"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, April 27, 2009

Empat jenis manusia


قال عالم النحوي الخليل بن أحمد الفراهيدي الدوسي
الناس أربعة : رجل يدري ويدري أنه يدري فذلك عالم فاتبعوه ، ورجل يدري ولا يدري أنه يدري فذلك نائم فأيقظوه ، ورجل لا يدري ويدري أنه لا يدري فذلك مسترشد فأرشدوه ، ورجل لا يدري ولا يدري أنه لا يدري فذلك جاهل فاجتنبوه

Telah berkata seorang alim nahu Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi ad-dusi :

Manusia itu empat macam:

1.Yang tahu, dia tahu bahawa dia tahu, itulah orang alim maka ikutilah dia.
2.Yang tahu, tapi dia tak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang sedang tidur(lalai) maka kejutkanlah dia.
3.Yang tak tahu, dia tahu bahwa dia tak tahu, itulah orang yang mencari tunjuk ajar maka ajarkanla dia.
4.Yang tak tahu, dia tak tahu bahawa dia tak tahu, itulah orang jahil(bodoh sombong) maka jauhilah dia.


Kata-kata hikmah ini jarang diucapkan oleh para ustaz kita dalam ceramah atau kuliah mereka tidak seperti kalam lain seperti ucapan Al-Imam As-Syafie atau ulama lain. Seingat saya kali pertama saya dengar ucapan ini ialah daripada mulut Ustaz Zulkifli Al-Bakri(pensyarah USIM) ketika beliau mengziarahi kami para pelajar Jordan di Yarmouk University. Beliau dalam tazkirahnya memperingati kami supaya menjadi yang terbaik iaitu jenis yang pertama. Maka jenis manusia yang manakah kita?

3 comments:

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

ithar tu apa?

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

ada ruangan tuk sesi soal jawab ke ust?

mohdrusli said...[Balas]

ithar tu orang puteh kata prefer.kurang lebih mengutamakan.soal-jawab setakat ini saya belum bercadang nak adakan.Anda boleh masuk ruang soal-jawab kawan saya ustaz zamri di link saya sediakan.

Post a Comment