"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 14: Takut dan Gerun Kepada Allah



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Sebagaimana sedia maklum bahawa objektif pensyariatan puasa ialah untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Antara takrif taqwa yang dijelaskan oleh ulama ialah perasaan gerun dan takut kepada Allah.

Perasaan gerun dan takut kepada Allah akan menatijahkan seseorang untuk tidak berani membuat maksiat kepada-Nya. Manusia ada persaan takut. Takut kepada binatang buas seperti harimau, takut kepada guruh petir, takut kepada hantu dan lain-lain.

Jika takut kepada harimau maka jangan pergi tempat harimau berada. Begitulah seterusnya kita akan melarikan diri daripada sesuatu yang kita takuti. Tapi takut kepada Allah kita tak boleh lari bahkan kena mendekati Allah dengan amalan soleh.

Takut kepada Allah akan menyebabkan kita masuk ke dalam syurga, bebas daripada azab neraka. Pada hari akhirat penduduk syurga ditanya bagaimana mereka boleh masuk syurga.

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (25) قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (26) فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (27)

Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya. Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab)". Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka. (at Thur:25 – 27)

قُلْ آَمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا (107) وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109)

Katakanlah: "Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, Dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi". Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.(al- isra:107 – 109)

Khusyu’ itu takutlah. Kita sembahyang tak berapa khusyu’ sebab perasaan takut dan gerun kita kepada Allah tidak seberapa. Jadi untuk mendatangkan khusyu’ maka kena hadirkan perasaan takut.
Bagaimana cara untuk mendapatkan rasa takut kepada Allah? Antara caranya ialah kita kita berdoa:

اللهم إني أسألك خشيتك في الغيب والشهادة،
Ku pohon daripada persaan takut kepada-Mu pada yang ghaib dan nyata

Kita apabila memandu kereta tiba-tiba nampak kilat petir depan kita maka kita rasa takut, gerun. Ada dalam satu hadis nabi ajar bila berada dalam situasi begini. Al Imam al-Bukhari bubuh dalam الأدب المفرد tapi hadis ni sanadnya tak sohih dan beliau tidak meletakkannya dalam sohih Bukhari. Doa nabi ajar apabila melihat panah petir:
اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا تهلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك
Ya Allah! Janganlah engkau bunuh kami kerana kemurkaan-Mu dan janganlah kamu binasakan kami dengan azab-Mu, Maafkanlah sebelum daripada itu. wallahu a’lam.


Monday, June 29, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 12: Ramadan Satu Perjuangan




Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Bulan Ramadan merupakan satu medan perjuangan untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Perjuangan dalam bulan Ramadan adalah dengan susah payah. Berlapar pada siang hari, menahan keletihan berqiam pada malamya. 

Para sahabat nabi diuji lebih hebat lagi daripada kita. Dalam bulan Ramadan berlakunya peperangan Badar.
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Sungguh Allahسبحانه وتعالىtelah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ali Imran:123)

Keadaan kaum muslimin lemah kerana jumlah mereka sedikit, hanya 313 orang sahaja berbanding dengan 1000 orang tentera kafir. Walaubagaimanapun perjuangan itu menjadi manis dan mudah kerena mereka memiliki kesabaran dan ketakwaaan. Iman dan takwa merupakan sumber kekuatan orang Islam dalam menempuh perjuangan.
بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آَلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ
Bahkan, jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda bersiap siaga.

Dalam bulan Ramadan juga berlaku satu peristiwa besar iaitu pembukaan Kota Mekah. Berlaku pada tahun kelapan hijrah. Dalam kitab sirah kita boleh baca bahawa betapa susahnya para sahabat untuk memasuki Kota Mekah menempuh perjalanan yang jauh dalam keadaan tubuh badan lemah dan haus sehingga ada dalam kalangan sahabat yang berbuka puasa.

Nabi sendiripun berbuka puasa dan baginda mengangkat bekas air nenunjukkan kepada para sahabat. Baginda menyuruh para sahabat yang letih dan tak mampu supaya berbuka. Bagi yang tetap mahu berpuasa bagingda nabi bersabda أولئك العصاة  - mereka itu derhaka kerana tidak mengambil rukhsah yang diberikan oleh Allah. Mereka berada dalam musafir.
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maka barangsiapa dalam kalangan kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (al-baqarah:184)

Islam tidak mahu menyusahkan umatnya.
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

Contohnya jika seseorang itu bekerja memandu bas ulang alik Kota Bharu Kuala Lumpaur. Jika puasanya menyebabkan dia letih dan membahayakan penumpang maka dia mesti buka puasa kerana menjaga maslahah yang lebih besar. Tapi jangan makan depan orang.

Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan perjuanga pada bulan Ramadan sehingga ke akhirnya lebih kurang ada 18 hari lagi dan seterusnya pada bulan lain.

Sunday, June 28, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 11: Sentiasa Memohon Perlindungan Dengan Allah



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Dalam bulan Ramadan syaitan dibelenggu. Tidak semua syaitan dibelenggu. Sebab itu ada dalam kalangan kita yang masih bermaksiat kepada Allah. Mereka termasuk perangkap syaitan. Tipu daya syaitan juga berlaku pada bulan Ramadan.

Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada terpedaya dengan syaitan. Serangan syaitan ini belaku setiap masa lebih-lebih lagi pada waktu malam. Nabi صلى الله عليه وسلم  ajar agar kita berdoa ketika terkejut daripada tidur sebagaimana yang disebut oleh At Tirmizi:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "إذا فزع أحدكم في النوم فليقل: أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه وشر عباده، ومن همزات الشياطين وأن يحضرون، فإنها لا تضره".

Barangsiapa yang terkejut daripada tidur hendakalah dia membaca

أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه وشر عباده، ومن همزات الشياطين وأن يحضرون
Sesungguhnya dia tak akan dapat memudharatkannya.

Elok juga kita amalkan tiga qul pada setiap pagi dan  malam. Baca tiga kali sebagai benteng kita daripada syaitan dan makhluk yang lain. Dalam kalangan makhluk ada yang berhasad dengki dengan kita. 

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)
1.  Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,
2.  Daripada kejahatan makhluk-Nya,
3.  Dan daripada kejahatan malam apabila telah dilitupi gelap,
4.  Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada tali.
5.  Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki."

Rasulullah sebelum turunnya ayat ini baginda mendoakan kedua cucunya Hassan dan Hussain baginda baca:
" أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ "

Semoga kita selalu berada di bawah perlindungan dan pengawasan Allah.

Saturday, June 27, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 10: Tadabbur Surah at-taubah



Disampaikan oleh: al-ustaz Azarizal Mohd Alawi(ust. Ja)
Tempat: Madinah Ramadan, Kota Bharu

Bermula dengan solat Isya’ tadi Imam kita membaca surah at-taubah ayat 111:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itulah janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

Adik kakak yang dihormati sekalian, surah at-taubah ini kembarnya ialah surah al-anfal. Sebelum surah at-taubah ialah surah al-anfal. Kita kata dua surah ni kembar sebab antara dua surah ini tiada bismillah. Kedua-kedua surah ini banyak membicarakan tentang perang.

Dalam ayat 111 surah at-taubah Allah memberitahu tentang kelebihan berjihad di jalan-Nya. Bahawa Allah membeli mereka dengan syurga. Inilah besarnya orang yang berjihad di jalan Allah. Kita baca surat khabar di rumah tentang peperangan di Syiria, ada orang kita menyusup ke sana. Di Afghanistan ada orang kita berjihad di sana, Yang terkini Rohingya. Apabila mereka disembelih dibakar maka ada pemuda yang mempunyai kesedaran bangkit menentang kezaliman dan ada orang kita pergi ke sana untuk berjihad fisabilillah.

Syahid di jalan Allah adalah jalan mudah untuk ke syurga. Ambo teringat as-Syahid Ibrahim Libya, kita panggil dia as-Syahid dan mudah-mudahan beliau mendapat syahid di sisi Allah. Beliau seorang yang selalu bercita-cita untuk syahid dan akhirnya beliau gugur kerana menegakkan Islam, bukan mati di atas katil.

