"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, May 6, 2009

Khutbah Jumaat sempena hari pekerja

Tarikh:01 Mei 2009
Tempat: Masjid Ar-Rahim, Pekan Keningau
Khatib: Ustaz Mohd Rusli Ismail

عن أنس بن مالك أن رجلاً من الأنصار أتى النبي صلى اللّه عليه وسلم يسأله فقال: "أما في بيتك شىءٌ؟" قال بلى حلسٌ: نلبس بعضه ونبسط بعضه، وقعبٌ نشرب فيه من الماء قال: "ائتني بهما" قال: فأتاه بهما، فأخذهما رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم بيده وقال: "من يشتري هذين"؟ قال رجل: أنا آخذهما بدرهم، قال: "من يزيد على درهمٍ؟" مرتين أو ثلاثاً، قال رجل: "أنا آخذهما بدرهمين" فأعطاهما إياه، وأخذ الدرهمين فأعطاهما الأنصاري وقال: "اشتر بأحدهما طعاماً فانبذه إلى أهلك، واشتر بالآخر قدوماً فأتني به" فأتاه به فشدَّ فيه رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم عوداً بيده ثم قال له: "اذهب فاحتطب وبع، ولا أرينَّك خمسة عشر يوماً" فذهب الرجل يحتطب ويبيع، فجاء وقد أصاب عشرة دراهم، فاشترى ببعضها ثوباً وببعضها طعاماً، فقال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "هذا خيرٌ لك من أن تجيء المسألة ننكتةً في وجهك يوم القيامة...الحديث

Dalam satu hadis daripada Anas bin Malik, bahawa seorang lelaki Ansar suatu ketika datang meminta-minta kepada baginda lalu baginda bertanya: "Adakah anda memiliki sesuatu di rumah? lalu lelaki itu menjawab: "Saya ada sehelai hamparan yang separuhnya kami jadikan alas duduk dan separuhnya lagi kami buat selimut dan ada sebuah mangkuk yang kami gunakan untuk minum".Maka baginda bersabda kepadanya: "Bawakan kedua-dua benda itu kepada saya". Lalu dibawanya kedua-dua barang itu, kemudian Nabi tunjukkan barang itu kepada orang yang berada di sisi baginda kalau ada sesiapa yang hendak membelinya. Seorang lelaki berkata, saya akan membelinya dengan satu dirham, lalu Rasulullah bertanya siapa yang akan membeli lebih daripda satu dirham? Akhirnya baginda dapat menjualnya dengan harga dua dirham dan diberikan wang tersebut kepada lelaki itu sambil baginda bersabda: "Belilah makanan untuk keluargamu dengan satu dirham manakala satu dirham lagi belikanlah sebilah kapak". Kemudian Rasulullah SAW meminta lelaki itu datang lagi, lalu lelaki itu pun datang dan baginda telah membubuhkan hulu kapak itu dan menyuruh lelaki itu pergi mencari kayu api dan menjualnya sambil baginda mengatakan kepada lelaki itu supaya lelaki itu tidak akan berjumpa lagi dalam masa 15 hari. Lelaki itu pergi dan kembali lagi selepas 15 hari sambil membawa datang 10 dirham, lalu ia membeli pakaian dan makanan, Maka baginda Rasulullah SAW bersabda: "Itu adalah lebih baik daripada anda datang pada hari kiamat kelak sedang pada muka anda bertanda kerana meminta-minta…al-hadis


Hadis ini memberi pengajaran kepada kita supaya kita bekerja untuk mendapatkan rezeki. Islam menyuruh umatnya supaya bekerja dan melarang daripada meminta-minta. Di dalam Islam bekerja adalah ibadah. Oleh itu ianya tidak boleh lari daripada sistem dan etika yang digariskan oleh Islam. Setiap pekerja mestilah mematuhi dan menuruti garis panduan di dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

Di antara garis panduan, etika kerja tersebut ialah melakukan pekerjaan dengan sifat ihsan, iaitu melakukan pekerjaan dengan cermat dan sebaik mungkin.


عن شداد بن أوس: - أن النبي صلى الله عليه وسلم قال "إن الله كتب الإحسان على كل شيء. فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته".

Sabda Nabi SAW “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya berihsan di dalam semua hal. Apabila kamu membunuh maka berbuat baiklah ketika membunuh, apabila kamu menyembelih maka berbuat baiklah ketika menyembelih dan hendaklah seseorang daripada kamu menajamkan pisau sembelihannya dan memberikan kerehatan kepada binatang sembelihan.”

Islam menekankan al-itqan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita mestilah bekerja dengan penuh ketekunan bertanggungjawab. Di dalam hadis musnad Abi Ya’la Nabi SAW bersabda:

عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Daripada Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang daripada kalian melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun.”

Di samping itu juga kita hendaklah menjauhi diri kita daripada sifat menipu.


عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "من حمل علينا السلاح فليس منا. ومن غشنا فليس منا

Bahawa baginda Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mengangkat senjata mahu melawan kita maka dia bukan daripada kalangan kita dan sesiapa yang menipu juga bukan daripada kalangan kita”.

Amanah adalah antara ciri terpenting di dalam pekerjaan:


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikann amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.


Untuk mempastikan bahawa pekerjaan yang kita lakukan mendapat pahala dan dikira sebagai ibadat maka kita mestilah menuruti dua syarat , iaitu yang pertama pekerjaan itu mestilah yang dibenarkan oleh syarak dan yang kedua pekerjaan yang kita lakukan tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah. Firman Allah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
9. Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. barangsiapa yang berbuat demikian Maka mereka Itulah orang-orang yang merugi.


Khutbah kedua

Saya hendak sebut dua isu, yang pertama Alhamdulillah program ilmu di Masjid Pekan Keningau berjalan dengan lancar. Sebelum waktu jumaat ada kuliah jumaat. Saya minta supaya para jemaah mengambil berat majlis ilmu ini. Janganlah ada dalam kalangan kita yang berbual-bual ketika majlis ilmu berjalan. Datanglah awal dan duduklah di saf-saf hadapan.

Isu kedua ialah dunia sekarang dikejutkan dengan satu ancaman baru iaitu virus selesema babi. Ini adalah pengajaran dan peringatan daripada Allah. Setakat ini Malaysia masih boleh dikatakan terselamat daripada ancaman tersebut. Beringatlah sebelum kena. Kembalilah kepada ajaran Islam. Islamlah, nescaya anda akan selamat.

2 comments:

sahmain said...[Balas]

amat memberi menafaat kepada para jemaah sekiranya diteruskan majlis ilmu ini sebelum solat jumaat,tahniah ustaz, cuma kalau boleh diselitkan peringatan kepada para jemaah agar tidak bercakap-cakap ataupun bercerita semasa khatib membaca khutbah kerana inilah yang sering berlaku di masjid AR-Rahim ini.

Anonymous said...[Balas]

salam.nak kata x phm,tak tahu,x maklum rasa x juga.ni yg bckp2 ni x kira siapa,termasuk2lah haji2 & rakan2,jemaah yg saya kira arif hukum hakam agama.ini berdasarkn pengalaman saya sdiri

Post a Comment