Soalan 1.Pertamanya terima kasih di atas perkongsian yang telah diberikan. Saya nak tanya, di pasaran kita dapati banyak buku yang membicarakan tentang perbandingan agama Islam dengan Kristian, bagaimana berdakwah kepada Kristian. Cumanya perbandingan Islam dengan hindu ataupun Budha amat kurang bahkan hampir tak ada.Soalan saya, adakah di sana buku-buku berkaitan cara berdakwah kepada hindu dan saudara sebagai bekas penganut hindu, adakah saudara mengeluarkan apa-apa bahan dakwah kepada hindu?
Jawapan:Memang betul di pasaran sudah ada banyak buku berkaitan kristian dan Islam. Buku cara berdakwah kepada hindu kurang, Agama Budha lagi kurang. Insya Allah saya akan usahakan satu buku berkenaan bagaimana nak berdakwah kepada Hindu. Cuma saya belum mula lagi dan insya Allah akan mula. Sama-sama kita doa.
Soalan 2.Dalam majlis dialog antara agama di UKM, Bro ada ditanya tentang kenapa bro masuk Islam sedangkan dalam hindu ada menyuruh mengesakan Allah. Kenapa tak tetap duduk dalam agama hindu?
Jawapan 2:Kalau tak silap saya dua tahun lepas saya dijemput menjadi panel dalam dialog perbandingan agama. Bersama saya ialah yang mewakili kristian, hindu dan kalau tak silap ada dari budha. Saya telah katakan bahawa ajaran hindu minta supaya mengesakan tuhan. Jadi untuk menjadi hindu yang lebih baik maka saya memeluk Islam. Jangan salah faham. Maksud saya ialah jika mahu menjadi penganut hindu yang lebih baik, maka Islamlah jawapannya bagi persepsi agama hindu. Jangan pula kita faham bahawa saya kata hindu itu Islam.
Soalan 3.Jika dalam kristian ada reformis yang keluar dan terbentuk beberapa cabang kristian sepeti protestan. Saya nak tanya dalam hindu adakah juga gerakan reform ini?
Jawapan 3:Ya, ada banyak di India. Cuma nama yang saudara sebut tadi saya tak pernah dengar.
Soalan 4.Saudara banyak bercerita tentang dakwah kepada bukan Islam. Saya nak tanya bagaimana pula dakwah kepada sesama Islam?
Jawapan4:Saya tak sebut berdakwah kepada sesama Islam kerana jika kita berdakwah kepada non muslim, maka semestinya terlebih dahulu kita sudah berdakwah kepada muslim. Untuk berdakwah kepada muslim, suka saya bawakan firman Allah SWT dalam surah an nahl, surah 16 ayat 125 yang bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berdebatlah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
0 comments:
Post a Comment