugi. Maka apa untungnya kita berhasad dengki?

Dalam kitab Riyadhus Solihin, al- Imam an-Nawawi bawa satu hadis daripada Sohih Muslim, cerita tentang orang muflis. Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.

Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah  akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah campakkan dia ke dalam neraka.”

Kita berdoa agar modal amalan kita tidak mencair macam air batu cair. Alangkah ruginya kita. Makanya kita kena banyak belajar supaya kita tahu. Bila tahu kita amal mengikut neraca yang sebenar. Mudah-mudah Allah terima . Amin.