كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ (185)
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Hari ini seorang lagi hamba Allah SWT dijemput oleh-Nya. Habib as-sayyid Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Rahimahullah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 3 pagi tadi di Hospital Keningau.
Al-marhum ialah ahli jemaah masjid Pekan Keningau. Seorang yang berketurunan rasulullah SAW. Pada hari raya beberapa tahun lalu beliau ada menunjukkan susun galur nasab keturunannya kepada saya.
Saya berkesempatan mengziarahi al-marhum pada hari Ahad lepas. Dia bercerita dengan saya seperti biasa. Al-marhum ada mengceritakan bahawa beliau tak lalu makan. Jika makan muntah-muntah.
Ketika saya bersalam untuk beredar al-marhum menitiskan air mata. Beliau bagitahu bahawa anak-anaknya akan pulang melihatnya pada hari raya haji depan.
Namun Allah SWT lebih menyayangi al-marhum. Belum tiba hari raya beliau mendahului pergi buat selama-lamanya. Sudah lumrah alam. Hidup lawannya mati, dunia lawannya akhirat.
Solat jenazah telah dilakukan di Masjid Pekan Keningau selepas solat zohor. Saya sendiri yang mengimami solat tersebut. Alhamdulillah, ramai yang datang untuk solat jenazah termasuk Ustaz Hadik dari Tambunan.
Saya juga sempat mengiringi jenazah al-marhum ke tanah perkuburan Batu 29, yang mana saya difahamkan di tanah perkuburan itulah mangsa-magsa ribut greg dikebumikan. Semoga Allah merahmati al-Marhum.
0 comments:
Post a Comment