عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم غزا نبي من الأنبياء ـ صلوات الله وسلامه عليهم ـ فقال لقومه : لا يتبعني رجل ملك بضع امرأة وهو يريد أن يبني بها ولما يبني بها ، ولا أحد بنى بيوتا لم يرفع سقوفها ، ولا أحد اشترى غنما أو خلفات وهو ينتظر أولادها . فغزا ، فدنا من القرية صلاة العصر أو قريبا من ذلك ، فقال للشمس : إنك مأمورة وأنا مأمور ، اللهم احبسها علينا ، فحبست حتى فتح الله عليه ، فجمع الغنائم ، فجاءت ـ يعنى النار ـ لتأكلها فلم تطعمها ، فقال : إن فيكم غلولا ، فليبايعني من كل قبيلة رجل ، فلزقت يد رجل بيده ، فقال : فيكم الغلول ، فليبايعني قبيلتك ، فلزقت يد رجلين أو ثلاثة بيده ، فقال : فيكم الغلول ، فجاؤوا برأس مثل رأس بقرة من الذهب ، فوضعها فجاءت النار فأكلتها ، فلم تحل الغنائم قبلنا ، ثم أحل الله لنا الغنائم لما رأى ضعفنا وعجزنا فأحلها لنا
"Ada seorang nabi berperang, lalu ia berkata kepada kaumnya : "Tidak boleh mengikutiku berperang seorang yang telah menikahi wanita, sementara ia ingin menggaulinya, dan ia belum melakukannya, tidak pula seseorang yang yang telah membina rumah, sementara ia belum memasang atapnya, tidak pula seseorang yang telah membeli kambing atau unta betina yang sedang bunting, sementara ia menunggu peranakannya".
Lalu nabi itu pun berperang dan ketika sudah dekat negeri (yang akan diperangi) tiba atau hampir tiba solat Asar, ia berkata kepada matahari : "Sesungguhnya kamu diperintah, dan aku pun diperintah. Ya Allah, tahanlah matahari ini untuk kami," maka tertahanlah matahari itu hingga Allah membukakan kemenangan baginya. Lalu ia mengumpulkan harta rampasan perang. Kemudian datang api untuk melahapnya, tetapi api tersebut tidak dapat melahapnya.
Dia (nabi itu) pun berseru (kepada kaumnya): "Sesungguhnya di antara kalian ada (yang berbuat) ghulul (mengambil harta rampasan perang secara diam-diam). Maka, hendaklah ada satu orang dari setiap kabilah bersumpah (berbai’at) kepadaku," kemudian ada tangan seseorang melekat ke tangannya (berbai’at kepada nabi itu), lalu ia (nabi itu) berkata,"Di antara kalian ada (yang berbuat) ghulul, maka hendaknya kabilahmu bersumpah (berbai’at) kepadaku," kemudian ada tangan dari dua atau tiga orang melekat ke tangannya (berbai’at kepada nabi itu), lalu ia (nabi itu) berkata,"Di antara kalian ada (yang berbuat) ghulul," maka mereka datang membawa emas sebesar kepala lembu, kemudian mereka meletakkannya, lalu datanglah api dan melahapnya.
Kemudian Allah menghalalkan harta rampasan perang bagi kita kerana Allah melihat kelemahan kita.
Hadis ini telah disebut oleh Al-imam an Nawawi dalam kitab رياض الصالحين .
Mengisahkan seorang nabi daripada nabi-nabi telah keluar bersama kaumnya untuk berperang. Sebelum berangkat nabi ini telah mengarahkan supaya golongan-golongan ini tidak ikut bersamanya keluar berperang. Mereka ialah:
1.orang yang baru kahwin dan mahu bersama dengan isterinya.
2.orang yang membina rumah dan belum selesai membinanya.
3.orang yang membeli unta yang hamil yang sedang menunggu kelahirannya.
