"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, April 17, 2009

Seruan supaya bersatu

Bertaqwalah kepada Allah SWT. Sesungguhnya taqwa adalah wasiat Allah kepada sekalian hamba-Nya yang terdahulu dan terkemudian. Firman Allah:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
131. Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi, dan sungguh kami Telah memerintahkan kepada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah. tetapi jika kamu kafir Maka (ketahuilah), Sesungguhnya apa yang di langit dan apa yang di bumi hanyalah kepunyaan Allah dan Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji.

Taqwa merupakan sebab untuk mendapat kejayaan di sisi Allah. Sifat taqwa dimiliki oleh para aulia’ yang mendapat pengawasan dan penjagaan daripada Allah SWT. Firman Allah:


أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

62. Ingatlah, Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
63. (yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.

Umat Islam adalah umat mulia. Kita adalah umat pilhan Allah, sebaik-baik umat, umat yang disebut sebagai ummatan wasatan. Allah menyuruh supaya kita bersatu dan meninggalkan perpecahan. Janganlah kerana perbezaan pendapat menyebabkan kita berpecah belah. Perbezaan pendapat berlaku kerana kefahaman seseorang terhadap nas tidak sama. Pernah berlaku pada zaman Nabi SAW sahabat berselisih pendapat di dalam melaksanakan arahan Nabi dalam peristiwa peperangan Bani Quraizah. Nabi telah memberi arahan kepada para sahabat supaya jangan sembahyang asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah. Apabila masuk waktu asar ada sahabat yang berhenti dan solat asar manakala yang lain meneruskan perjalanan sehingga sampai di perkampungan Bani Quraizh dan solat asar secara qadha kerana sudah luput waktu. Nabi membenarkan kedua-dua perlakuan sahabat tadi.

Hendaklah kita bertolak ansur di dalam perkara khilaf ini. Janganlah kita taksub dan fanatik dengan pendapat kita dan menolak pendapat orang lain. Hindarilah perdepatan yang membawa kepda perpecahan. Kita adalah umat yang satu. Firman Allah:

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
92. Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.


Islam menggesa supaya kita hidup tolong menolong antara satu sama lain. Umat Islam adalah umat yang berkasih-sayang, bantu-membantu, menjalinkan silaturrahim, hidup dengan penuh harmoni di dalam masyarakat. Jalinkanlah silaturrahim. Orang yang memutuskan silaturrahim mendapat laknat Allah. Firman Allah:

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ


22 Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?
23. Mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

Untuk melahirkan umat yang bersatu dan berkasih sayang, nabi menganjurkan kepada kita supaya menyebarkan salam. Abdullah bi Salam menceritan bahawa perkara pertama yang beliau dengar daripada mulut nabi ialah:

يا أيها الناس افشوا السلام واطعموا الطعام وصلوا الأرحام وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام
“Wahai manusia, sebarkan salam, bahagikanlah makanan, hubungkan rahim, dirikan solat malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan aman”.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103) وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (104)


102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.






0 comments:

Post a Comment