"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, May 2, 2009

Motivasi qiamullail


وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
114. Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.


وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
64. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka, maksudnya orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah.


وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
219. Dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
79. Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.


وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبَارَ السُّجُودِ
40. Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan setiap selesai sembahyang.

قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
2. Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
sembahyang malam Ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. setelah Turunnya ayat ke 20 Ini hukumnya menjadi sunat.


إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَى مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآَنِ عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَى وَآَخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَآَخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) daripada Al-Quran. dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) daripada Al- Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا
26. Dan pada sebahagian malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang pada malam hari.

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
16. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang kami berikan.

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15) آَخِذِينَ مَا آَتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
15. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air,
16. Sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
17. Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.
18. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.


عن أبي هريرة؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم بالليل بحبل فيه ثلاث عقد. فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة. فإذا قام فتوضأ، انحلت عقدة. فإذا قام إلى الصلاة انحلت عقده كلها، فيصبح نشيطا طيب النفس قد أصاب خيرا. وإن لم يفعل، أصبح كسلا خبيث النفس لم يصيب خيرا
Daripada Abi Hurairah, sabda Nabi SAW: Syaitan mengikat di atas kepala kalian pada waktu malam dengan tiga tali ikatan, sekiranya seseorang itu bangun dan berzikrullah maka terurailah satu ikatan, jika ia bangun dan berwudhu’, terurailah ikatan kedua dan sekiranya ia berdiri melakukan solat maka terurailah kesemua ikatan, dia akan berpagi hari dalam keadaan bersemangat dan ceria, sungguh ia mendapat kebaikan. Sekiranya ia tidak melakukan demikian, ia akan berpagi hari dalam keadaan malas, suram jiwanya, tidak mendapat kebaikan.
عن عبد الله؛ قال:- ذكر لرسول الله صلى الله عليه وسلم رجل نام ليلة حتى أصبح. قال: ((ذلك الشيطان بال في أذنيه
Daripada Abdillah, diceritakan kepada Rasulillah SAW tentang seorang lelaki yang tidur sehingga pagi maka Rasulullah bersabda “Itulah orang yang telah dikencing oleh syaitan ke dalam telinganya”.

عن عبد الله بن عمرو؛ قال:- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((لا تكن مثل فلان. كان يقوم الليل فترك قيام الليل
Daripada Abdillah bin Amru, Sabda Nabi SAW “Jangan jadi seperti si fulan, dia bangun qiamullail kemudian ia meninggalkannya”


. فكان أول شيء تكلم به، أن قال ((يا أيها الناس! أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام
Daripada Adillah bin Salam… Perkara awal yang nabi sebut ialah, Wahai manusia, sebarkan salam, berilah makanan, sembahyanglah pada waktu malam pada saat manusia tidur, kamu akan masuk syurga dengan selamat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:(ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له).
Daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda “Allah turun setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga akhir malam seraya berfirman, Sesiapa berdoa kepadaku maka akan kuperkenankan, sesiapa yang meminta aka akan beri, sesiapa yanag meminta ampun akan ku ampunkan.”

عن بلال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:- "عليكم بقيام الليل فإنه دأب الصالحين قبلكم وإن قيام الليل قربةٌ إلى الله ومنهاةٌ عن الإثم وتكفيرٌ للسيئات ومطردةٌ للداء عن الجسد" هذا حديثٌ غريبٌ لا نعرفه من حديث بلال إلا من هذا الوجه ولا يصح من قبل إسناده.
Daripada Bilal Bahawa Nabi SAW bersabda “Hendaklah kamu melakukan qiamullail, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, kaffarah bagi kejahatan, penghalang penyakit daripada badan”. – hadis ini statusya gharib


Renungan


Semua orang tahu fadhilat qiamullail tapi tak ramai yang sanggup melakukannya walau dua rakaat cuma. Kenapa agaknya?

Kita boleh bangun untuk menonton bola sepak pada jam 2 pagi atau 3 pagi dalam keadaan bersemangat tapi untuk qiamullail punyalah susah. Kenapa agaknya?

Dengan mudah saja kita bangun bersama keluarga kita untuk ke Airport pada jam sebelum subuh takut tertinggal penerbangan tapi nak bangun tahajjud susahnya ya Tuhan! Kenapa agaknya?

Dah bangun dah untuk buang air kecil ataupun besar waktu dinihari tapi nak ambil wudhu' dan solat dua rakaat tak terbuat. Kenapa agaknya?

Suami yang baik bila dengar anak menangis tengah malam lantas bangun buat susu tapi lepas buat susu nak solat sunat punyalah malasnya. Kenapa agaknya?

Ada alarm untuk kejut nak qiam. Bila alarm berbunyi dah bangun dah tapi bangun untuk tutup alarm daripada berbunyi lepas tu tidur balik. Tak solat qiamullail. Kenapa agaknya?

0 comments:

Post a Comment