"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, August 14, 2013

Taujihat Idul Fitri




1. Saya berpesan dalam suasana kita menyambut hari raya ini kita kena beringat bahawa kawasan kita ni masih ada wabak dengggi sepertimana yang diingatkan oleh Jabatan kesihatan Kota Bharu. Pastikan air tak bertakung di rumah kita. Nyamuk aedes ni dia pilih air jernih. Nyamuk pun pandai pilih air maka kita sepatutnya kena lebih cedik daripada nyamuk, Makna katanya janganlah kita pilih air kotor seperti arak dan sebaginya.

2. Hari raya dalam Islam adalah hari beribadat. pastikan sambutan hari raya kita itu betul-betul bertepatan dengan syariat Islam. Satu ketika tatkala nabi sampai ke Madinah baginda mendapati penduduk di situ menyambut satu perayaan dengan cara bergembira pada hari tersebut. nabi bagitahu bawa Allah swt telah menggantikannya dengan dua hari yang lebih baik iaitu idul fitri dan idul adha.

3. Marilah sama-sama kita kunjung mengunjung menjalinkan silaturrahim sesama kita. Maaf bermaafan antara satu sama lain. Tinggalkanlah perasaan hasad dengki dendam kesumat, benci membenci kerana ianya boleh membinasakan ukhuwwah islamiyyah sehingga kita menjadi lemah.

4. Kita juga kena ambil berat hal ehwal umat Islam saudara seagama kita di mana mereka tidak dapat meraikan hari raya seperti kita. Lihatlah saudara kita di Syria, di Mesir, Palestin. Kita berdoa agar Allah memenangkan pihak yang benar dan menghancurkan kebathilan.

5. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Kita kira kosong kosonglah lebih kure. Hak mana ssalah silap tu harap maaflah. Mudah mudahe Allah terima amale kita semua.

7 comments:

Unknown said...[Balas]

Assalamualaikum WBT ustaz.. oleh kerana ana ni mualaf, ana nak tanya sikit tentang zakat.. apa hukumnya kalau terlupa bayar zakat semasa bulan Ramadhan?? ana tidak thu zakat dibayar semasa bulan Ramadhan.. minta tolong ya ustaz.. Syukran..

mohdrusli said...[Balas]

Jika terlupa dan tak tahu maka tak berdosa. Zakat tersebut boleh diqada bila teringat. Kalau ada masalah jangan segan jumpa ustaz.

Unknown said...[Balas]

ooh, jadi bila ana boleh qada untuk bayar zakat tu ustaz?? terima kasih dan minta maaf juga sebab susahkan ustaz.. InsyaAllah klu ada masalah tentang bab agama, ana akan jumpa ustaz terus.. Syukran..

mohdrusli said...[Balas]

sekarang pun boleh

Unknown said...[Balas]

ohh. di Pusat Zakat Sabah la nak qada tu?? kalau begitu, terima kasih banyak-banyak ya ustaz..

mohdrusli said...[Balas]

Bayar kat sini je. RM7 bagi kat kawan. tapi rasanya kakak Fenny yang muslim dah bayar utk Fenny

Unknown said...[Balas]

kakak yg muslim?? blh sya tya siapa yg tlong byarkan utk sya??

Post a Comment