"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, May 6, 2009

Saya kemalangan

Allah bagitahu dalam surah Lokman ayat 34:

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
34. Sesungguhnya Allah, Hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.



Pada 2 Mei 2009, hari Sabtu yang lepas saya telah terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Pekan Keningau saya pulang ke rumah. Selama dua minggu lebih semenjak saya pulang bercuti, inilah kali petama saya pulang selepas Maghrib . Biasanya saya pulang ke rumah selapas solat Isya’. Antara Maghrib dengan Isya'samada saya menyampaikan ceramah atau mendengar ceramah. Malam ini Ustaz Hj Mokhtar mengajar jemaah membaca Al-Quran. Saya pulang untuk memastikan anak-anak mengaji Al-Quran.

Apabila waktu Isya' saya kembali ke masjid menaiki motorsikal. Sebelum ke masjid anak saya yang sulung, Hafizah memperingatkan saya beberapa kali supaya berhati-hati ketika menunggang motorsikal. Saya Kemalangan di kawasan bulatan dekat masjid. Sebuah kereta melanggar saya dan saya terus terjatuh dari motorsikal. Kepala saya terhentak di jalan. Pemandangan saya terus kabur dan saya dalam keadaan sedar tak sedar. Saya di beritahu bahawa Cikgu Zul (Gunsanad ) mengangkat saya dan menghantar pulang ke rumah. Kereta yang melanggar saya adalah sebuah kereta kancil. Langgar lari.

Syukur kepada Allah kerana saya tidak mengalami kecederaan serius. Hanya luka kecil sahaja. Selepas Isya’ ramai ahli jemaah masjid datang mengziarahi saya. Ada yang ke hospital Keningau kerana menyangkakan saya dimasukkan ke hospital. Pada subuh keesokan hari saya berasa lemah-lemah badan. Bahagian tengkuk saya susah untuk bergerak. Saya tidak menghadirkan diri solat subuh berjemaah. Sepanjang hari ini (Ahad) saya didatangi ramai orang yang ingin bertanya khabar. Ustaz Zul (Siddiqiu) dan rombongan dari Kota Kinabalu pun datang juga.

Pada malamnya saya dengan bantuan Ustaz Suhaimi telah ke hospital untuk mendapat rawatan. Setelah di x-ray, Doktor Nazri yang merawat saya mengatakan bahawa tiada apa-apa kecederaan di bahagian kepala. Saya dinasihatkan supaya memakai collor di bahagian tengkuk. Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas inayah dan lindungan-Nya.

Ketika catatan ini ditulis saya sudah berda di kampus UIA untuk mengikuti pengajian semester pendek selama enam minggu. Pada semester ini Insya Allah saya cuba untuk menyiapkan proposal dan dibentangkan. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan saya. Terima kasih kepada mak tersayang dan isteri yang perihatin dan mengambil berat diri ini. Juga dirakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli jemaah Masjid Pekan Keningau dan kawan-kawan yang memberikan sokongan dan bantuan.


وعن أبي هريرة،
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (ما يصيب المسلم، من نصب ولا وصب، ولا هم ولا حَزَن ولا أذى ولا غم، حتى الشوكة يُشاكها، إلا كفَّر الله بها من خطاياه).
Daripada Abi Hurairah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Tidaklah musibah yang menimpa seorang muslim daripada kesusahan dan mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kemurungan dan kesedihan, penyakit dan juga kerungsingan, sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.”

6 comments:

Anonymous said...[Balas]

alhamdulillah... tak de kecederaan teruk..
syukur...
-auntie siti sarah

MofiR said...[Balas]

syafakallah...
smoga ustaz terus tabah...

smoga proposal cepat siap...

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

assalamualaikum ustaz.kami pun agak terkejut mendengar berita kemalangan tempoh hari.saya dan yg lain minta maaf sebab tak dpt ziarah ustaz.kami pun baru tau malam tu.kebelakangan ni kami smua agak sibuk dengan pengeluaran jemaah 40hari,4 bulan dan 3hari.lebih-lebih lagi ijtima' yg dah nak dekat bulan julai ni...w/bagaimanapun, saya dan rakan2 yg lain doakan semoga ustaz segera sembuh,dan orang yg langgar ustaz tempoh hari,smoga allah berikan dia taufik hidayah kpd islam (kalau non-muslim),dan kalau muslim,semoga allah ampunkan dia,dan pilih dia keluar d jalan allah..insyallah.. doakan kami ustaz dan sluruh umat dpt hidayah...

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

ramadhan nanti ustaz balik keningau?buat 1 juz satu malam?tak sabar rasanya....

mohdrusli said...[Balas]

Insya Allah sepuluh malam terakhir Ramadhan saya di Keningau.

Anonymous said...[Balas]

lor... balik keningau 10 akhir ramadhan? hafizah husna hamidah raya kat keningau lg la tahun ni...

-auntie-

Post a Comment