Tugas dan tanggungjawab pemimpin adalah amanah yang perlu dipikul oleh seseorang yang dilantik menjadi pemimpin. Amanah yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Orang yang tidak amanah adalah pengkhianat.
Allah sebut dalam al-quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
27. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui.(al-anfal:27)
Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa ada pemimpin yang berwibawa dan bekelayakan untuk memimpin. Memberi tugas kepimpinam kepada orang yang tidak layak akan memporak-perandakan sesuatu organisasi.
Sabda Nabi SAW:
إذا وسد الأمر الى غير أهله فانتظر الساعة
Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.
Pemimpin yang beramanah tidak akan menggunakan statusnya sebagai pemimpin untuk mengumpul harta negara dengan sewenangnya. Pemimpin yang amanah tidak akan menipu rakyatnya.
Disebut dalam sahih Muslim sabda Nabi SAW:
ما من عبد يسترعيه الله رعية، يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته، إلا حرم الله عليه الجنة
Tiadalah seorang hamba Allah SWT yang diberi tugas memimpin rakyat kemudian dia mati pada hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah SWT mengharamkan baginya daripada memasuki syurga.
Janganlah meminta untuk menjadi pemimpin jika tidak ada kelayakan untuk memimpin. Ingatlah bahawa amanah kepimpinan amat berat. Disebut dalam hadis daripada Abi Zar katanya: Wahai rasulallah! Tidakkah mahu engkau melantikku? Baginda menepuk bahuku dan bersabda:Wahai Aba Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tututannya.’
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.(an-nsa')
3 comments:
Yg paling baik pemimpin itu mestilah patuh dan taat pada perintah Allah dimana jua berada, baik pemimpin kecil (kampung2) mahupun yg besar (negara).
Salam,ustad..camna kalau dapat pemimpin yang tidak menjalankan tugas?Camna nak sedarkan dia..
To musafir kehidupan:Sedarkan dia dengan penuh hikmah dan bijaksana.Dalam konteks demokrasi jangan beri undi kat orang ini.
p/s:sudah lumrah orang berjuang.dilabel dengan macam-macam.narrow-minded, stupid etc adalah biasa.sabar ubatnya.
Post a Comment