Ulama khilaf tentang syariat berselawat kepada Nabi SAW dalam tasyhhud pertama. Imam Syafie mengatakan bahawa mesti berselawat kepada Nabi SAW dan sekiranya meninggalkannya maka hendaklah sujud sahwi. Pendapat ini juga dipilih oleh Ibnu Hazm.
Berkata Al-Imam Syafie "Adapun tasyahhud dan selawat kepada Nabi SAW pada setiap solat ada dua tasyahhud kecuali solat subuh, iaitu tasyhhud awal dan tasyahhud akhir. Sekiranya seseorang meninggalkan tasyahhud awal dan selawat ke atas Nabi SAW kerana lupa maka dia tidak perlu mengulanginya, dan hendaklah dia melakukan dua kali sujud sahwi kerana meninggalkanya".
Melalui zahir pendapat Imam Syafie, ulama Syafiiyyah mengatakan bahawa hukum berselawat kepada nabi SAW dalam bacaan tasyhhud pertama adalah sunat.
Manakala jumhur fuqaha' mengatakan bahawa bacaan tasyhhud pertama sehingga lafaz syahadah saja, tidak ditambah dengan selawat. Pendapat ini juga dipilih oleh Syeikh Ibn Uthaimin.
Adapun berselawat kepada Nabi SAW ketika tasyahhud akhir maka tiada khilaf di antara ulama akan kewajipannya.WALLAHU A'LAM
1 comments:
tk dgn ilmu yg diberikan....
Post a Comment