Firman Allah dalam surah al-ahzab:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا (36)
36. Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.
Al-Quran dan al-Hadis merupakan sumber panduan hidup yang wajib diikuti oleh setiap muslim. Sesungguhnya Islam adalah satu agama yang lengkap ajarannya meliputi semua aspek kehidupan manusia samada untuk kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat. Tidak ada sebab bagi orang mukmin untuk tidak menjadikan al-Quran dan hadis nabi sebagai pedoman hidup. Sebut apa saja keperluan hidup manusia di dunia ini, semuanya telah disebut dan diterangkan di dalam dua sumber ini. Kita perlu mendalami dan mengkaji dua peninggalan agung Nabi SAW kepada umatnya. Kita akan dapati bahawa ajaran al-quran dan hadis nabi itu sesuai untuk dipraktikkan samada pada masa dulu, kini atau pada masa akan datang.
Ada orang dengan sinisya mengejek dan memperli orang yang mahu mendukung ajaran Islam ini dengan mengatakan bahawa nabi naik unta jadi kita kena naik unta jugalah. Al-Quran tak mengajar kita cara-cara nak buat martabak mahupun roti canai jadi macamana dikatakan tidak ada satupun yang tidak disentuh oleh al-Quran. Kata-kata sebegini pada hakikatnya lahir daripada kejahilan manusia ataupun mereka ego untuk tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah dan Rsul-Nya. Memanglah tak ada disebut tentang cara pembikinan martabak kepada manusia secara langsung tapi Allah memberi manusia akal untuk berfikir dengan waras berpandukan kepada prinsip Islam. Jangan jadi macam Bani Israel yang bodoh sombong tak dengar kata sehingga mereka mendapat murka lantaran banyak songe mereka terhadap arahan Allah dan para rasul yang diutuskan kepada mereka.
Justeru marilah sama-sama kita menjunjung ajaran Al-Quran dan Al-Hadis kerana dua perkara ini sahajalah yang akan menjadikan kita hidup mulia dan kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi kita berpegang teguh dengan keduanya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik dalam Muwattaha’. (Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung.)-an-nur 51
1 comments:
assalamualikum,ust,apa itu 'ithar'?
Post a Comment