"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, May 17, 2011

Tiada Paksaan Dalam Agama

Saya mula menjejaki tanah Sabah pada 1 Julai 1999, hampir 12 tahun yang lalu. Rakan-rakan satu kapal dengan saya sudah ramai yang pindah ke Semenanjung. Ada juga yang sudah menjadi arwah. (Semoga Allah merahmati sahabat saya al marhum Ustaz Ridwan Syafie, bekas tenaga pengajar di SM Teknik Keningau dan al marhum Ustaz Mahazul Mamat, bekas pendidik di Kudat).
menerangkan Islam kepada masyarakat Kg. Mansiat, Sook
Hampir 12 tahun saya di Sabah. Banyak kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Pengalaman ini tidak mungkin dapat diperoleh di tanah air Semenanjung, lebih-lebih lagi bumi Kelantan tanah rendah sekebun bunga yang dikenali sebagai “Serambi Mekah”.
Kuliah di Masjid Taqwa, Keningau
Antara yang menyeronokkan saya di sabah ini ialah dapat berdakwah kepada masyarakat di sini tentang Islam. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya beberapa orang dapat diislamkan.
Misi dakwah di pedalaman
Pada tahun ini dua orang lagi telah kembali kepada fitrah, seorang adalah pelajar saya di IPG Kampus keningau dan seorang lagi seorang mak cik yang berpangkat nenek. Syukur kepada-Mu ya Allah yang telah membuka pintu hidayah.
Di masjid Kampung Binowo
Sesungguhnya saya adalah hamba yang banyak buat dosa, terlalu fakir dan berharap kepada yang Esa. Tidak mampu bergerak kecuali dengan izin Allah, tidak boleh bercakap kecuali dengan izin Allah. Maka kepada-Mu ya Allah aku berdoa dan mengadu.
Sejak akhir-akhir ini saya diganggu dengan soalan,pertanyaan,laporan dan cakap-cakap orang. Kononya ada laporan polis bahawa ada pensyarah JAPIM di IPG Kampus Keningau telah mengajak pelajarnya supaya masuk Islam dengan cara paksaan!
Mengendalikan pacuan empat roda di atas jalan berisiko
Satu panggilan telefon telah masuk ke dalam line ketua jabatan, meminta supaya bersedia jika polis mahu apa-apa maklumat dan bantuan. Saya cakap kepada ketua jabatan dan kawan-kawan tak payah ditakutkan, kalau dia datang boleh bawa pergi makan sambil sembang-sembang.
Saya sudah selidik tentang pangkal cerita bagaimana fitnah ini bermula. Saya ringkaskan dan saya katakan kepada diri sendiri bahawa inilah salah satu lagi koleksi pengalaman saya yang amat bernilai. Hidup ini makin menyeronokkan! Titik.
Saya kongsikan bersama di sini bahawa TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA
256. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.
Mengharungi sungai di atas jalan untuk sebarkan risalah Islam
Islam ertinya selamat, sejahtera, juga membawa erti patuh, tunduk dan taat kepada yang Esa. Orang yang memasuki Islam dinamakan muslim. Lafaz salam yang selalu diberikan oleh muslim kepada saudaranya muslim adalah doa kesejahteraan.
Sesunggguhya dakwah nabi tentang Islam adalah jelas dan nyata sekali. Nabi SAW telah meninggalkan kita di atas manhaj yang jelas, tidak perlu ditokok tambah ajarannya mahupun dikurangkannya. Tidak ada orang yang menyeleweng daripada agama kecuali dia sesat atau binasa.
Oleh kerana ajaran Islam itu jelas maka tidak perlu lagi kepada paksaan untuk memeluknya. Allah swt beri kita akal untuk berfikir, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar. Terserah bagi seseorang itu untuk menerima hidayah Islam atau menolaknya.
Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa tiada gunanya jika seseorang menganut Islam kerana dipaksa dan terpaksa. Dakwah nabi SAW kepada Islam adalah dengan penuh kasih sayang, bukan dengan mata pedang sebagaimana yang dicanang.
Para pendakwah zaman sekarang juga perlu mengikuti sunnah nabi SAW dalam menyebarkan ajaran Islam. Allah SWT berfirman:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(an nahl:125)
Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil.

11 comments:

Nur Alisyah said...[Balas]

:)
Tiada Paksaan. Tidak salah untuk mempelajari sesuatu. :)

mohdrusli said...[Balas]

@Imelda Esther

Memang tidak salah, bahkan dalam Islam disuruh belajar. Awal mula kalam Allah ialah iqra' yang bererti bacalah!

Anonymous said...[Balas]

teruskan perjuanganmu.... usah takut, usah gentar, jalanntya sudah berkali2 kau lalui..

boleh tumpang semangat pok sedara ni.

mohdrusli said...[Balas]

@Anonymous
Saya tak takut saya tak gentar, walaupun jalannya belum bertar.
Memang sudah banyak kali kulalui
Nak tumpang marilah join sekali.

Anonymous said...[Balas]

Alhamdulillah ustaz, perjuangan Ustaz pasti ad rahmatnye...saya teringat pd arwah ustaz ridzuan yg kwn ustaz yg masa di keningau dulu pun turut berdakwah...saya n suami alhamdulillah dpt mendapat ilmu yg amat berguna semasa ceramah yg diberikan sehingga skg rasa masih segar dlm ingatn...Mukmin yang soleh meninggalkan ilmu yg bermanfaat...Insyaallah...

Muhammad Yap said...[Balas]

Salam...

Ustaz, sabar lah...

Sesungguhnya Sabar itu Indah...

Ana mohon doa hidayah daripada ustaz...

nur zulieqha mad amin said...[Balas]

assalammualaikum ustaz..

kalau ustaz tidak keberatan boleh terangkan apakah itu selawat badar, pengertiannya dan kaifiatnya apabila diamalkan?

apakah itu tarikat? adakah perlu seorang muslim itu bertarikat untuk mensucikan diri dan perlukah seorang muslim itu bertarikat?

terlintas dibenak saya berkenaan dangan kedua-dua perkara tersebut..

terima kasih

hambaALLAH~ said...[Balas]

smuge trus cekal menegakkan syiar Islam di bumi Sabah~

mohdrusli said...[Balas]

@nur zulieqha mad amin

Terima kasih. Sila baca jawapan saya dalam entri berikutnya

Anonymous said...[Balas]

Ya Allah aku sudah tidak mampu menjadi orang sehebat ini, tapi aku mohon padaMu semoga aku mampu membentuk zuriatku menjadi sehebat orang ini.

shamain said...[Balas]

teruskan saja dakwah ustaz, takperlu kuatir, Allah bersama-sama orang yang benar.

Post a Comment