Imelda Esther said...[Balas]
Salam ustaz. Ada sy tgk satu program d tv kan ustaz, Penceramah tu ckp, bersyukur lebih baik dr bersabar. Bersyukur smsa mdpt kesenangan mahupun kesusahan :)
Pada entri kali ini saya cuba untuk memberi ulasan terhadap komen salah seorang pembaca saya dalam entri saya sebelum ini yang bertajuk “Alhamdulillah”.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ulasan dalam tulisan saya dan saya berdoa agar kita semua diberi taufik dan hidayah untuk mendengar dan mengikut yang lebih baik.
وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَى فَبَشِّرْ عِبَادِ (17) الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ (18)
17. Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembah- nya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku,
18. Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal.
Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t. Maksud mereka yang mendapat berita gembira daripda Allah ialah mereka yang mendengarkan ajaran-ajaran Al Quran dan ajaran-ajaran yang lain, tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran Al Quran kerana ia adalah yang paling baik.
Kembali kepada tajuk sabar dan syukur.
Sabar dan syukur adalah dua sifat mahmudah yang perlu ada dalam setiap peribadi mukmin. Al Imam al Ghazali dalam kitab Ihya’ membahaskan tentang sifat-sifat tersebut. Perbahasannya telah diringkaskan oleh ulama nusantara, Syeikh Abdul Samad al Palembani dalam kitabya Hidayatus salikan, manakala Al Imam an nawawi menulis satu bab dalam riyadhus solihin berkenaan sabar. Al Imam Ibn Qayyim pula membincangkannya dengan panjag lebar dalam kitabnya عدة الصابرين.
Di dalam kitab Hidayatus salikin, pengarangnya menerangkan bahawa hakikat sabar iaitu menahan diri daripada memarah atas sesuatu yang tidak disukainya dan menahan lidah daripada mengadukan kepada yang lain daripada Allah.
Bermula sabar atas berbuat taat dan meninggalkan maksiat itu iaitu fardhu atas setiap mukallaf dan demikian lagi sabar atas bala’ dan segala kesakitan.
Adapun syukur maka iaitu martabat yang tinggi iaitu terlebih daripada sabar dan daripada segala sifat yang kepujian yang telah tersebut dahulu.
Daripada huraian di atas maka bolehlah disimpulkan bahawa syukur lebih tinggi martabatnya daripda sabar, walau bagaimanapun martabat sabar tetap tinggi dan balasannnya tidak dapat dihisab. Kata Ibn Qayyim:
“فخير عيش أدركه السعداء بصبرهم , وترقوا إلى أعلى المنازل بشكرهم ، فساروا بين جناحي الصبر والشكر إلى جنات النعيم ، وذلك فضل الله يؤتيه من يشاء ، والله ذو الفضل العظيم "
“Sebaik-baik kehidupan yang diperoleh orang-orang berbahagia kerana kesabaran mereka, dan tingkatan martabat mereka menjadi lebih tinggi dengan kesyukuran mereka. Mereka berjalan dengan sayap sabar dan syukur menuju syurga yang penuh nikmat, itulah kelebihan yangAllah beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Allah maha memberi kurnia yang besar”.
Alhamdulillah. Kehidupan mukmin semuanya ada kebaikan samada ketika senang mahupun susah. Hidup atas muka bomi ini adalah ujian semata. Allah nak tengok hambanya yang mana pandai syukur dan sabar. Apabila kehidupan dihiasi dengan dua sifat ini maka kehidupannya dipenuhi dengan kebaikan yang banyak. Dalam hadis sahih riwayat Muslim:
عَنْ صُهَيْبٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلا لِلْمُؤْمِنِ ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ .
Daripada Abi Yahya Shuhaib bin Sinan RA. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya menakjubkan keadaan orang mu’min, karena segala urusannya sangat baik baginya, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi orang mu’min. Bila ia memperoleh kesenangan, ia bersyukur, yang demikian itu baik baginya. Dan bila ia tertimpa kesusahan ia juga bersabar, yang demikian itupun baik baginya”.
5 comments:
Sebaik-baik kehidupan yang diperoleh orang-orang berbahagia kerana kesabaran mereka, dan tingkatan martabat mereka menjadi lebih tinggi dengan kesyukuran mereka. Mereka berjalan dengan sayap sabar dan syukur menuju syurga yang penuh nikmat. Terima kasih ustaz :)
mudah-mudahan kita semua berada di dalam golongan orang-orang yang senantiasa bersabar dan bersyukur, dikesempatan ini juga saya sampaikan satu persoalan dari seorang sahabat tentang solat qasar dan jamak, ringkasnya dia ke KK dari Kngu, sampai waktu solat zuhur dia pun solat zuhur lantas solat asar (jamak), balik ke KNGU hari yang sama, sampai KNGU masih ada lagi waktu asar, apa perlu ulang solat asarnya, acikah solat jamak asar nya itu, harap mendapat penjelasan ustaz untuk tambah ilmu, saya tumpang sekaki ilmunya, tk.
@shamain
Aci.cumanya jika dia solat sendiri dan sampai keningau ada solat jemaah asar maka sunat baginya solat asar.
@Imelda Esther
sama-sama.pohonlah kepada Allah agar dibuka pintu hidayah dan menjadi manusia yang syukur lagi sabar.
Artikel yang menarik dan mendidik...
Post a Comment