Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.(an nahl:112)
Keamanan adalah antara nikmat Allah SWT kepada hambanya. Semua orang sukakan keamanan. Nabi Ibrahim ketika membina ka’bah baginda telah berdoa agar Mekah diberikan keamanan. Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آَمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri Ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah Aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.
Nikmat keamanan yang dimiliki adalah hasil dakwah nabi menyebarkan Islam. Allah mengutuskan para rasul untuk membimbing manusia mentauhidkan-Nya. Manusia mendapat keamanan dan kesejahteraan dengan mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman.
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Sungguh Allah telah memberi nikmat kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.(Ali Imran:164)
Ada dikalangan manusia yang tidak mengsyukuri nikmat pemberian Allah SWT ini. Mereka telah kufur nikmat dengan cara mendustakan ajaran rasul. Sesungguhya Allah SWT maha adil. Allah tak akan menghancurkan sesuatu kaum sebelum diutus kepada mereka rasul untuk membimbing mereka.
وَقَالُوا إِنْ نَتَّبِعِ الْهُدَى مَعَكَ نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا أَوَلَمْ نُمَكِّنْ لَهُمْ حَرَمًا آَمِنًا يُجْبَى إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِزْقًا مِنْ لَدُنَّا وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (57) وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَنْ مِنْ بَعْدِهِمْ إِلَّا قَلِيلًا وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ (58) وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ (59)
Dan mereka berkata: "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami". dan apakah kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah Haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh- tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagimu) dari sisi kami?. tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah kami binasakan, yang sudah bersenang-senang dalam kehidupannya; Maka Itulah tempat kediaman mereka yang tiada di diami (lagi) sesudah mereka, kecuali sebahagian kecil. dan kami adalah Pewaris(nya).
Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.
Nikmat keamanan perlu disyukuri dengan cara mengikut dan mengamalkan segala ajaran Islam yang dibawa oleh nabi junjungan. Dengan Islam sahaja kita akan selamat. Kita berdoa agar negara kita diberkati. Penduduknya hidup aman harmoni hormat menghormati, pemimpinnya pula tunduk kepada hukum Ilahi.
6 comments:
Memang betul, kalau nikmat keamanan ini tak disyukuri takut-takut Allah turunkan bala pula, bila dah huru hara nak beribadahpun payah, silap-silap masjid kosong tak ada orang datang sebab kacau bilau..Dikesempatan ini saya mohon pada ustaz supaya dapat menyelitkan di dalam kuliah ustaz sama ada di kuliah subuh, magrib ataupun khutbah jumaat betapa perlunya merapat dan meluruskan saf ketika solat berjamaah, bukan apa ustaz, tadi saya solat isyak di masjid pekan, bila selesai salam, di belakang saya disebelah kanan ada beberapa jemaah dan di kiripun ada beberapa jemaah, ditengah kosong, agak-agak dalam lima orang jaraknya yg kosong tu, ini kes masbok, mudah-mudahan para jamaah faham, InsyaAllah.
Ustaz,
berkaitan pos di atas...
Kalau saf putus tu macam mana?
Adakah masih lagi dapat pahala berjemaah...
Situasi ni terjadi paling ketara kalau solat terawih..
@shamain
sudah diulang cakap berkali-kali dan saya tak akan berhenti. Jumaat kelmarin pun saya direct sebut atas mimbar tanpa sembunyi.
@musafir kehidupan
Solat sah tapi pahala jamaaah tak dapat penuh. Nabi larang putus saf sebab itu petanda hati para jamaah tak bersatu
Ustaz, kalau saff dalam bahasa melayunya barisan. kalau diadaptasi dalam solat jamaah, maka perlu ada seorang yang kena keluar barisan kan...iaitu tok imamnya. Maka yang lainnya pulak wajib untuk ikut imamnya dan bersama-sama mengikuti imamnya yang keluar dari barisan tadi. maka barulaha jamaah mereka diterima. Macam mana pula kalau dalam Malaysi nie...kena keluar "barisan" ka?
@Pemuda Keningau
Sebenarnya imam tak boleh masuk barisan. Jika dia tersalah masuk maka WAJIB dia keluar barisan dan mera ke hadapan untuk jadi imam. Para jamaah pula WAJIB memBULATKAN niat untuk menuruti imam.
Ya, wajib keluar barisan.
Post a Comment