"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, November 17, 2010

Masalah agihan daging korban kepada bukan Islam


Hari raya korban masih lagi disambut oleh umat Islam di Malaysia. Disunatkan meyembelih binatang ternakan untuk dijadikan ibadah korban. Waktu menyembelih berakhir pada 13 Zulhijjah.

Di Sabah saya selalu berhadapan dengan persoalan tentang hukum memberikan daging korban kepada orang bukan Islam. Adakah boleh diberikan daging korban kepada bukan Islam? Apakah dalilnya?

Mengikut pengajian dan pengamatan saya berkenaan perbahasan persoalan di atas maka bolehlah saya simpulkan bahawa perkara ini adalah termasuk yang dikhilafkan oleh para ulama.

Suka saya memetik fatwa Syeikh Uthaimin ketika ditanya persoalan ini beliau menjawab HARUS hukumnya memberikan daging korban kepada bukan Islam dengan syarat mereka termasuk daripada golongan yang tidak memerangi dan memusuhi orang Islam.

Beliau berdalilkan firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9)

8. Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

9. Sesungguhnya Allah Hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.

Dalam situasi Sabah saya lebih cenderung untuk mengguna pakai fatwa ini. Ianya lebih sesuai dengan waqi. Ada rakan saya mengadu kepada saya bahawa dia tidak dapat memasak daging korban kerana selalu didadatangi oleh keluarganya yang bukan Islam.

Dalam hal ini kita mestilah menunjukkan kebaikan Islam kepada bukan Islam lebih-lebih lagi mereka itu ialah adik-beradik kita, mertua kita yang belum lagi terbuka menerima hidayah keindahan Islam.

Apapun persolan ini memang menjadi perselisihan di kalangan ulama jadi terserahlah kepada masing-masing untuk membuat pertimbangan. Kalau tanya saya, saya jawab 'HARUS dan BOLEH'. والله إعلم

2 comments:

PuteraKe4 said...[Balas]

Kalaulah ustaz dapat kupaskan perkara ini dengan lebih mendalam besandarkan kepada pendapat mazhab2 nescaya ramai yg akan lebih memahami.

izamrie said...[Balas]

jzkk.

Post a Comment