وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآَنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat(Al-a'raf 204)
Seusai memberikan kuliah dan solat Isya’ di Masjid Pekan Keningau saya berkesempatan menghadiri Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Besar SMK Gunsanad 2, Keningau. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Sabah. Di antara yang dipertandingkan ialah tilawah al-quran, hafazan al-quran, bercerita, berzanji dan marhaban. Johan keseluruhan disandang oleh Bahagian Barat. Para pemenang akan mewakili Negeri Sabah diperingkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Perak.Majlis penutupan diserikan dengan bacaan al-quran, kalam jamae’ dan kompang selawat. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini.
0 comments:
Post a Comment