Pada 31 Julai
2013 bersamaan hari Rabu, seramai 20 orang guru pelatih IPG Kampus Keningau
telah menghadiri sebuah forum yang bertajuk “Indahnya Tarbiah Ramadhan” yang
bertempat di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Keningau Sabah (IPDAS). Guru pelatih tersebut terdiri daripada 15
orang guru pelatih PPISMP Pendidikan Islam semester 3 dan 5 orang guru pelatih
dari PPISMP Tesl semester 1 serta diiringan seorang pensyarah pengiring.
Forum tersebut berlangsung
pada jam 2 petang yang membariskan beberapa
orang ahli panel yang hebat serta cukup berpengalaman di dalam dunia
forum iaitu Ustaz Mohd Rusli Bin Hj Ismail, pensyarah di IPG Kampus Keningau, Ustaz
Norjeli Bin Hj. Dais, Penolong Pengarah JAKIM Sabah, dan Ustaz Mohd Fazri Bin
Zakaria, pemangku pengetua IPDAS. Forum tersebut telah mengupas beberapa
isu hangat yang sering menjadi perbualan dan persoalan dalam masyarakat
kita. Antaranya, bagaimanakah
perlaksanaan sebenar puasa serta isu mencari Lailatul Qadar.
Sebagai
seorang bakal guru yang akan berdepan dengan pelbagai cabaran kelak, pengetahuan yang meluas amat
berguna untuk dijadikan sebagai hujah ketika berdepan dengan masyarakat agar
dapat memberikan idea serta ilmu yang tepat dan bernas demi mengelakkan
kesalahfahaman berlaku apatah lagi yang berkaitan dengan unsur kerohanian. Bak
kata-kata Imam Al-Ghazali, “Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka
payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”. Alhamdulillah
forum tersebut berakhir pada jam 4 petang. Pelbagai motivasi dan pengajaran dapat diperolehi
sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.-dicatat oleh Fatin Daratul Ain bt Sari@Asri ppismp
2 comments:
Kami tidak dijemput...sedih...
musafir kehidupan,
Don't Be Sad- Dr al-Qarni. HEP yang atur. Lagipun perjalanan musafir kehidupan dalam melayari bahtera kehidupan lebih jauh berbanding junior. Bagi peluang kepada mereka.
Post a Comment