"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, October 23, 2010

Mereka itu seperti binatang ternak

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آَذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (179)

Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menjelaskan mereka lebih sesat daripada binatang ternak kerana binatang boleh ikut suruhan tuannya apabila tuannya memanggilnya walaupun binatng ternak tidak memahami kalam tuannya.

Binatang juga bertindak mengikut apa tabiat atau sifat yang dijadikan ataupun apa-apa yang dipermudahkan kepadanya tetapi manusia yang dijadikan untuk menyembah Allah tetapi mereka kufur dan mengsyirikkan Allah.

0 comments:

Post a Comment