"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, January 24, 2012

Wasatiyyah dan Belanja Mewah

Wasatiyyah. Islam Wasatiyyah. Wasatiyyah. Perbahasan tentangnya dari kedai kopi sampai ke seminar peringkat antarabangsa. Agamawan, negarawan, sasterawan, ahli kenegaraan dan ramai orang turut serta berbincang akannya.

Orang agama yang pandai baca quran akan baca ayat ini:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا
Dan demikian (pula) kami menjadikan kamu umat pertengahan, umat yang adil dan pilihan (al-baqarah:143).

Itulah dia umat Islam. Umat pilihan yang akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

Adapun yang kemudian selepas itu, apa hubung qaidnya wasatiyyah dengan berbelanja boros? Antara ciri wasatiyyah ialah tidak boros dalam perbelanjaan.

وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَامًا

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian (al-furqan:67).

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal (al-isra’: 29).Maksudnya jangan kamu terlalu kikir, dan jangan pula terlalu pemurah.

Makanya, seorang suami yang cakap pasal wasatiyyah perlu bagi faham kepada isteri supaya menghayati wasatiyyah yang antara lainnya ialah tidak terlalu boros dan tidak terlalu kikir. Kita mesti bikin apa yang kita cakap, supaya orang tidak cakap kepada kita “cakap tidak serupa bikin”.

0 comments:

Post a Comment