Huruf ف (fa') ialah salah satu daripada huruf arab yang terdapat di dalam al-quran. Jumlah huruf hijaiyah di dalam al-quran ialah kurang dua tiga puluh. Sebutan huruf fa' jika nak dibunyikan dalam tulisan rumi adalah lebih kurang sama dengan huruf F, bukan P.
Orang arab amat sukar menyebut bunyi huruf P. Kalau huruf P mereka akan sebut B. Sebab itu di Negara arab tak ada pepsi. Yang ada bebsi. Supermarket pun tak ada. Yang ada subermarket. Kalau negeri Perak mereka sebut "Berak". Kuala Lumpur jadi Kuala Lumbur.
Ada di kalangan guru quran dan imam yang membaca huruf fa' dengan membunyikannya seperti huruf P dalam tulisan rumi. Sifat hamas di dalam huruf fa' tidak ditunaikan. Guru quran sepatutnya peka dalam sebutan huruf fa' kerana dalam konsep talaqqi musyafahah murid akan mengikut bacaan guru.
Teringat saya akan alkisah yang diceritakan oleh Ustaz Nik Zawawi ketika di Bumi anbiya' satu ketika dahulu (Ustaz Zawawi mengajar kami kitabعمدة السالك di Bait Khairun nisa', di Irbid, Jordan). Ceritanya begini:
Ada seorang papa mengajar anaknya membaca al-quran surah al fil. Sang anak membaca" alam, tara kaipa pa'ala…" Papanya menegur kesalahan anaknya. Bacaan sebenarnya ialah kaifa faala.. Namun si anak tetap dengan bunyi huruf P. Susah nak sebut fa. Papanya amat geram. Setiap kali anaknya sebut salah maka satu rotan hinggap di tangan anaknya.
Akhirnya dengan berkat kesabaran dan kesungguhan sang anak maka dia berjaya membunyikan huruf ف dengan betul. Papanya sangat gembira akan kejayaan anaknya menyebut bunyi huruf fa'.
Suatu hari selepas lunch si papa duduk di sofa sambil baca akhbar manakala si anak di depan kaca TV. Tiba-tiba si anak terlihat seekor lipas yang terbang di syiling rumah lalu terlanggar kipas. Diapun memberitahu papanya:
"Fafa-fafa!, Tengok tu lifas terbang fah-fah-fah. Terkena kifas. Futus kefala…. Mamfussss". Sang papa terpaku mendengar penjelasan anaknya. The end.
1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?
2. Bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?
3. Dan dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,
4. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,
5. Lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
3 comments:
salam wbt..
menarik cerita LIFAS tu..=)
@Ustaz Huzaifah
Cerita begini banyak kat bumi Kinanah. Ustaz Huzaifah kita bila nak balik bumi Kelantan tanah rendah sekebun bunga cik siti wan kembang. Terawih tahun ni imam kat mana?
ana baru jah balik baru ni, balik masa revolusi Mesir, mungkin buat masa terdekat ni ana xbalik kot.ana baru jah lepas imtihan tahun 2, alhamdulillah ana najah, dapat naik tahun 3..=)
terawih?? terawih di Mesir lagi la nampaknya tahun ni..us lie, doakan ana cepat2 bertemu jodoh..=)
tima kasih banyak2 singgah di blog ana..=)
Post a Comment