"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, November 15, 2010

Tak dapat pindah

Hari ini saya baca perkongsian rakan-rakan di Facebook (muka buku) tentang keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri yang baru diumumkan. Rata-rata rakan berkongsi tentang keputusan yang tidak berpihak kepada mereka. Dengan kata lain tak dapat pindah. Permohonan ditolak.

Saya lihat senario rakan yang minta pindah ada bermacam. Ada yang saja nak cuba try mintak, ada kerana mahu bersama pasangan, ada yang memberi alasan kesihatan, nak jaga orang tua di kampung dan lain-lain lagi.

Faktor sudah lama berada di perantauan juga mendorong untuk pindah. Jiran saya yang baru 20 tahun di Sabah ini minta pindah tapi sayangnya tak dapat. Saya sendiri di Sabah baru 11 tahun. Rasanya tak perlu minta pindah. Terlalu jauh beza antara 20 tahun dengan 11 tahun.

Saya difahamkan perpindahan ke beberapa negeri di Semenanjung dibekukan, terutamanya bidang agama. Tapi yang musykilnya anak peranakan dia dapat, sepupu dia pun dapat. Mungkin sebab alasannya sudah 2 atau 3 tahun . Orang lain baru 20 tahun jah. Dia 3 tahun nah!

Memang tak dapat dinafikan berada di perantauan jauh dari kampung halaman tak sama situasi dan kondisinya berbanding di tempat sendiri. Pepatah popular ada sebut “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri – lebih baik negeri sendiri”.

Kalau melihat sejarah mereka yang terulung pada zaman lampau, kehidupan mereka penuh dengan perantauan samada kerana menuntut ilmu pengetahuan atau mencari makan. Baca saja tulisan Abu Fattah Abu Ghudah berkenaan kisah kesabaran ulama mengembara mencari ilmu.

Kepada yang tak dapat pindah, jangan putus asa. Cuba appeal and request lagi. Bagi isteri yang tak boleh ikut suami, saya sarankan berhenti saja kerja. Bukan tugas isteri mencari harta untuk sara keluarga. Dulu isteri saya tak kerja. Duit tak banyak. Sekarang isteri kerja. Duit tak banyak juga! Sakit ada lah.

Sebagai pembakar semangat dan hiburan luka lara sahabat yang berkelana saya nukilkan kata-kata madah Imam Syafie untuk renungan bersama. Mudah-mudahan dapat jadi ubat untuk bertahan di bumi Sabah, khususnya bumi Keningau yang indah permai ini.

Al Imam as Syafie ada bermadah:

تغرب عن الأوطان في طلب العلا*

وسافر ففي الأسفار خمس فوائد*

تفـرج هـم واكتسـاب معيشـة*
وعلـم وآداب وصحبة ماجـد*

Berkelanalah dari bumi watan untuk mencari ketinggian

dan bermusafirlah, ada lima kelebihan musafir

menghilangkan keluh kesah, mencari rezeki kehidupan

ilmu pengetahuan, adab dan berkawan dengan orang mulia

3 comments:

mastinah said...[Balas]

salam ustaz.betul tu ustaz.dlu masa sy skolah mngh,ramai guru2 n ustaz2,ustazah2 sy mo pindah balik ke semenanjung, alasan, jaga mak n ikut suami. sedih jugak la sebab kami perlukan cikgu2 dr smnjg ni.tapi kan,mmg wajar para guru dr smnjg ni minta balik sbb mungkin mereka pun mo menabur bakti d tmpt sendiri.em,papun,terima kasih bnyk2 kpda merka krna sudi dtg dan menabur bakti ke sabah especially keningau n ranau.

mohdrusli said...[Balas]

sebab itu sabahan perlukan agamawan macam ustazah mastinah.mudah-mudahan orang macam mastinah dapat menabur bakti di tempat sendiri.

mbb said...[Balas]

amiin ustaz...ya, mo berbakti d pensiangan nanti...Insya Allah.

Post a Comment