Terdapat banyak hadis berkenaan dengan fadhilat malam nisfu Sya’ban. Walau bagaimanapun hadis-hadis itu dipertikaikan oleh ulama akan kesahihannya.Di antara hadis mengenai kelebihan malam nisfu Sya’ban ialah:
يطلع الله إلى خلقه في ليلة النصف من شعبان إلا لمشرك أو مشاحن
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani menilaikan hadis ini sebagai sahih sebagaiamana yang terdapat di dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. Hal ini demikian kerana terdapat terlalu banyak riwayat berkenaan dengannya yang mana walaupun perawinya bermasalah tetapi dia boleh diangkat daripada dhaif kepada sahih.
Dalam perbincangan ringkas ini bolehlah kita simpulkan bahawa kelebihan malam nisfu Sya’ban ada hadis mengenainya. Walaupun bergitu tidak ada satu hadis pun yang sahih berkenaan dengan cara-cara menghidupkan malam nisfu Sya’ban.
Amalan masyarakat kita yang membaca yasin sebanyak tiga kali setiap kali tibanya nisfu Sya’ban adalah amalan yang tidak disandarkan kepada hadis sahih mahupun dhaif.
Di dalam Sunan Ibn Majah ada satu bab:
باب ما جاء في ليلة النصف من شعبان
عن علي بن أبي طالب؛ قال:
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((إذا كانت ليلة النصف من شعبان، فقوموا ليلها وصوموا نهارها.)).
عن علي بن أبي طالب؛ قال:
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((إذا كانت ليلة النصف من شعبان، فقوموا ليلها وصوموا نهارها.)).
Bab berkenaan dengan malam nisfi Sya’ban
Daripada Ali bi Abi Talib katanya Sabda Nabi SAW "Apabila tiba malam nisfu Sya’ban maka beribadatlah pada malamnya dan berpuasalah pada siangnya".
Hadis ini sanadnya dhaif.
Dr. Yusuf al-Qardhawi apabila ditanya berhubung dengan dengan malam Nisfu Sya’ban di antara lain beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Tidak salah jika kita mahu menghidupkan malam nisfu Sya’aban dengan amalan sunat. Menghidupkan malam dengan ibadat sunah adalah amat digalakkan di dalam Islam, bahkan ia merupakan kebiasaan orang-orang soleh. Disebut dalam satu hadis:
عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
"ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا. حين يبقى ثلث الليل الآخر. فيقول: من يدعوني فأستجيب له! ومن يسألني فأعطيه! ومن يستغفرني فأغفر له!".
"ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا. حين يبقى ثلث الليل الآخر. فيقول: من يدعوني فأستجيب له! ومن يسألني فأعطيه! ومن يستغفرني فأغفر له!".
Allah turun SETIAP MALAM ke langit dunia ketika waktu akhir sepertiga malam seraya berfirman : "Sesiapa yang berdoa akan kukabulkan, sesiapa yang meminta akan kuberi, sesiapa yang minta ampun akan kuampunkan. Hadis ini terdapat di dalam Sohih Muslim.
Malam nisfu Sya’ban termasuk juga malam yang disebut dalam hadis di atas. Amat rugi bagi yang tidak menghidupkan malam nisfu Sya’ban kerana mengatakan hadis dhaif sedangkan malam-malam lain pun tak buat juga. Bertambah rugi lagi kita pada malam nisfu sibuk layan game dan internet yang tidak memberi faedah sedangkan orang lain berlumba-lumba meminta keampunan daripada Allah.
Berpuasa pada bulan Sya’ban
Berpuasa pada bulan Sya’ban adalah digalakkan. Aisyah RA menyatakan bahawa rasulullah SAW tidak pernah puasa penuh sebulan kecuali bulan Ramadhan dan baginda banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’ban melebihi bulan-bulan yang lain.
Bagi yang melazimi puasa sunat Isnin dan Khamis maka ia boleh berpuasa juga selepas 15 Sy’aban mengikut kelaziman. Makruh hukumnya jika seseorang berpuasa selepas 15 Sya’ban padahal sebelum ini ia tidak melazimi puasa sunat.
4 comments:
Mohon share ustaz. :)
@Ava WSB
Dipersilakan
mitok izin nok post d blog aambo etek ya syeikh
@haris hasan
Tak payah minta izin. Bukan ambo kata. Nabi yang sabda. Perlu sama-sama sebar.
Post a Comment