Dalam ceramah beliau, kaset dia pun ada. Beliau mengatakan bahawa orang masuk syurga ini adalah kalangan nabi. Kita memang kompom tidak nabi. Yang masuk syurga juga dalam kalangan siddiqin. Kalangan siddiqin ini seperti Abu Bakar as-siddiq- yang membenarkan semua ajaran nabi. Kita membenarkan juga tapi.. ada tapi. Abu Bakar mensedeqahkan seluruh hartanya di jalan Allah. Apabila orang tanya Kar! Kar ini Abu Bakarlah. Kar!Mu tinggal gapo ko anak bini. Abu Bakar jawab Allah dan rasul.

Kita sedeqah juga tapi seringgit itupun duit buruk. Nak tanya adik kakak kalu ada dua helai duit seringgit, satu baru satu lama, hak mana yang disedeqahkan? Hak lama. Ambo tahulah sebab ambo bilang duit, jadi amilin. Tengah-tengah bilang tersalah carik, kalut cari soletep.

Kalangan ahli syurga juga daripada orang soleh. Ambo ni tak soleh tapi adik kakak ambo tak tahu. Nak soleh lagu mana baca quran baru Auuzubillah dah menguap dah. Jadi jalan ringkas nak masuk syurga ialah syahid di jalan Allah. Nak berjuang di jalan Allah tak perlu jadi alim. Sesiapa saja boleh.
Kita semua nak masuk syurga. Hak mari sini ni cuba angkat tangan siapa yang tak mahu syurga ada tak? Kalu ada nak pekong dengan speaker. Orang yang duduk atas wakaf main terup main gitar kalau kita kata kat mereka bahawa mereka ni masuk neraka mesti mereka marah.

Mereka berperang di jalan Allah. Mereka membunuh dan dibunuh. Kedua-duanya adalah mulia samada dapat membunuh musuh atau dibunuh oleh musuh dan ini adalah janji Allah. Allah apabila berjanji dia tak akan mungkir janji. Kita janji juga tapi tak ditepati. Janji dengan anak kalau dapat 3A UPSR abah nak beli basikal. Anak ni baca dan baca dan baca sehingga dapat 4A. Balik rumah abah kata tak boleh beli basikallah sebab dulu janji 3A. Jem kreng anak!

Janji Allah ini bukan saja dalam quran tapi juga dalam taurat dan Injil. Maknanya arahan berjihad ni bukan kita saja tapi juga kepada ummat terdahulu sebelum kita. Siapakah yang lebih menepati janji selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan. Itulah kejayaan yang besar.

Ambo juga ingin memetik ayat 122:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Ayat tersebut menyatakan bahawa tidak boleh semua ikut berperang. Satu kampung pergi perang belaka, Tak boleh. Kena ada sebahagian yang mendalami ilmu agama supaya apabila mereka balik mereka boleh memberi peringatan kepada kaumnya. Memberi peringatan ini bukan sekadar mengajar saja, dia lebih daripada itu. Kena bagi peringatan.

Ada tok lebai ni dia lebai seorang dia, Ulang alik sekolah masjid sekolah. Orang tolak hukum Allah dia tak rasa apa, orang buat maksiat dia tak cegah. Yang penting dia pergi masjid. Maulud ngatik saja. Orang nak pergi berlaga ayam dia kata tak apalah, ambo nak gi masjid. Tak boleh lagutu.

Jadi ambo nak sebut kepada tok lebai hak balik Mesir ke Jordan ke Pakistan ke agar kita ni kena beri perigatan kepada orang ramai. Tak boleh kita lebai seorang diri.

Ada satu hadis nabi. Ambo bila dengar hadis ini Allah!!. Diriwayatkan bahawa Allah suruh Malaikat Jibril angkat satu bukit dan dirembah ke atas satu penduduk yang telah banyak melakukan maksiat. Jibril pun angkatlah bukit tersebut tiba-tiba masa dia nak rembah dia nampak seorang tok lebai. Rupa-rupanya dalam kampung tu ada seorang tok lebai yang sedikt pun tak buat maksiat. Jibril patah balik jumpa Allah. Allah jawab mu ambil bukit tu mu rembah mula-mula sekali atas kepala tok lebai tu sebab dia tak rasa langsung nak cegah penduduk kampung daripada buat maksiat. Mu rembah atas kepala dia dulu, ni nate tak guna.

wallahua’lam.

ambo-saya
gapo-apa
pekong-baling
wakaf-tempat rehat
rembah-hempas
ngatik-tahlil
nate-binatang
lagu mana-macamana
lagutu-begitu