"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, July 24, 2011

Muhammad al-Fateh


10 Julai 2011- Peluang berada di Kundasang ini Muhammad gunakan untuk mengziarahi Muhammad Al-Fateh, sepupu Muhammad yang baru lahir 3 bulan lepas. Adik abah, Mohd Ab. Hadi kahwin dengan Cik Az, anak jati negeri sabah, berketurunan Dusun. Abah cakap Cik Az pernah menjadi pelajar abah ketika menuntut di IPG Kampus Keningau pada 2007.

Bersama Pak cik Adi

Alhamdulillah, Muhammd bersyukur sebab di Sabah ni Muhammad ada ramai orang yang mempunyai pertalian keluarga dengan Muhammad. Cik Fatin di Tenom adalah adik ipar abah, Pak Cik Adi pula adik kandung abah. Cik Az dan Cik Fatin jadi mak saudara sabit Muhammadlah.

اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل

Rumah Muhammd Al- Fateh terletak di Kampung Tagodon Lama, ikut Jalan Bundu Tuhan. Jalan nak ke sana berliku-liku meredah lurah memanjat gunung. Pengalaman yang tak mungkin dapat dirasai di semenanjungi. Ini diakui sendiri oleh Pak cik Izat, ipar Pak cik Din yang ikut sekali.

Bergambar kenangan di hadapan rumah Muhammad Al-Fateh

Seronok dapat jumpa Muhammad Al- Fateh. Sebenarnya ramai lagi yang bernama Muhammad ini adalah kawan Muhammad. Anak kawan abah, Ustaz Azamuddin pun namanya Muhammad Al- Fateh. Ada lagi Muhammad yang Muhammad ingin jumpa. Dia tinggal di bait iman, selatan Tanah Semenanjung. Diari dia ada di sini.

Insya Allah, bila besar nanti kami para Muhammadun akan menjadi mujahidin pembela agama Islam. Bapa kami menamakan kami dengan nama Muhammad, supaya watak dan peribadi kami sepertimana yang ditunjukkan nabi kami Muhammad SAW.

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir (yang memerangi), tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya ker4ana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang yang tidak beriman (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.”

“Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan Itulah yang Haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.”



1 comments:

@LeenShamsh said...[Balas]

insyaAllah ustaz! sama-sama membentuk para Muhammadun untuk menjadi mujahidin pembela agama Allah.

doakan abu Muhammad, ummu Muhammad dan Muhammad serta sekalian ummat mendapat redho Allah dan Rasul. InsyaAllah suatu hari kita jumpa!

-Bayt Al-Iman-

Post a Comment