"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, May 26, 2009

Pemuda harapan Islam

Pada 19 Mei yang lepas (Khamis) saya telah diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas bertajuk “pemuda harapan islam”. Tazkirah ini adalah salah satu slot majlis iftor jamaie anjuran intis, bertempat di LR 11, bangunan IRK, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kehadiran peserta lebih kurang seramai 40 orang (muslimin dan muslimat).



Berkenaan dengan tajuk yang diberikan, saya telah memetik daripada karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan bertajuk "حتى يعلم الشباب" untuk dijadikan perkongsian maklumat. Secara ringkasnya ada lima ciri dan sifat yang perlu dimiliki pemuda untuk menjadi harapan kepada perjuangan Islam di atas muka bumi ini iaitu:



1.الإيمان الراسخ -keimanan yang jitu. Firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 15:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آَمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

15. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.



2.
الإخلاص الصادق –ikhlas yang sebenar. Firman Allah dalam surah al-bayyinah ayat 5:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

5. Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.



3.
العزيمة المتينة –keazaman yang kuat. Firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 39:

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا

39. (yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.



4.
العمل الدائب –amalan yang berterusan. Firman Allah dalam surah at-taubah ayat 105:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

105. Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.



5.
التضحية الغالية –pengorbanan yang mahal. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 214:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.



Apabila pemuda pemudi Islam mempunyai ciri-ciri yang disebutkan tadi insya Allah kita akan melihat Islam kembali bertapak dan syariat Allah akan tertegak di atas muka bumi ini. Saya menyarankan kepada semua supaya membaca buku حتى يعلم الشباب karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan rahimahullah untuk lebih mengetahui dan mendalami bagaimana menjadi pemuda harapan Islam.

1 comments:

syukri said...[Balas]

assalaualaikum...ustaz...'salafi' tu apa?mazhab ke apa?

Post a Comment