Wahai diri yang lalai,
Bermuhasabahlah kamu sebelum dihisab oleh Allah di akhirat kelak.
عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Nabi SAW bersabda: “Orang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas kematian, dan orang yang lemah ialah orang yang dirinya dikuasai oleh hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah.”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.
Wahai diri yang lalai,
Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi perniagaannya begitu juga sepatutnya diri kamu. Berapa banyakkah amalan soleh yang kamu lakukan? Macamana dengan solat kamu? Khusukkah ia? Berapa kali kamu tunaikan solat secara berjamaah? Tutur kata bagaimana? Berapa kali kamu telah mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sahabat? Mencarut? Berkata nista? Mengadu domba?
Ingatlah firman Allah swt:
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.(Qaf:18)
وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا
Dan Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia (al isra’:53).
Wahai diri yang lalai,
Jangan kamu menipu. Dalam menyiapkan tugasan/assignment berapa orang yang menipu diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar jurusan agama. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Kamu adalah pembawa bendera agama. Rosak kamu maka rosak agama.
غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان
Doktor yang menipu merosakkan badan, orang alim menipu merosakkan agama.
Muhasabahlah diri. Syaitan adalah musuh kamu yang nyata.
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fatir:6).
Wahai diri yang lalai,
Syaitan akan menguasai kamu apabila kamu berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kamu dirahmati Allah swt.
Wahai diri yang lalai,
Jangan lalai lagi. Ingat Allah sokmo. Hati tenang baca quran. Ingat baki umurmu yang semakin berkurang. Rambutmu banyak yang gugur, uratmu sudah kendur, matamu semakin kabur. Itu petanda dirimu semakin dekat dengan lubang kubur!
7 comments:
Ya Allah jadikan kami dikalangan hambaMu yang sentiasa bermuhasabah..
Ya Allah,bantulah kami untuk sentiasa mengingati mati agar setiap kali itu la akan kami muhasabah diri..
perlu 'bijaksana'~
Ingat Allah sokmo :)
@Nur Alisyah
sock more
@Anonymous
Amin. Ya, perlu bijaksana, bukan bijaksini
@ECAH~
Amin
Post a Comment