"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, May 8, 2009

Di Putrajaya



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai mereka yang beriman, apabila diserukan untuk bersolat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggallah urusan jual-beli. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(Al-jumuat 9)



Hari ini Jumaat. Saya ke Putrajaya dengan adik saya Yazid, Siti Sarah, Widyana dan Basyir. Urusan ke sana untuk menghantar slip keputusan peperiksaan semester 2 kepada Bahagian Tajaan Pendidikan dan juga untuk bertanya status permohonan perlanjutan cuti belajar saya yang akan tamat pada 12 Mei depan. Oleh kerana kami tiba waktu jumaat sudah hampir maka kami singgah solat jumaat di Masjid Putrajaya. Hasan Al-Banna berpesan "Hendaklah kamu menunaikan solat walau di mana kamu berada".








فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Apabila solat telah ditunaikan maka bertebaran kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu berjaya.(Al-jumuah 10)




Selesai solat kami makan di Presint 8 dan terus ke Parcel E 12. Selepas urusan selesai terus balik ke Kampus UIAM.








3 comments:

MofiR said...[Balas]

Semoga urusan ustaz dipermudahkan oleh-Nya...

mohdrusli said...[Balas]

Amin. Terima kasih di atas semuanya

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

bagi komen ustaz dlm blog ana :syukri-abdullah.blogspot.com

Post a Comment