Berjihad di jalan Allah adalah kerja yang amat besar ganjarannya di sisi Allah. Ia memerlukan kesungguhan dan perhatian yang bukan main-main. Nabi tadi tidak membenarkan 3 glongan tadi menyertai jihad kerana tidak mahu mereka hilang fokus kerana teringatkan sesuatu yang belum selesai.
Di dalam Islam apabila seseorang hendak melakukan ibadat maka hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan perkara-perkara yang boleh mengganggu konsiterasi ibadatnya. Sebab itu makruh hukumnya solat dalam keadaan hidangan sudah terhidang.
Sabda Nabi SAW:
لا صلاة بحضرة الطعام، ولا هو يدافعه الأخبثان
Janganlah seseorang kamu solat di hadapan makanan yang terhidang, dan begitu juga seseorang yang menahan buag air kecil dan besar.
Nabi telah berperang dan sampai di satu perkampungan selepas asar dan hampir masuk maghrib lantas nabi telah berkata kepada matahari "Wahai matahari! Sesungguhnya kamu diperintahkan begitu juga aku pun diperintahkan,Ya Allah, tahanlah matahari ini daripada terbenam.". Maka matahari tadi tertahan sehinggalah mereka mendapat kemenangan.
Ini adalah salah satu mukjizat yang Allah SWT berikan kepada para nabi pilihan. Sebagai orang mukmin kita wajib percaya mukjizat yang ada pada nabi-nabi alaihimussalam. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah di dalam sirahnya telah membelah bulan bagi membuktikan kenabiannya kepada kaumya.
Orang mukmin dengan mudah beriman dan percaya kerana Allah SWT maha berkuasa ke atas sesuatu. Adapun orng kafir maka mereka tetap memperolokkan nabi dengan tohmahan nabi melakukan sihir dan sebagainya.
Allah sebut dalam al-quran surah Yunus:96 -97
إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ (96) وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آَيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ (97)
96. Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman,
97. Meskipun telah datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih.
Setelah mendapat kemenangan maka nabi tadi telah memerintah agar harta-hata rampasan perang dikumpulkan di satu tempat supaya api dari langit datang membakarnya tetapi api tidak membakar harta rampasan tersebut kerana ada penipuan di kalangan mereka yang berjihad itu.
Harta rampasan perang bagi syariat terdahulu tidak halal bagi mereka. Umat dahulu diminta supaya harta- harta rampasan dikumpulkan dan akan disambar oleh api dari langit. Ini adalah hikmat dan kekusaan Allah SWT yang mentadbir langit dan seisinya. Walau bagaimanapaun harta rampasan perang dihalalkan untuk umat Nabi Muhammd SAW. Satu kelebihan yang tidak ada bagi umat selain umat Nabi Muhammad SAW.
Kisah ini memberikan kita iktibar supaya jangan melakukan khianat dan penipuan kepada nabi kerana Allah amat mengetahui segala tindak tanduk kita. Allah SWT tahu yang ghaib. Allah SWT tahu segalnya. Allah sebut dalam quran suran Jin:26
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا
26. (Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib, Maka dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.
Kisah dalan hadis ini menunjukkan bahawa syariat berjihad juga disyariatkan kepada umat terdahulu. Allah sebut dalam quran surah Ali- Imran:146
وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ (146)
146. Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.
Begitu juga kisah keengganan Bani Israel berperang bersama nabi Musa sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Maidah:24
قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ (24)
24. Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasuki nya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja".
Hadis ini juga menunjukkan kemuliaan dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAWdan umatnya yang tidak diberikan kepada umat lain iaitu dihalalkan kepada umat ini harta rampasan perang.
Sipakah nabi yang dimaksudkan di dalam hadis in?
Tidak dinyatakan dalam riwayat ini siapakah nabi yang berperang itu. Ulama mengatakan bahawa nabi tersebut ialah Yusak bin Nun kerana mengikut riwayat yang sahih nabi bagitahu tidak berlaku matahari tertahan dalam sejarah manusia kecuali kepada Yusak bin Nun.WALLAHU A'lam
0 comments:
Post a Comment