"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, May 19, 2011

Selawat badar dan tariqat

nur zulieqha mad amin said...[Balas]

assalammualaikum ustaz..

kalau ustaz tidak keberatan boleh terangkan apakah itu selawat badar, pengertiannya dan kaifiatnya apabila diamalkan?

apakah itu tarikat? adakah perlu seorang muslim itu bertarikat untuk mensucikan diri dan perlukah seorang muslim itu bertarikat?

terlintas dibenak saya berkenaan dangan kedua-dua perkara tersebut..

terima kasih

May 19, 2011 6:35 AM

Soalan di atas tadi saya copy and paste daripada komen pembaca saya dalam entri saya sebelum ini yang bertajuk “Tiada paksaan dalam agama”. Dalam entri kali ini saya cuba untuk menjawab soalan tersebut, mudah-mudahan ianya bermanfaat kepada saya dan anda dalam menuju insan taqwa.

Selawat badar adalah selawat yang ada cerita tentang ahli perang badar. Ianya adalah selawat yang berbentuk doa tawassul. Selawat ini amat popular di kalangan ahli nasyid kerana ianya telah dinasyidkan menjadi alunan yang indah. Antara yang menasyidkannya ialah Haddad Alwi, dari Indonesia. Permulaan lafaznya ialah:

صلاة الله سلام الله على طه رسول الله # صلاة الله سلام الله على يسين حبيب الله

توسلنا ببسم الله وبالهادي رسول الله # وكل مجاهد لله بأهل البدر يا الله

Hukum mengamalkan selawat ini ada pro dan konnya. Dalam ruangan ini saya tidak mahu membincangkannya dengan lebih mendalam. Saya hanya ingin menjawab dalam skop “Menuju Insan Taqwa” sahaja. Kita sekarang banyak berdebat itu dan ini, salafi dan khalafi, bid’ah sana bid’ah sini. Taqwanya mana?

Setahu saya lafaz selawat badar ini tidak diajar oleh nabi SAW. Sebagaimana diketahui umum bahawa berselawat ke atas nabi adalah amalan yang dianjurkan dalam Islam. Allah SWT sebut dalam surah al ahzab ayat 56:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi, Wahai orang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya.

Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita cara selawat ke atasnya, antaranya hadis muttafaq alaihi seperti berikut:

عن كعب بن عجرة رضي الله عنه أن الصحابة رضي الله عنهم قالوا : (يا رسول الله ، أمرنا الله أن نصلي عليك ، فكيف نصلي عليك ؟ فقال عليه الصلاة والسلام : قولوا : اللهم صل على محمد ، وعلى آل محمد ، كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد ، اللهم بارك على محمد ، وعلى آل محمد ، كما باركت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد)

Daripada hadis tersebut lafaz selawat yang diajar ialah lafaz yang kita selalu baca ketika tahiyyat akhir, yang disebut juga sebagai selawat Ibrahimiyyah.

Ikut cara nabi adalah yang terbaik. Terserahlah kepada tuan-tuan untuk mengamalkan atau tidak selawat-selawat yang bertebaran di sana-sini sepeti selawat badar, selawat tafrijiyyah, selawat nariyyah, selawat fatih, selawat syifa’ dan lain-lain. Saya lebih selesa mengamalkan apa yang warid daripada nabi SAW.

Adapun tariqat itu maka ia adalah daripada perkataan arab yang kalau nak diterjemah kepada bahasa Melayu ialah “jalan”. Jalan digunakan manusia untuk sampai ke destinasi tertentu. Contohnya, dari Keningau kita menggunakan jalan Kimanis untuk sampai ke Kota Kinabalu. Ada juga yang menggunakan jalan Tambunan, merentasi Gunung Emas.

Apakah jalan yang digunakan untuk sampai kepada redha Allah, seterusnya memasuki syurga? Jalan yang terbaik ialah ikut nabi SAW, dalilnya:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan yang menyeleweng, nescaya kamu akan terpisah daripada jalan kebenaran. Demikinlah wasiat ke atas kamu supaya kamu bertaqwa(al an’am:153).

Berkenaan dengan aliran tariqat yang ada pada zaman sekarang, jika pembawaannya tidak menyalahi syariat maka boleh saja kita mengikutinya. Adakah perlu kita ikut tariqat? Perlu. Dalam quran al an’am:153 tadi sudah jelas.

والله أعلم

1 comments:

Crippersz said...[Balas]

Menurut sejarah shalawat ini didendangkan oleh penduduk Madinah ketika menyambut Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang tiba di Madinah dari Mekkah dalam rangka hijrah.

Kami melihat, ada beberapa hal yang perlu diluruskan atau diketahui yang berkaitan dengan shalawat ini. Kami susun dalam bentuk poin agar mudah dipahami.

1. Penamaan hal ini dengan “shalawat” tidaklah tepat karena teks ucapan ini tidak mengandung unsur shalawat sama sekali. Yang benar adalah hal ini dinamakan dengan “qashidah” atau “syair” yang memang biasa didendangkan oleh bangsa Arab sejak masa dahulu.

2. Pendapat bahwa qashidah atau syair ini didendangkan ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم tiba di Madinah dari Mekkah dalam rangka hijrah tidaklah tepat. Yang benar adalah bahwa peristiwa ini terjadi ketika beliau tiba di Madinah setelah selesai dari perang Tabuk.

Buktinya adalah: sejarah menunjukkan bahwa Nabi ketika masuk ke Madinah pada masa hijrah melewati daerah perkampungan Bani An Najjar di selatan Madinah karena Mekkah berada di selatan Madinah. Sedangkan pada saat pulang dari perang Tabuk, barulah beliau masuk ke Madinah dari daerah Tsaniyyatul Wada’ di utara Madinah karena Tabuk itu berada di utara Madinah.

3. Sanad kisah ini lemah dikarenakan terputusnya jalur sanad ini pada dua atau lebih tingkatan perawi secara berurutan (mu’dhal).

Kisah ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi di kitab “Dalailun Nubuwwah” dari Ubaidullah bin Aisyah guru Imam Ahmad bin Hanbal. Sedangkan Ubaidullah ini tidak menyebutkan dari siapa dia meriwayatkan kisah ini. Sehingga sanad kisah ini terputus sebanyak tiga tingkatan atau lebih sampai ke masa Nabi hidup. Demikian pula kisah ini dilemahkan oleh Al Iraqi di dalam takhrijnya terhadap kitab Ihya Ulumuddin karangan Al Ghazali. - See more at: http://dakwahquransunnah.blogspot.com/2012/02/beberapa-hal-tentang-shalawat-badar.html#sthash.ICsaWx9b.dpuf

Post a Comment