"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, June 6, 2011

Alhamdulillah..




Alhamdulilah….
Alkisah ada seorang pakcik yang bernama Joha pergi membeli barang keperluannya di sebuah supermarket yang ternama di Kota Ayangan. Beliau pergi dengan menunggang keldai kesayangannya.
Apabila pakcik Joha sampai di supermarket, beliau terus parking keldainya di luar supermarket. Beliu mencari bahan-bahan keperluannya di dalam supermarket tersebut. Banyak bahan telah dipilihya seperti bawang besar, timun cina, kacang bendi, buah kepayas dan lain-lain.
Tiba-tiba seorang abang security meluru ke arahnya dan memberitahu bahawa keldainya telah dicuri oleh pencuri. Lantas pakcik Joha berkata "Alhamdulillah – Nasib baik pencuri itu mencuri keldai semasa aku tidak menunggangnya. Kalau tidak, dengan aku sendiri dicurinya".
Para hadirin sekalian, Jadilah hamba yang pandai bersyukur. Ucapkanlah Alhamdulillah setiap masa dan ketika.

And remember when your Lord proclaimed: "If you give thanks, Iwill give you more, but if you are thankless, verily My punishment is indeed severe".

2 comments:

Nur Alisyah said...[Balas]

Salam ustaz. Ada sy tgk satu program d tv kan ustaz, Penceramah tu ckp, bersyukur lebih baik dr bersabar. Bersyukur smsa mdpt kesenangan mahupun kesusahan :)

mohdrusli said...[Balas]

@Imelda Esther
Alhamdulillah. Kehidupan mukmin semuanya ada kebaikan samada ketika senang mahupun susah. Hidup atas muka bomi ini adalah ujian semata. Allah nak tengok hambanya yang mana pandai syukur dan sabar.

Post a Comment