"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, July 29, 2011

Bersama Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji

Tempat: Masjid Taqwa, Keningau

Tarikh: 29 Julai 2011

Saya mula masuk Islam 15 tahun yang lalu. Ada orang tanya saya bagaimana kamu masuk Islam? Saya jawab dengan mengucap dua kalimah syahadat. Kenapa? Salah ke jawapan saya? Nak tahu cerita saya masuk Islam?

Baiklah saya cerita kisah saya masuk Islam. Saya masuk Islam sebab nak kahwin. Saya telah jatuh cinta dengan seorang wanita Melayu. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? Saya telah terpikat dengan seorang staf yang bekerja dengan saya.

Pada mulanya kami hanya kawan biasa tapi lama kelamaan jatuh cinta. Perasaan cinta itu ada tandanya. Tandanya ialah apabila saya lama tak berhubung dengannya saya rasa rindu. Kata orang cinta itu buta. Orang bercinta sanggup mengharungi walaupun lautan api. Sampai seberang dah jadi arang. Ada satu pantun dua kerat berkenaan cinta. Ianya berbunyi “Jika cinta sudah terpahat, tahi kucing disangka coklat.

Untuk berkahwin dengan gadis Melayu itu saya kena masuk Islam. Saya telah bertemu dengan ramai ustaz dan para agamawan untuk mendapatkan maklumat tentang Islam. Kebanyakan ustaz yang saya jumpa telah memberikan jawapan yang bukan menyebabkan saya tertarik nak masuk Islam.

Ada seorang ustaz cerita kalau nak masuk Islam kena solat lima kali sehari. Saya kata susahnya Islam . Saya dalam agama hindu nak pergi kuil setahun sekali pun susah. Ini nak solat lima kali! Nak bangun subuh pagi hari punyalah susah.

Seorang ustaz lain pula kata kalau masuk Islam kena potong. Tahu potong? Bukan potong yang dalam iklan itu. Potong khatan atau bersunat. Dahlah tunjuk potong habis(menggunakan isyarat potong jari dari pangkal) Jadi siapa yang berani masuk Islam kalau begitu?

Sehinggalah saya berjumpa dengan Ustaz Ali Chin yang telah membuka jalan kepada saya untuk memeluk Islam. Beliau tinggal di Ipoh, di sebuah rumah 19 tingkat. Bilik rumahnya cukup sempit. Beliau telah memperkenalkan Islam kepada saya dengan memperkenalkan siapa itu Allah?

Boleh saya baca satu surah? Bukan surah al-baqarah. Surah al-baqarah adalah surat yang terpanjang. kalau mahu baca habis makan masa tiga empat jam. Saya nak baca surah al-ikhlas. Surah 112 ayat 1 hingga 4.

Bersambung..

1 comments:

Unknown said...[Balas]
This comment has been removed by the author.

Post a Comment