10 Julai 2011- Pada hari ini Muhammad sekali lagi berpeluang melihat alam ciptaan tuhan. Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia. Muhammad mengikuti rombongan lawatan keluarga mertua Pak Cin Din yang datang ziarah Cik Fatin yang sedang menunggu detik untuk bersalin.
Abah telah membawa mereka ke Ranau dan Kundasang. Di Kundasang Muhamamd menginap di Sunny's Village. Pemandangan di sini cukup indah, berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan. Muhammad terlalu teruja untuk mencapai awan di Gunung Kinabalu.
Seperti biasa abah akan bagi tazkirah kepada Muhammad mengikut situasai dan kondisi di mana Muhammad berada. Oleh kerana Muhammad berada di tempat pergunungan maka abah telah bagi tazkirah tentang gunung supaya Muhammad dapat ambil iktibar dan pengajaran.
Allah SWT suruh manusia perhati kejadian alam ini. Antaranya termasuklah gunung-ganang. Dalam quran Allah sebut:
أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19)
17. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,
18. Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?
19. Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?
Sesungguhnya di dalam kejadian ciptaan tuhan, silih bergantinya siang dan malam adalah merupakan petanda bagi orang yang cerdik. Hanya orang cerdik yang mahu berfikit tentang alam ini. Fikir yang menghasilkan zikir. Firman Allah SWT:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآَيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Muhammad berfikir, lantas terpantul kalimah memuji dan membesarkan Allah SWT. Maha hebat Allah yang buat gunung terpacak indah. Gunung yang nampaknya jumud, sebenarnya tidak. Allah berfirman:
وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ (88)
88. Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Sekian dulu catatan hari ini. Abah nak bawa Muhammad jumpa Muhammad Al-Fatih pulak. Nanti sembang lagi. Takbir!!
0 comments:
Post a Comment