"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, October 25, 2010

Rindu Mekah dan Madinah

Berihram di atas udara melalui Qarnul Manazil
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ (96) فِيهِ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آَمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (97)
96. Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
97. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang berupaya mengadakan perjalanan ke Baitullah. barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.(Ali-Imran)
Musim haji tiba lagi. Para hujjaj dari segenap penjuru beransur-ansur berangkat ke Arab Saudi untuk mengerjakan haji. Tidak terkecuali jemaah dari Malaysia yang berangkat mengikut jadual masing-masing. Saya terbaca post Ustazah Norhayati Musa dalam "muka buku" yang mengatakan bahawa beliau baru balik menghantar kedua ibubapanya menunaikan ibadat haji. Juga di link bersama video nasyid haji.

Selepas bermalam di Muzdalifah

Entah kenapa hati saya terusik dan terkenang kembali saat-saat saya mengerjakan haji sebelum ini. Banyak nostalgia suka duka, sedih pilu semasa di Mekah dan Madinah terimbas kembali di kotak ingatan saya. Pengalaman berada di tanah suci memang sesuatu yang menyeronokkan. Saya tidak fikir bahawa ada orang yang ke Tanah Suci berniat untuk tidak pergi lagi setelah kembali ke tempat masing-masing.
Alhamdulillah, Allah telah pilih saya untuk menjadi tetamu Baitillah beberapa kali semasa saya belajar di bumi Urdun, bumi anbiya'. Setiap tahun sekitar tahun 1994M hingga 1997M saya mengunjugi Mekah untuk ibadat haji dan umrah. Kali pertama saya ke Mekah ialah pada tahun 1994M. Mengikut rekod di pasport saya tarikhnya ialah 07 Sya’ban 1414H . Saya bersama rakan menaiki bas diketuai oleh Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh, sekarang sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Umrah

Pada 04 Zulhijjah 1414H saya sekali lagi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Sekali lagi Ustaz Nik Zawawi menjadi ketua. Kami menaiki kapal terbang di Queen Aliya’ Airport terus ke Jedah. Pada 10 Sya’ban 1415H saya ke Mekah lagi. Kali ini mengikut rombongan kendalian Universiti. Saya tak ingat siapa ketua rombongan tapi yang saya ingat ialah saya menaiki bas sekali dengan imam masjid universiti, Syeikh Makmun As-Syimali.
Umrah:di dalam perjalanan

Alhamdulilah, bas kami disii dengan alunan quran, nasyid dan zikir sepanjang menaiki bas membelah padang pasir yang gersang. Majoriti ahli rombongan ialah pelajar Arab. Saya tetap memilih Mekah sebagai destinasi percutian saya pada 1996M walaupun rakan saya ke Turki, Syiria, UK, Mesir dan lain-lain. Saya sekali lagi bertolak ke Mekah menunaikan umrah pada 2 Ramadhan 1416H.

Kali ini jumlah penyertaan agak ramai termasuk muslimah. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan dan kumpulan saya diketuai oleh Ustaz Khiruddin At-Takiri, seorang pendakwah yang amat dikenali sekarang. Sebenarnya kami sudah bertolak pada malam pengumumam awal Ramadhan tetapi di pertengahan jalan Ustaz Wan Zamri telah membuat dua pengumuman, pertama berita baik iaitu besok puasa.
Pengumuman keduanya berita tak baik kerana salah sebuah bas rombongan kami kemalangan dan terpaksa berpatah balik semula ke Markaz Taman Melewar, Duwwar Nasim, Irbid, Jordan. Tahun 1997 adalah tahun terakhir pengajian saya di Urdun. Tahun ini saya ke Mekah dua kali, pertamaa pada 10 Ramadhan 1417H dengan rombongan universiti, dan kedua pada musim haji, 4 Zulhijjah 1417H.
Ibadat haji kali ini saya dapat upah badal haji bagi insan bernama Ab Kadir bin Ab Rahman. Kali ini saya bersama rombongan persendirian yang diketuai oleh Ustaz Farid Ravi, sekarang seorang pendakwah yang kerap juga muncul di kaca TV. Banyak perkara yang menjadi ingatan di dalam lipatan memori saya peristiwa-peistiwa yang berlaku seputar saya mengerjakan haji maupun umrah.

Di atas bumbung bas(first class). Di belakang ialah Ustaz Farid Ravi

Biarlah ianya menjadi ingatan dan nostalgia saya kerana tidak mampu saya ucapkan dengan perkataan maupun lafaz dengan lidah nostalgia yang cukup indah dan bermakna ini.Cumanya saya coretkan di sini bahawa pada suatu hari ketika musim haji 1417H semasa keluar dari masjidil haram saya terpandang seorang muslimah. Selepas itu saya tidak bertemu dengannya kecuali setelah dua tahun apabila dia menjadi isteri saya.
Di hadapan Masjid Nabawi

Kepada rakan saya Encik Zaiedi Sakhdan, pensyarah di JSM dan juga Puan Faridah, pensyarah di JKS saya ucapkan selamat berangkat ke bailtillah. Semoga anda berdua selamat sampai ke sana dan kembali dengan mendapar haji mabrur. Juga kepada semua bakal haji saya doakan Allah SWT mengurniakan kepada semua haji mabrur kerana kata Nabi SAW:

العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما، والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة
Satu umrah ke satu umrah adalah penebus dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya kecuali syurga.

Haji 1417H:pulang ke Jordan 1417H

Sungguh, kurindu Mekah dan Madinah. Ya Allah! Samapaikanlah daku ke sana lagi dan lagi.

9 comments:

Anonymous said...[Balas]

Bertemu jodoh di kat sana ya ustaz.. seronoknya.. harap2 kami pun dapat mcm tu.;)

Mohd Hamka said...[Balas]

salam ustaz,, kata-kata ustaz

"Cumanya saya coretkan di sini bahawa pada suatu hari ketika musim haji 1417H semasa keluar dari masjidil haram saya terpandang seorang muslimah. Selepas itu saya tidak bertemu dengannya kecuali setelah dua tahun apabila dia menjadi isteri saya"

ianya, menambah kekuatan keyakinan kebergantungan saya kepada Allah.

mohdrusli said...[Balas]

2Bani:bukan tak bertemu langsung. ada juga bertemu dua kali, tapi tak cakap dengannya.cuma senyum jauh2.couple memang tak reti.

sahmain said...[Balas]

memang benarlah ajal dan maut, jodoh pertemuan Allah yang tentukan, cuma kalau jodoh kena cari jugalah ya ustz........

Anonymous said...[Balas]

romantik la ust rusli, senyum jau2 bha 2....

Niah said...[Balas]

Tersenyum lepas baca entry ni... =)
Moga Allah memberi saya peluang utk sampai ke sana satu hari nanti... amin..

musafir kehidupan said...[Balas]

Salam, ustaz..
Camana boleh ustaz kahwin dgan ustazah? GUna khidmat baitulmuslim ka?

mohdrusli said...[Balas]

Kami rupa-rupanya belajar di negara yang sama, berlainan university.Ustazah di Univ. Aly- Bait. Ceritanya panjang. Apapun, ianya adalah jodoh yang Allah sudah tetapkan.

Unknown said...[Balas]

Subhanallah :) doakan kami, 'anak2' ustaz ni (PAI) memperoleh jodoh soleh/solehah ya ^_^

Post a Comment