يَا
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ
عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ
اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ
بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu
dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat
menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya
sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali
kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan)
memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.
Dalam ayat ini Allah swt menceritakan bahawa apabila kita mati
besok maka bapa tidak kenal anak, anak tidak kenal bapa. Dengan kata lain pada
hari kiamat seseorang tidak boleh menolong orang lain walaupun ada pertalian
kekeluargaan, pertalian nasab. Pada hari akhirat masing-masing membawa diri.
Nafsi-nafsi.
Sebab itu antara antara latihan pada sepuluh malam akhir daripada
Ramadan ialah ibadat iktikaf, iaitu mengasingkan diri beribadat kepada Allah
swt di masjid. Kita kena ingat bahawa bila kita mati esok maka kita
keseorangan.
Iktikaf ini mudah-mudahan membawa kita hanya bersama dengan Allah swt. Kalau kita tengok gaya hidup
sekarang, lifestyle manusia amat susah untuk melakukan iktikaf. Kalau
seratus orang nak cari seorang beriktikaf amat susah. Kita sibuk dengan dunia
padahal esok mati duduk sorang-sorang.
Bila kita berada di kubur kiat akan teringat apa yang kita usahakan
masa hidup di dunia.
يَوْمَ
يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ مَا سَعَى
يَقُولُ
يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu
mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini."
Gambaran
yang Allah sebut tentang jenis-jenis hamba pada hari qiamat amat menakutkan, menggerunkan
kita.
dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu.
Jadi peluang yang ada masa kita hidup di dunia ini kita gunakannya
untuk mencari keredaan Allah swt. Tiada guna jika kita bertumas untuk dunia
sedangkan kita akan meninggalkannya. Insya Allah kita sambung dengan solat
witir.
0 comments:
Post a Comment